Sunday

Episode satu



Untuk sekelian kalinya, Selamat pulang ke Tanah air untuk jemaah Haji yang selesai mengerjakan Rukun Islam yang ke-5. Alhamdulillah, pah Ngah, mak Ngah, abang cik dan semua rakan-rakan. Kini, kami sekeluarga memulakan kembara di Tanah kelahiran para Ambia, menyusuri jejak-jejak Rasul, cuba membuat catatan-catatan yang belum pernah aku tulis...berlainan dari menulis fakta sains dan kimia, pengiraan matematik dan statistik, suntingan dan terjemahan.. Kali ini aku kira sudah berlainan benar persekitarannya.. Benar kata Beha... keluarkan apa yang tersorok dalam minda. Meninggalkan kampung halaman memang selalu , tapi kali ini sangat jauh melebihi 7000 km dan beratus batu nautika..Tinggallah semua kenangan....




Wednesday

NOVEMBER




...Disiram sang bayu di Bulan November... (batch ni...tahun 70-an punye lagu Khatijah Ibrahim) lagun cintan-cintun. Saper yang ingat sambung la..

Chorus:.. November, November usah kau berulang lagi, cintamu oh cinta mu bagai embun tiada kesan... (marah Khaty lupe lirik da)

A lot lot things coming up in this November. actually..wedding invitation, Hajj farewell gatherings, holiday school summer camp, parents day, kindergarten graduation day....sometimes anythings can came up... suddenly. Now I should be preraring for the route to KSA. All by myself..letih kaki...terpaksa lupakan seketika untuk `yamseng' dengan kengkawan..(cakap orang dulu-dulu la )



Alahai anak saper la nih (Graduation CT Mas 2008)

Haji dan Kenduri Kawin

Alhamdulillah, semalam dah berlepas sekumpulan penerbangan jemaah Haji termasuk Pak Ngah (Ishak Alang -adik mak). Juga kepada rakan-rakan yang telahpun berada di Tanah Suci dengan penerbangan awal atau kemudian nanti.. Selamat Mengerjakan Haji 1429H semoga mendapat Haji Mabrur. Bulan ni musim cuti sekolah..2 hari lagi. Anak aku asik kira berape hari nak kene pegi sekolah. Musim orang pergi haji lepas tu kenduri kawin da... Untuk kawan-kawan yang nak naik pelamin. ...SELAMAT PENGANTIN BARU!



"Selamat pengantin Lame...Setelah 13 tahun.......

Saturday

Senang


This handout from the Phnom Penh Post shwos a house sawed cut in half by a Cambodian couple as they were hoping to avoid the country's convoluted divorce process inPrey Veng province near Phnom Penh.
(AFP/PHNOM PENH POST-HO)

Wednesday

Kampung Halaman Nan Permai



Jom Balik Raye!!

Sebelum pi rumah YB Abu Seman

Monday

Biskut suji


Dah hampir setiap tahun cuba buat resepi biskut suji kegemaran anak ni, tapi mesti meragam. Ha kau jumpe kat Giant beli jer.. buat jajan. Selalu jual kat restoran untuk jadi pencuci mulut.. Ha. kita tunggu raye baru nak makan. Afif punye kegemaran. Esok rasenye nak start buar tart nanas resepi turun temurun. ala biasa-biasa je. dah pi beli jem sebab malas nak parut lagipun air nanas tu kalau masak satu dapur berkecah melekit. Then buat coklat chip la..ala-ala Famous Amos gituu. Selamat buat kueh raye. Tu jer.

Wednesday

Happy birthday to YOU




Hari ini kakak and adik potong kek ...(9 batang lilin) Kakak tiup adik tukang makan ye.. kek kopichino..ke cappucino ke tiup je kak. Cepat ler adik nak makan ni...

Jangan Bersedih


Sampai sekarang ni dah 10 Ramadan.. dah lama tak update.
Insya allah lepas 15 Ramadhan orang tua-tua kate dah macam berlari jer. Bukan nak kene lari tapi hari tu cepat jer berlalu. Untuk sementara waktu bagi kengkawan yang lalu tapi tak singgah kat blog ni diucapkan terima kasih. Kepada perantau nanti diperdengarkan lagu dendang perantau..tapi jangan menangis lah.. Dah nak dekat raye ke nangis sekarang tak trill. Kengkawan yang dah baca buku ni .. kira okay lah tahan sikit la..Yang belum silalah cari kat laman web dia www.hidayah.com.my. Kita ni tukang baca jer..

Monday

Selamat Berpuasa

Ramadan Al Mubarak

Since my "buddy" is away....a lot of things became my tasks now.. Let be very busy other then menung menungan. Actually I've alot of thing ..posponed. Got to finish my manuscript, my hobby, crystal making, finishing my twin bed spread..... baking their birthday cake... alot, alot and many others. 3 months before this I'm busying with my buddy preparing his documents ...job to KSA.... ugh ..missing lah..

For the first time I went to buy qurma...go to pasar malam, pasar singgah, Giant, ..Carefour..like lipas kudung.. to buy all those 'jajan' for my kids.And finally stop and just starred and just thought "malas lah' , or 'mahal lah' . Then just back home and cook rather then eating in food court. It comes 'gelabah' when driving alone, not to say 'penakut' but...cautions..cause their father is away from home.

Since today is the first day alMubarak, and just me and my eldest ..belasah jelah spegetti. My twin will celebrate their 1 st day fasting with their 'godmother'...
..

