Saturday

Selamat Hari Hari...(Kekasih)

Happy Valentine...

Ah saja jer..nak ingatkan semua kekasih tak kira dulu, sekarang atau yang akan menjadi kekasih..ehem.ehem..Sebenarnya kira-kira 14 tahun dulu konon-konon nak jadi cerita berkenalan dengan seorang jejaka handsome yang dah lama kenal..kira "old flame" tapi tak kesampaian sebab cerita tak bersambung tergantung begitu sahaja. Masalah komunikasi lah. 10 tahun dulu tak macam sekarang, walaupun dah ada hape(kate bibik) tapi tak reti nak guna.Ha,dalam bas boleh bunyi buat tak reti je(tu kawan kite harap tak marahye Wan), kalau kat office tu bunyi h/p cepat-cepat jawab nanti bos kate mcm lawan tokey sebab kite belum jadi senior lagi tapi dah ada hp. Dia tak tau orang kerja siang malam sampai nak rabun baca manuscript(bukan lah journalist tapi kengkawan jer dgn journalist). Biasalah kalau kerja dengan publication ni boleh dpt banyak site income(kalau terdaya). Tu yang kalau berkerja boleh balik besok pagi. Eh kerja aper tuh. Yelah selagi filem tak pruf(skg dah cut and paste) tak boleh balik. Nanti nak print entah keluar aper-aper objek. Cerita macam kerja teman ni kat tempat surat khabar yek..sealiran lah tuh.

Hai bersambung kepada jejaka handsome tu..sebenarnya bersambung sebab sama belajar, tapi tak rancak bertegur sapa.Kebetulan Hari Raya pada tahun tersebut macam jatuh awal tahun nak dekat dengan Birthday aku dan juga sealiran dengan Valentine..apa lagi si jejaka ni boleh propose nak kawin . Mak oi menggigil rasa nak jerit dekat H way PJ kebetulan duduk dekat dengan PJ Hilton H/ way (Selangor). Apa lah ek. Sekolah sama, pergi outing kekadang sama, field work untuk assigment pun sama kekadang tournament/sport intervarsities (aku setakat tu jer tapi mamat tu ahlil sukan)....tapi tak pernah nak 'usher'. EE slow la..Tapi bila dah propose..Jadi lah mata airku ...(istilah 60-an).

Dah bertunang lagi 'long long love affair' pulok sebab KL-JB tu nak pergi 4-5jam. Namun demi mata air tak der lautan yang tak boleh direnang, tak der H way yang tak boleh diterokai, jalan terus..sehingga lah kami bersatu., dan kini dah berenam semua. Tu yang teringat bila Valentine jer masa tu semua cerita terangkum semua. Bukan sengaja nak meraikan. Agar hari hari akan jadi Hari Kekasih..

Thursday

Babak Tiga (Birthday Auzaie...6)



Seperti biasa public holiday di negeri Arab adalah Khamis dan Jumaat (kalau M'sia negeri pantai Timur dan Utara). Tu bagi orang Melaka ni tak biasa la. Kalau Johor dolu-dolu cam tu gak ek. Bila orang cuti semua pi jalan-jalan atau rehlah. Begitu juga dengan anak-anak sekolah nih. Yang tadika selalu jer cikgu atau abla (arabic) bawak pi jalan naik bis(arabic). Suka la ek tak payah belajar. Sekolah arab nih tak der buku gamaknye. pergi balik pergi balik beg kosong tapi ada jajan dalam beg abla bekalkan. Play doh (plastesin) la..flash card la..stickers la..pokok bunga pun dapat. ee mewah la pulok. tapi ada la huruf arab dia tulis atas kertas sama ada belajar tulis nama atau tulis huruf arabic atau nombor.

Kalau sekarang kat banyak tukang kebun menanam bunga di tepi-

tepi jalan..lagi banyak warna tapi landskap tak berapa cantik la.. tapi ok.

Bunga zaie (day 7 to day 12)

Ilmu Alam


Macam kat over sea tapi nih memang over the sea (Yanbu AlBahr Medina la)..Pandangan macam nih sebenor ribut pasir..+ angin sejuk+pasir.