Wednesday

120 Rahmat Allah

120 Rahmat Allah di Kaabah Al-Musyarrafah


Allah SWT telah memberi rahmat yang tidak terhingga banyaknya kepada umat Islam yang menziarahi dan beribadat di Kaabah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud dari Ibn Abbas r.a katanya: “Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “ Bahawa Allah SWT menurunkan 120 rahmat ke atas rumah ini (Kaabah) setiap hari dan malam. 60 untuk mereka yang melakukan tawaf, 40 bagi mereka yang mendirikan sembahyang dan 20 bagi mereka yang memandang Kaabah.

“Sesiapa yang memandang Kaabah beserta dengan keimanan dan membenarkan hatinya iaitu percaya kepada Allah SWT dan Rasulnya maka dosanya akan gugur , kembali bersih seakan-akan ia baru dilahirkan oleh ibunya”. (oleh Said bin Musaiyab)

“Melihat Kaabah adalah satu bentuk ibadat. Seseorang yang melihat Kaabah adalah sama darjat dengan orang yang beribadat semalaman, berpuasa di siang hari dan berjuang fisabilillah dan kembali kepada Allah SWT dengan bertaubat. (oleh ‘Ato’ r.a)

Jika menjadi tetamu Allah di Tanah Suci khususnya di Makkah Al Mukarramah, maka berazamlah untuk sembahyang berjemaah pada setiap waktu di dalam Masjid Al-Haram.
Dari Jabir r.a., katanya : Rasulullah SAW bersabda bermaksud” Satu sembahyang di masjidku ini lebih utama daripada seribu kali sembahyang di masjid lain kecuali Masjidil Haram. Sekali sembahyang di Masjidil Haram lebih utama daripada seratus ribu kali sembahyang di masjid lain”. HR Ahmad dan Ibn Majah.

Selain sembahyang, melakukan ibadat puasa di kota Makkah Al-Mukarramah mendapat ganjaran pahala yang berganda. Dipetik daripada ulasan Imam Hasan Al-Basri mengenai Hadis Rasulullah SAW katanya” Berpuasa di Makkah Al-Mukarramah selama sehari adalah sama dengan berpuasa sebanyak seratus ribu kali ganda di tempat lain. Bersedekah sebanyak satu dirham di Makkah Al-Mukarramah adalah sama dengan memberi sedekah seratus ribu dirham di tempat lain. Jika melakukan dosa? Khalifah Umar Al Khattab mengatakan” Lebih baik bagiku melakukan tujuh puluh dosa di luar Kaabah daripada melakukan satu dosa di Makkah Al-Mukarramah.”
(Publish By UTAS Travel & Tours)

Menjadi Tetamu Allah

Jika saudara telah terpilih menjadi tetamu Allah atau bercadang untuk menziarahi Tanah Suci, kita harus memasang niat yang betul supaya pemergian kita bukan kerana ingin menunjuk-nunjuk kepada jiran atau kawan. Pasanglah niat untuk beribadat semata-mata kerana Allah SWT dan memohon keampunan. Jangan sesekali berniat untuk melancong atau bersuka-suka sahaja kerana kita akan dapat apa yang akan diniatkan itu.

Selain itu , duit yang kita belanjakan untuk ke Tanah Suci mestilah duit yang halal iaitu duit daripada sumber yang halal. Seandainya kita menggunakan duit yang tidak halal untuk tujuan beribadat di Tanah Suci, maka sis-sia sahaja ibadat kita.

Seharusnya kita membersihkan diri, sama ada dari segi luaran dan dalaman. Pakaian, badan serta sikap. Seandainya kita sanggup berhabisan berhias diri apabila bertemu orang yang kita kasihi di dunia, maka lebih-lebih lagi ketika hendak bertemu Allah SWT.

Sama ada di Mekah atau berada di Madinah jauhi perkara-perkara khurafat contohnya mencium kaabah dengan keterlaluan. Mohon kepada Allah bukan daripada Kaabah. Mengucup Hajar Aswad adalah sunat. Jamaah tidak perlu bertolak-tolak dan berasak-asak. Rasulullah pernah bersabda “Wahai Umar, engkau seorang lelaki yang kuat, janganlah engkau bertolak-tolak dan berasak-asak ke atas Hajar Aswad kerana menyakiti orang yang lemah. Jika engkau mendapat ruang maka engkau kucuplah dan bertahlil dan bertakbirlah”. HR Ahmad.
(Publish by UTAS Travel & Tours)

Saturday

Anak-anak Safawi


Tak percaya dah besar panjang. Sikit lagi dah boleh dapat menantu.. Gaya bukan main tapi belajar semua malas. Suka nyayi dan nyayi dan nyayi. Mengemas tak suka, bergaduh suke sangat....Bila nak improve ni.. Ha.. tengok bulan puasa nanti ha..baru tau langit tinggi rendah.. Masa tu mak lah yang buat semua ek...Tak pe nanti adik tolong nanti akak tolong... Kirim salam jer....... Selamat Panjang Umur....

Happy Birthday!!!! To UUUU
Pening kepala ...pening kepala




Kembar




Yang si abang badan kecik tapi kuat .....mengamuk. Semua akan merasa penangannyer... Cheh Pendekar konon.. Hang..Hang... Hang...Tu Kuat merajuk....


MERDEKA!MERDEKA! Suke pergi coloring contest tapi tah ler.... Belasah jer la adik.Untung sabut timbul...untung cantik menang tapi tak kuasa nak bising Layan ...Jer Merdeka!Merdeka!

Saturday

USRA

TV9 - Episodes#anchorVid#anchorVid#anchorVid

Tempat Jatuh Lagi diKenanang

Kalau nak buat pilihan memang sukar antara cita-cita dan harapan.
Cita-cita tu macam impian la.. nak kereta besar ke nak kaya ke, nak kawin ke...
Tapi kalau harapan tu macam jugak apa yang dimimpikan tadi tapi ia lagi atas sikit lepas mimpi la.. Harapan selepas impian tadi.. Kalau dah kaya nak kaya lagi lah... Biasa la tu.



Di sini lah tempat- kenangan yang tempat aku
'implant' impian aku... kini mungkin jadi kenangan...
Tempat ini yang memasangkan angan-angan untuk jadi ... profesor..(kah!kah!)

Thursday

Badan di sini otak di sana


Siapa yang lebih kuat berangan orang lelaki atau orang perempuan ?? Perempuan la..
Yeke?
Orang perempuan memang salalu berangan nak cantik, nak kaya , nak kurus… nak masak apa ek petang ni, nak makan kat mane?
Tapi semuanya sebabnya datang daripada orang lelaki jugak. Orang lelaki lagi paling kuat berangan terutama apabila nampak aweks…ss. Tengah berbincang pasal business kalau lalu perempuan terus hilang fokus.. tak kira perempuan kat tol pun mata melirik tengok orang. Tak kira mesti nak pandang jugak. Hayal tengok benda yang cantik ke.. Nak tengok sekejap tak ape siap kasi komen perempuan tu gemuk la, kurus sangatla. Orang perempuan buat kerja fokus melainkan dah lupa atau ada gangguan daripada persekitaran terutama kalau diganggu lelaki.
Hilang fokus tu biasa kita tengok . Pada anak lelaki jika disuruh buat kerja selalunya kerja tak pernah lengkap. Buat kerja separuh jalan lepas tu fikir perkara lain. Lain pula pada anak perempuan insya allah anak perempuan marah-marahpun buat kerja jugak sampai habis. Kalau nak tengok orang lelaki yang bawa kereta pun kebanyakan selalu SMS dan guna telefon bimbit semasa sedang memandu. Tolaklah ‘business man’ sebab tak drive sendiri, tapi sedang memandu tak fokus la walaupun aweks..ss kat sebelah atau wife kat sebelah. Masih tengok kat luar..buat bodoh je bila kita cakap dengan dia.BERANGAN
Bila suami main kayu tiga sure perempuan …hilang fokus juga!! Jadi hal ini disebabkan orang lelaki juga…
Terima saja la….

Monday

Bila Anak remaja Mula Jatuh Cinta

CINTA....


...adalah satu perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia. Ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus tumbuhlah kedurjanaan, kedustaan, penipuan, langkah serong dan lain-lain.

APA YANG PATUT DIFAHAMI.

• Apabila anak sudah baligh, latihlah mengerjakan ibadat yang wajib dan nasihatkan agar menjauhkan diri daripada perkara yang dilarang.
• Berusaha untuk memahami peralihan zaman alam kanak-kanak ke alam remaja dan dewasa. Antara perubahan yang perlu difahami adalah perubahan fizikal iaitu apa yang kelihatan secara pandangan mata pada sifat-sifat kewanitaan, anggota badan yang kelihatan berotot pada lelaki, pinggang ramping atau bentuk punggung bagi wanita atau perkara yang lain; perubahan emosi dan perasaan untuk dicintai dan dikasihi yang kebanyakannya perasaan ini sangat hebat dan anak-anak cuba memperluaskan rakan sosial.

APA YANG ANDA PERLU TAHU
• Ibubapa perlu ambil tahu tentang pembangunan minda anak.
• Kembangkan asas pengetahuan agama
• Hakikat perbezaan zaman anak-anak sekarang dengan anak-anak dahulu.
• Ibubapa perlu sedar tahap kematangan anak-anak hari ini lebih cepat atas dasar dorongan dan persekitaran.
• Ibubapa perlu memahami perubahan serta kehendak anak-anak remaja.
Usah terlalu memberi keutamaan hal duniawi sahaja sehingga melupakan ukhrawi.

editor.midi@karangkraf.com.my

Thursday

Colouring contest at IOI Mall Kulai















Zaie and Afif menyebuk dengan maskot . Tak colour pun
zaie tu boringg je..

Menjalin Persahabatan di tempat Baru

Berpindah ke tempat baru merupakan suatu yang boleh membuatkan semua orang teruja tetapi dalam masa yang sama boleh presure jugak dari segi mental dan fizikal. Banyak pengalaman baru la.. tapi mesti 'sepi' punyeee bila tak ada geng nak berkongsi cerita dan pengalaman yang biasa-biasa. Tapi sebelum cari geng baru diri kita sendiri perlu berubah 'sedikit' agar taklah rasa macam terkejut seperti sikap yang positif (ala tu ayat biasa lah), selain tu ada masa free dan kita sendiri mahu. Kalau tak mau bercampur dengan orang lainpun tak guna.

Kepada rakan baru dan yang akan menjadi rakan baru cubalah...

Buat kelas masak ke, mengaji ke menjahit ke

Tapi kalau ada kemahiran ajar terus atau buat kerja separuh masa bukan kekasih separuh masa

Cari Alumni. Ala ni kalau group ex-office atau ex-schoolmate

Ha cari Club rekreasi dan joinlah kalau mampu

Jadi sukarelawan pun ok gak…

Jangan tak nak pulak bila orang ajak…


.. tapi ada amaran..

  • Sentiasalah sopan santun dan jaga penampilan
  • No need untuk jadi si mulit 'laser'
  • Jangan lokek dengan puji-pujian dan senyum
  • Dah berkenalan janganlah lupa ajak ke rumah
  • Sentiasa peramah dan mudah mesra. Tanya kabar
  • Jangan lokek dengan puji-pujian dan senyum
  • Dah berkenalan janganlah lupa ajak ke rumah
  • Sentiasa peramah dan mudah mesra

Wednesday

MATA HATI JIWA

SELAGI ADA....