Macam di negara Mediterranean ada 4 musim la. Panas, bunga, sejuk, luruh.. Tapi Timur tengah nih pun sebenarnye patut masuk dalam ilmu geografi sebab dah ada panas, bunga sejuk dan luruh (walaupun luruh tak macam kat Barat). Sepanjang pertengahan Disember 2008 hingga pertengahan Februari mungkin membawa ke Mac lah sebab kalau ikut ilmu geografi dunia, kitaran musim tu kira-kira 4 bulan..tapi ikut geografi setempat (Arab Saudi ) tak pasti lagi.. sebab baru dapat buku (buku anak)....Tapi yang peliknye kalau sekolah Filipina belajar pasal negeri filipina..kalau sekolah Pakistan belajar pasal Pakistan..tak tahu langsung pasal Arab Saudi..kene pi sekolah Arablah.. dan dapat pasal History dan Geography Arabic... Alamak geram jer jari nih.. kasi aku tulis jer boleh? Orang Malaysia dah pergi bulan dah(kalau cakap orang kampung la...mcm tuh) tapi buku nih daripada Oxford semestinye bukan nak cerita pasal komuniti setempat Arab Saudi, tapi belajar pasal negeri omputih atau ikutlah negeri mana Cikgu-cikgu yang mengajar sekolah rendah. Kalau kolej tak pasti mungkin lagi tinggi la sikit ilmunye.. lagipun baru revise Gred 4 punye History dan Geography umpama membaca encyclopedia....(kenangan lamer)..

Saturday

Babak Dua-Kembo

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430





Selamat Tahun Baru Hijrah 1430. Sempena Tahun baru kami berpeluang melawat ke Masjid Nabawi di Madinah dan berjumpa dengan saudara-mara yang sedang melengkapkan pelaksanaan fardhu Haji di Madinah. Semua dapat jumpa alhamdulilah. Mula-mula rasa macam tak dapat pergi menziarah ke Madinah memandangkan jemaah Haji semakin ramai yang beransur pulang ke Tanah air, tak pasti dapat jumpa atau tidak dengan mereka. Jumpa dengan saudara-mara kat negeri orang nih best tapi orang sedang beribadat tak kan nak borak kosong jer. Tapi Terima kasih abang Chik dan Pak Su kerana sudi menyampaikan kiriman untuk emak di kampung.







Babak Satu ...

Sejuk segar kata seorang rakan...bila kami membincangkan tentang cuaca di kebanyakan negara Arab sekarang. Masalahnya semasa di Malaysia tak pernah rasa. Waima angin dengan hujan lebat namun taklah sejuk nye begitu. Yelah, kite ni tak pernah pegi luar negeri atau negeri omputih katelah senang, manakan pernah merasa suasana sebegitu. Tapi.. apelah yang dibuat orang Arab nih piknik kat tepi bukit padang pasir ni. Tu biasalah musim sejuk kalau kat tepi bukit ni romantik lah ala-ala kat Kashmir gitu.. Teringin nak jumpa saudara kat Madinah. Walau pun dekat tapi belum tentu dapat pergi.. betul jugak, bukan boleh angkat kunci kereta tekan pedal terus drive. Di Arab Saudi tak macam kampung halaman sanun, orang pompuan tak boleh nak drive, waima nak 'window -shopping' mesti ada bodyguard ikut (suami la..). Tetapi yang best nye sekarang kat Madinah musim angin sejuk.. So sesuai la memakai purdah untuk menepis habuk dan debu..Chewah!!


Alhamdulillah berjumpe jugak dengan waris dari kampung (Abang Chik dan family). Nak berlama-lama tak boleh rasanya. Orang nak buat ibadat bukan nak berborak kosong. Hanya bertanya khabar. Begitu juga untuk Pak Su dan Mak Su dari Seremban. Dan kesempatan ini juga kami sekeluarga menggunakannya untuk bersantap ala-ala Arab gitu. Setelah meninggalkan saudara-mara yang entah bila pula lagi akan berjumpa (insya allah), kami pun beredar dari Tanah Haram menuju ke Tabuk kira-kira( ala tak ade peta atau GPRS) >15 km kot dapatlah melalui Bukit Magnet.(abang Chik tengok gambar dari kampung)