"Tak terkira peluang yang ada di dunia ini, manusia akan sentiasa berilmu selagi dia pergi menuntut ilmu, Jika dia menyangka dirinya sudah berilmu, dan sudah pandai maka dialah yang paling bodoh"

kata Ulama Ibnul Mubarak..

Tuesday

Masalah Rambut


Allah dan Rasul-Nya telah memperingatkan kepada kaum muslimin agar menjauhi penyerupaan dengan orang-orang kafir, terutama berkaitan dengan amalan-amalan khusus mereka.
Allah SWT berfirman:

“… Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus.” (Al-Mâ’idah, 5:77)
Dalam ayat yang lain Allah SWT juga berfirman:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), kerana rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu…” (Al-Mumtahanah, 60:1)
Allah SWT berfirman:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim.” (Al-Mâ’idah: 51)
Disebutkan ayat-ayat ini bukan kerana mereka menjadi orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin mereka, tetapi kaum muslimin menyerupai orang-orang kafir. Mereka telah mengikuti cara berpakaian, penampilan sehingga menjadikan kaum kafir sebagai pemimpin dengan cara mencintai dan mengagungkan mereka, serta mengikuti setiap langkah mereka walau di manapun mereka berada.
Oleh itu, Rasulullah SAW mengingatkan umatnya dari perkara ini melalui sabdanya. Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah bersabda:
“Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk di dalamnya.

Bagi kaum muslimin, khususnya lelaki yang seharusnya lebih bijaksana dan dewasa dalam pemikiran, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah SWT dengan memerhatikan wanita yang telah digambarkan oleh Nabi SAW melalui sabdanya. Diriwayatkan dari Abu SA’id al Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Aku belum pernah melihat orang yang kurang akal dan agamanya boleh menghilangkan akal seorang lelaki yang teguh daripada kamu.”

Yang maksudkan dalam hadith ini adalah wanita. Ileh sebab itu, kaum lelaki hendaklah melarang wanita mengikuti kaum kafir dalam persoalan-persoalan baru yang dapat menyeret kita agar lupa kepada Allah SAW. Mereka hanyalah hendak mengiring kita agar melupakan Sang Pencipta dan memperkotak-katekkan kemahuan kita semata-mata untuk hal-hal yang tidak bermanfaat. Semua model baru yang telah kita saksikan hanyalah fitnah. Maka jika kita menuruti hawa nafsu, semuanya itu akan menjerumuskan kita kepada bencana, keburukan dan kehancuran. Sesudah itu kita baru sedar bahawa hidup kita ini bukan hanya untuk memuaskan syahwat semata-mata.

Ada beberapa peringatan yang perlu diingati oleh kita semua berkenaan dengan wujudnya salon-salon rambut:Pertama, yang dilakukan oleh salon adalah menciptakan jenis-jenis perhiasan yang biasa digunakan orang-orang kafir seperti menghias rambut dan lainnya. Kita telah maklum bahawa perkara ini diharamkan kerana menyerupai tingkah laku mereka, sebagaimana telah disebutkan dalam hadith sebelum ini.
Kedua, mencukur alis mata sebagaimana yang dilakukan gadis-gadis adalah perbuatan yang dilaknat. Rasulullah telah bersabda:
“Terlaknanlah orang yang mencukur dan meminta dicukur alir matanya.”

Laknat bermakna terkutuk dan dijauhi dari rahmat Allah SWT.. Oleh sebab itu, seseorang mukmin atau mukminah tidak suka dan redha untuk melakukan perbuatan yang menyebabkan terkutuk dan dijauhi dari rahmat Allah SWT.

Ketiga, seseungguhnya kebiasaan ini telah mensia-siakan harta yang banyak tanpa ada faedahnya bahkan di dalamnya mengandungi mudarat.
Wanita muslimah yang telah memotong dan mendandan rambutnya dengan model yang biasa dilakukan oleh wanita kafir atau wanita yang memiliki perangai buruk, sesungguhnya tidaklah akan memperoleh apa-apa manfaat pun. Semua itu hanyalah perbuatan sia-sia dan akan menyebabkan kehancuran.
Keempat, kewujudan salon-salon seperti itu hanya akan meracuni fikiran wanita muslimah untuk berusaha menukar atau mengikut tingkah laku dan kebiasaan wanita kafir. Mereka menganggap bahawa apa yang telah dilakukan oleh musuh-musuh Allah itu adalah suatu kemajuan yang harus diikuti.

Kelima, sebagaimana telah diketahui bahawa salon-salon ini telah melakukan ‘pemerkosaan’ terhadap sesuatu yang sangat peribadi bagi wanita, padahal itu semua tidak ada manfaatnya.
Kita telah ketahui bahawa Rasulullah SAW melarang seorang wanita melihat aurat wanita lainnya, tidak halal bagi wanita melihat aurat wanita lainnya kecuali ada kepentingan yang mendesak. Pendandan rambut atau pemilik salon itu sebenarnya tidaklah memiliki kepentingan sama sekali. Kemudian, apa manfaatnya wanita mencukur rambut di kepalanya. Padahal dengan mencukur rambut yang ditumbuhkan oleh Allah akan menyebabkan kerosakan pada kulit.

Selain itu, kita juga tahu bahawa mencukur rambut yang tumbuh di kedua betis, kedua paha dan perut adalah mengubah ciptaan Allah. Padahal Allah SWT telah memberitahu kepada kita bahawa mengubah ciptaan-Nya bererti mengikut perintah syaitan. Allah dan Rasul-Nya tidak pernah memerintahkan kepada kita untuk mencukur rambut. Pada dasarnya semua tingkah laku itu haram dan hingga sekarang masih tetap berlaku, demikianlah pendapat sebahagian ulama. Maka berkaitan dengan ini semua yang lebih selamat adalah membiarkan rambut yang tumbuh apa adanya. Kaum muslimin dan muslimat semua janganlah terpengaruh. Lakukanlah saon-salon yang merosakkan fitrah wanita. Hendaklah para wanita mencukupkan diri ketika berhias dengan sesuatu yang tidak mencelakakan diri dan agamanya agar tidak terjatuh di dalam perkara yang haram iaitu menyerupai orang-orang kafir.

Kalau Allah SWT menghendaki, nescaya, antara suami isteri akan saling mencintai tanpa mereka harus bermaksiat kepada-Nya. Adapun bukti ketaatan kepada Allah adalah memiliki rasa malu dan kesopanan. Syariat menyatakan agar membiarkan rambut kepala wanita seperti asal, dengan itu janganlah wanita bertingkah dengan adat kebiasaan wanita dinegerinya. Telah disebutkan bahawa salah seorang ulama mazhab Hambali sangat mengingkari seorang wanita yang memotong rambut kepalanya, kecuali di dalam pelaksanaan ibadat haji dan umrah. Bahkan sesetengah ulama mazhab ini telah mengharamkan seorang wanita memotong rambut kepalanya.

Meskipun begitu, sesungguhnya tidak ada nas atau dalil yang menunjukkan larangan ini apa lagi sampai kepada haram. Pada dasarnya tidak ada larangan. Wanita dibolehkan untuk memotong sebahagian daripada rambut kepalanya, baik dari depan atau dari belakang, asalkan tidak menyerupai potongan kaum lelaki. Sheik Abdul Aziz bin Baz pula mengingatkan bahawa wanita tidak boleh bercukur habis rambut kepalanya. Memotong rambut kerana terlalu panjang atau terlalu lebat adalah dibolehkan. Hanya yang perlu diingat, semua itu harus dalam tata cara yang baik sehingga suami redha kepadanya dan tidak menyerupai dengan wanita kafir.
Sheik Shalih al-Fauzan 84 mengingatkan wanita yang Allah SWT telah mencipta rambut kepala wanita begitu indah dan sebagai hiasan bagi mereka. Maka diharamkan bagi wanita mencukur rambutnya kecuali ada sebab-sebab darurat. Ketika melakukan ibadah haji dan umrah sangat digalakkan bagi wanita untuk mengambil sebahagian rambutnya seukuran ujung jari panjannya. Sementara untuk lelaki, ketila melaksanakan haji dan umrah, dianjurkan untuk membotakkan seluruh rambut kepalanya. Lain pula halnya sekiranya seseorang wanita itu sakit atau dalam keadaan darurat, barulah wanita tersebut boleh mencukur botak rambut kepalanya sebagaimana yang pernah dilakukan oleh sesetengah isteri Nabi SAW setelah beliau wafat.
Wanita tidak boleh juga memotong rambut kepala bahagian belakang dan membiarkan tepinya lebih panjang kerana ia mempunyai maksud yang tidak berguna dan boleh menghilangkan kecantikannya selain menyerupai wanita-wanita kafir. Begitu juga memotong rambut dengan model nama-nama wanita kafir (model seagy, model dyana ) dan nama-nama binatang (tikus atau anjing).Hal ini diharamkan selain dapat menghilangkan kecantikan rambut wanita.

Rambut Palsu
Sanggul atau rambut palsu termasuk di dalam larangan menyambung rambut. Walaupun kelihatannya bukan rambut palsu dengan memakai sanggul atau cemara, rambut wanita akan nampak lebih panjang daripada asal. Nabi SAW melaknat wanita yang menyambung rambut dan meminta disambung. Tetapi seandainya seorang wanita tidak memiliki rambut atau botak maka diberi kelonggarang mengenakan rambut palsu demi menutup aib kerana menyembunyikan aib adalah dibolehkan. Oleh itu, Nabi SAW mengizinkan salah seorang sahabat yang terputus hidungnya ketika berperang untuk mengenakan hidung palsu yang dibuat dari emas.
Permasaalahan ini biasanya agak luas, termasuklah persoalan berkaitan dengan berhias dan pembedahan untuk memancungkan hidung dan sebagainya. Akan tetapi jika bukan kerana alasan menghilangkan aib seperti tato dan mencabut alis mata, maka perkara ini dilarang.
Memakai rambut palsu atau sanggul tetap haram walaupun dengan izin suami kerana segala sesuatu yang diharamkan Allah bersifat mutlak. Rambut kepala menurut ulama mempuyai beberapa larangan sebagaimana yang disabdakan Rasulullah SAW, “Dua jenis manusia penghuni neraka dan saya tidak pernah melihat (sebelumnya) … sambung seterusnya..”Dan wanita berpakaian tetapi bertelanjang yang berjalan melenggang-lenggok, kepala mereka seperti ponok (bonggol) unta yang melenggang-lenggok.”
Rambut kepala yang dibentuk ke atas terdapat larangan adapun kalau misalnya di atas bahu (ke tepi) maka itu tidak mengapa. Dikecualikan dari hal ini adalah jika seorang wanita mengikat rambutnya ke tepi dan kemudian keluar dari rumah kerana ini termasuk di dalam bersolek. Apabila wanita mengikat rambutnya akan kelihatan disebalik tudung atau jilbabnya. Ini termasuk dalam kategori bersolek yamg dilarang kerana boleh menimbulkan fitnah.
Memakai sepit rambut atau cekak rambut melebihi kepada tidak dibolehkan. Ini menurut Sheikh Shalih al-Fauzan . Jika hal ini berlaku baiklah diletakkan ditepi atau di bahagian atas kerana akan menyerupai bentuk dua kepala. Dalam kaitan ini telah datang ancaman sangat keras bagi wanita yangmelakukannya sampai diibaratkan oleh Rasulullah SAW seperti ponok unta yang melenggang-lenggok. Dalam teks hadith dijumpai kata al-bakhtu yang bererti jenis unta yang memiliki dua ponok.
Ada pun cekak rambut melebihi ukuran kepada yang digunakan untuk mengemaskan rambut oleh sebahagian ulama adalah dibolehkan. Di dalam Syarah az-Zâd disebutkan: “Tidak mengapa menyambungkannya dengan sesuatu yang mengikat di rambut.”
Mengenai sepit rambut yang mempunyai gambar binatang atau alat muzik sesungguhnya semua itu dilarang. Gambar-gambar seperti itu haram dipergunakan di baju atau di mana pun kecuali jika gambar-gambar tersebut diletakkan di bawah untuk dipijak seperti hamparan permaidani atau alas kaki. Memakai sepit rambut atau cekak rambut yang mempunyai gambar alat muzik sama halnya dengan mempromosi alat-alat tersebut sehingga orang lain selalu mengingatinya.

Mewarnakan Rambut
Mengenai wanita yang mewarnai rambut pula Sheik Shalih al-Fauzan 91 adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW : “Ubahlah warna rambut yang sudah kelihatan tua, tetapi hindarilah warna hitam.” 92 Hadith ini berlaku untuk lelaki dan wanita.
Apabila rambut seseorang beruban bukan kerana usia tua, maka hendaklah dibiarkan apa adanya sesuai dengan penciptanya yang tidak boleh diubah, kecuali jika warna rambutnya menakutkan. Jika tidak menakutkan, maka biarkanlah apa adanya, kerana mengubah pun tidak ada gunanya.Walau bagaimanapun menurut Sheik Muhammad Shalih al-Utsaimin, mengubah rambut yang sudah nampak tua (beruban) hukumnya sunat kerana Nabi SAW memerintahkannya. Cara mengubahnya adalah degan mewarnai rambut dengan segala macam warna kecuali warna hitam kerana Nabi SAW melarang mengubah warna rambut dengan warna hitam. Barangsiapa yang mewarnai rambutnya dengan warna hitam, dia seakan-akan menentang sunnatullah. Sebab warna rambut ketika usia muda berwarnahitam dan jika telah berwarna putih ini menunjukkan ia telah mulai memasuki masa tua. Warna rambut putih (beruban) boleh juga terjadi disebabkan oleh keturunan atau terlalu banyak berfikir. Maka jika seseorang mencuba untuk mengubahnya menjadi hitam bererti ia mengembalikan sunnatullah (kehendak allah) dalam penciptaannya. Hal ini termasuk mengubah ciptaan Allah SWT.

Seandainya seorang wanita mengubah rambutnya dengan berbagai-bagai model wanita kafir dan adat yang diambil dari Barat, maka tidak diragukan lagi keharamannya baik itu dengan satu model atau berbagai model yang sedang menjadi trend ikutan sekarang. Pada dasarnya mewarnakan rambut sebagaimana yang telah dijelaskan adalah dibolehkan asalkan tidak melampaui batas menyerupai wanita-wanita kafir, wanita pelacur dan wanita fajirah. Jika menyerupai mereka maka hukumnya haram.

Menyisir Rambut
Berkaitan dengan menyisir rambut oleh Sheikh Muhammad bin Ibrahim Alu asy-Sheikh 94 yang berdasarkan hadith riwayat dari Imam Bukhari di dalam “Bab Yaj’al Sya’ru al-Mar’ahTsalatsatu Qurun” (Bab Menjalin Rambut Wanita Menjadi Tiga), kemudian disebutkan sumbernya sampai kepada Ummu ‘Athiyah, dia berkata, “Kami menjalin rambut puteri Nabi SAW menjadi tiga bahagian.”
Urutan dari sinilah cara menjalin rambut sesuai dengan yang diperintahkan Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Sa’id bin Mansur di dalam Sunan-nya dengan sumbernya sampai kepada Ummu ‘Athiyah, dia berkata, “Rasulullah SAW berkata kepada kami, ‘Cucilah rambutnya dengan hitungan ganjil dan jalinlah rambutnya.”
Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban di dalam Shahih-nya dari Ummu ‘Athiyah, “Cucilah rambutnya sebanyak tiga, lima atau tujuh kali, kemudian jalinlah menjadi tiga bahagian.”
Diriwayatkan juga di dalam Mushannaf Abdurrazaq, dengan sumber sampai kepada Hafshah, dia berkata, “Kami menjalin bahagian atas menjadi tiga bahagian dan menjuntaikannya ke belakang.” Berkata Imam Ibnu Daqiq al-‘Id, “Hadith ini menunjukkan dibolehkan wanita untuk menyisir dan menjalin rambutnya.”
Pada masa sekarang, sebahagian kaum wanita muslimah mebelah rambut mereka dari satu sisi kemudian membuat tocang (seperti ekor kuda) ke belakang atau ke atas. Cara seperti ini tidak boleh dilakukan kerana menyerupai tingkah laku wanita kafir.
Berkaitan lelaki pula menurut Sheikh Muhammad bin Ibrahim Alu asy-Sheikh Rasulullah SAW dahulu mengikat rambut kepalanya. Sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan Ibnu Majah, dengan sumber dari Ummu Hani’, dia berkata bahawa Rasulullah SAW datang ke Mekah dan beliau ketika itu memiliki empat ikatan rambut iaitu menjalin rambutnya.”
Dalam riwayat Ibnu Majah dikatakan, “Iaitu ikatan.”
Diriwayatkan pula oleh Bukhari, Muslim dan selain mereka, dengan sumber mereka berdua dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata: “Dahulu Ahli kitab menguraikan rambut-rambut mereka, sementara orang-orang musyrik membelah rambut kepala mereka, sedangkan Rasulullah SAW lebih senang sama seperti dilakukan Ahli Kitab, tetapi beliau tidak menganjurkannya. Kemudian Rasulullah menguraikan bahagian atas dan membelah rambutnya.”
Berkata Imam Ibnul Qayyim di dalam al-Hadyu: “Mengurai bererti membiarkan bahagian belakang dan tidak membelahnya menjadi dua. Sedangkan membelah adalah membahagi rambut atau menyisir rambut menjadi dua sisi.”
Rasulullah SAW memerintahkan kita untuk memuliakan rambut. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang memiliki rambut hendaklah memuliakannya.”
Maksud memuliakan yang diperintahkan Rasulullah SAW adalah sebagaimana diterangkan di dalam riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Nasa’I di dalam Sunan mereka dengan sumber yang sampai kepada Abdullah bin Mughaffal r.a.:
“Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang untuk bersisir (setiap hari) kecuali berselang beberapa hari.”
Diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Muwaththa’ dan an-Nasa’I di dalam as-Sunan dengan sumber keduanya bahawa sesungguhnya Abu Qatadah r.a. pernah berkata kepada Rasulullah SAW ,”Saya memiliki rambut lebat yang panjang sampai ke bahu, apakah saya boleh menyisirnya (tiap hari)?” Rasulullah SAW bersabda, “Boleh, dan muliakanlah (rambutmu).” Maka semenjak itu Abu Qatadah dalam sehari meminyakkan rambutnya sampai dua kali.”
Maksud menyisir sebagaimana yang dijelaskan di dalam kitab Tâjul-‘Arus adalah kamu benar-benar menyisirnya mengurai dan menyisirnya. Sedangkan yang dimaksudkan dengan mengurai adalah keadaan rambut sebelum disisir. Demikianlah yang diterangkan di dalm kamus ash-Shihah.

Mengerinting Rambut
Menurut Sheikh Shalih al-Fauzan mengerinting rambut bagi wanita hukumnya harus selama dia tidak menyerupai wanita-wanita kafir, juga tidak dipamerkan kepada lelaki yang bukan muhrim. Selain itu, orang yang mengerinting rambut hendaklah wanita dari kerabat dekatnya, baik dikerinting untuk waktu yang singkat ataupun untuk waktu yang lama, samada menggunakan bahan yang harus atau selainnya.
Tidak boleh wanita pergi ke salon untuk melakukan itu kerana wanita yang keluar dari rumahnya akan menimbulkan fitnah dan dikhuatirkan terjadinya hal-hal yang tidak diingini. Ini disebabkan wanita yang bekerja di salon out bukan jenis wanita yang berpegang teguh kepada agama. Terlebih lagi jika pengurus salon itu seorang lelaki, kerana diharamkan bagi wanita menampakkan rambutnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.
Petikan (Buku Kecantikan Wanita: not publish)

Thursday

Madinah Al -Munawarrah

Madinah adalah Tanah Haram

Selain Makkah, Madinah juga adalah Tanah Haram. Sesuai dengan penjelasan Nabi Muhammad SAW dalam hadisnya daripada Saad r.a., maksudnya “Aku mengisytiharkan haram bagi kawasan yang berada di antara tanah berbatu di kedua-dua bahagian Madinah. Sesungguhnya tumbuh-tumbuhannya tidak boleh ditebang dan binatangnya tidak boleh diburu di dalam kawasannya. Hanya jika mereka mengetahui akan kelebihannya dengan sepenuhnya mereka tidak akan meninggalkannya. Sesiapa yang bergerak keluar daripada Madinah kerana tidak terpesona dengannya, Allah akan menghantar seorang yang lain yang lebih baik daripadanya untuk gantinya. Barang siapa menanggung sabar di atas kesukaran tinggal di Madinah, aku akan memberinya syafaat atau menjadi saksinya pada hari Kiamat” (H.R. Muslim) .
· Rasulullah SAW sangat sayang terhadap negeri Madinah dan pernah memohon doa daripada Allah SWT agar penduduknya hidup dalam kesenangan, kesejahteraan dan dijauhi daripada bala bencana. Rasulullah SAW juga menjelaskan bahawa nama Madinah disebut Taiyibah (bersih, cemerlang dan suci). Di sinilah menunjukkan Madinah sebuah negeri yang bersih, terpelihara daripada segala perbuatan syirik dan mungkar. Selain itu, Madinah sangat sesuai sebagai tempat tinggal mereka yang jujur, bersih jiwanya dan sentiasa bertakwa kepada Alah SWT.
· Seseorang yang menziarahi Madinah Al Munawwarah kemudian meninggal dunia, Rasulullah SAW menjanjikan syafaat kepadanya. Hadis Rasulullah SAW dari Sumaitah, seorang perempuan Bani Laith berkata, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, maksudnya, “Sesiapa yang mempunyai kemampuan dan keupayaan daripada kamu jangan meninggal dunia melainkan di Madinah. Sesungguhnya sesiapa yang mati di Madinah aku akan memberi syafaat dan menjadi saksi baginya..” (H.R. Ibnu Hibban dan Tabrani).
· Jika berkesempatan menziarahi pasar tamar yang terbesar di Madinah kita akan merasa kagum dengan pelbagai tamar yang dijual. Buah Tamar Ajwa sangat istimewa bukan sahaja lazat malah banyak penawar. Hadis Rasulullah SAW tentang kelebihan tamar Ajwa dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya” Ajwa adalah dari syurga ia boleh menjadi penawar dari racun, cendawan dari madu, turun dari langit dan airnya menjadi penawar bagi mata”. (H.R. Tirmizi, Ibnu Majah dan Nasai).
· Selain itu tanah dan debu di Madinah boleh mengubat penyakit. Rasulullah SAW bersabda dari Saad bin Abi Waqas r.a.”Aku bersumpah demi Allah yang dalam tanganNya nyawaku, bahawa debu-debu Madinah adalah ubat penyembuh bagi setiap jenis penyakit”.
· Sesungguhnys Madinah adalah kota yang terbukti mempunyai kelebihan seperti kota Makkah. Selain di Makkah, wahyu-wahyu Allah juga diturunkan kepada Rasulullah SAW di Madinah, samada di rumahnya, di Masjid Nabawi dan di tempat-tempat lain.

(Petikan daripada Utas Travel & Tours Sdn. Bhd.)

Selamat Hari Hari

Kepada semua ayah , bapak, abah, papa atau walid atau apa sahaja yang anda
sebut , kita rasa perlu juga untuk menghargai mereka sebagai tunggak atau nakhoda kepada
institusi kekeluargaan bahkan sebagai penjana ekonomi sesebuah rumahtangga. Tidak terlalu berlebih-lebihan atau wajar sebenarnya kita sambut Hari Bapa ini untuk menghargai jasa ayah atau bapa kita sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia, AMIN!!
SELAMAT HARI BAPA

Tuesday

TETAP jadi PUJAAN

Marah pun ini lah, sedih pun ini lah. Tapi... yang mana jadi pujaan hati tak tahu la.....
Posted by Picasa

Friday

Cari Kerja

Salam untuk semua!!

Antara perkara rutin yang aku selalu buat semenjak berenti kerja adalah cari kerja. Dah habis gambar dan beratus helai resume aku hantar tapi masih tak de rezeki. Dah tua agaknya. Tak layak takkan lah iklan selalu keluar mintak post sama mencari qualification yang setara. Mungkin aku memang di takdirkan untuk duduk dalam bidang penulisan saja kot....

Tapi baru-baru ni bertalu-talu panggil inteview dan aku dah tak pergi... coz dah ada pandangan lain. Aku dah mula buat iklan untuk business di rumah aje dengan ilmu aku ada. Ngajar dan tulis manuscript..

Monday

STPM dan SPM


Keputusan peperiksaan yang agak memberangsangkan!! Itu laporan dalam banyak media. Tahniah kepada semua pelajar yang telah mengambil keputusan masing-masing. Jangan putus asa kepada yang kurang mendapat keputusan yang tidak baik. Bukan apa, Malaysia masih luas banyak pusat pengajian. Tak dapat masuk universiti, kolej ada, institut kemahiran banyak, politeknik melambak. Ha, ni penulis nak kongsi sedikit pengalaman belajar ni. Masa dulu memang tak kisah dapat apa pun belajar tetap belajar dapat result cukup makan pun boleh pergi belajar lagi. Sekarang tempat terhad tapi bilangan tempat nak belajar sangat banyak, hanya perlu pelaburan lah .
Apa yang penting adalah minat nak belajar. Kalau tak minat tak boleh nak paksa. Penulis sampai umur la ni masih lagi pergi sekolah. Menuntut ilmu ni tak kira umur...dari dalam buaian sehingga ke liang lahad!!
p/s penulis di hadapan Masjid dua Kiblat di Mekah. (Qiblatai'in)

Thursday

MENCARI JODOH



CERIA NAMPAK!!Hai semenjak dua menjak ni ada ramai yang tengah mencari-cari peluang menambah rezeki. Dah hampir empat tahun diam-tak diam aaaasyik print borang kerja, hantar borang kerja, pi inteview (tu pun bole bilang gan jari). Semenjak ramai kengkawan dah beralih arah ke tempat kerja lain. dah tak de mood nak kerja pulak. Ha lepas habis belajar...memang tak dak income. Site income ade la tapi jaga harta orang tua. Bukan duit sendiri. Ada sikit-sikit job freelance ok gak.





Rasanya kene ubah angin kot. Tengoklah balik kanpung kot. Usahakan tanah keluarga. Atau berhijrah ke tempat orang.. rezeki ada di mana-mana.

Bila nak kawin oi! DAh keje biasala mak bapak susah hati.
Kengkawan yang belum kawin tu elok lah berhijrah ke tempat lain mana tau tukar
arah angin. Dapat mambang... Selamat mendapat jodoh.



Monday

BUSY TAK BERTEMPAT

Selamat Hari-hari. Gitulah kalau dengan radio Era pagi-pagi terdengar suara Saiful Apek. Tapi kalau aku pun nak begitu selamat sentiasa. Tapi kebelakangan ni terlalu banyak comitment sesekali tak heran pasal keselamatan. Anak-anal kene tinggal jaga diri sendiri. Semoga mereka sentiasa dilindungi hendakNya.
Tapi yang runsing kenapa saudara seibu sebapa tak keran pasal kewjudan ibu mereka lagi. Aku teringat pun sebab dah nak dekat Mother's Day. Susah nak cakap. Ini semua kesedaran dari hati dan naluri sendiri. Aku rasapun sebab dah jadi mak. Esok-esok anak-anak kalau buat begitu pada aku. (kalau diizinkan umur panjang) mana nak mengadu ek. Harap-harap tidak akan menjadi beban kepada anak-anak kelak bila di hari tua. Dah tua-tua kuat merajuk. susah anak-anak nak bela.
Wahai anak-anak yang ada ibu bapa. bersyukurlah!!!

SELAMAT HARI IBU!!!