Monday

Ep3: Babak 1: Auzaie Menunggu










Zaie penuh tabah tunggu depan masjid terapong semasa ke Jeddah pada bulan Mac lepas.
Nak balik sebab gigi dah goyang sangat. tak de mood tapi makan coklat dan gula ok jer. Ha tu dia.. dah cabut. Gigi kecik sangat, lebih besar daripada ragum doktor.Cabut sendiri jerlah pakai petua orang tua,guna benang. Tapi kemudian......


Cacar air/measles/c.pox pulak menyerang ,seronok dok umah melayan PS game, TV dan komputer.

Thursday

Cuti dan Aktiviti


Dubai Fashion Week 2009. Musim panas ni... lagi banyak aktiviti.



Musim panas..tapi jadual waktu semua mama-mama di Yanbu tetap berjalan seperti yang telah dirancang..
Kelas bahasa Arab: Ahad & Selasa setiap minggu.
Kelas Tadarus: dua minggu sekali sesi I (Rabu), sesi II (Khamis/Jumaat).
Kelas belajar memasak: Rabu (sebulan 2 kali)

Kelas mengaji- di sekolah Arab perempuan King Khalid: Sabtu, Ahad & Selasa
....itu aktiviti yang bertulis sahaja.

Pergi Spa, salon, menicure dan pedicure belum tertulis lagi. Mungkin ada aktiviti berkebun/ bergotong-royong...terpulanglah. Tapi kalau aktiviti makan, biasanya ...tak tertulis punnn..
p.s: bulan duduk rumah

Tuesday

Babak Tiga: Aktiviti si Kembar




Frame gambar:si Kembar
Kali ini benar-benar sekolah anak-anak membuat persediaan untuk Hari Ibu. Jika termasuk dalam subjek art & craft akan ada yang bawak balik kad ucapan/tag/bookmark yang macam-macam rupa. Tapi sementara jenuh menunggu anak yang diserang 'measles' seperti group anak-anak dari 'mamabungas' jadi ambil kesempatan merayap ke sekolah Mahd KindG. Rombongan ini disertai oleh ibu-ibu ala-Arab (yang hantar anak ke sekolah Arab) iaitu Cik aa (Perjalanan ini), Pn. Anis, Pn. Suhaidah (jiran Madkhal 9). Anak-anak perempuan sajalah sebab abla' semua perempuan dan di sana macam gerai art & craft. Bayaran masuk SR5 dan semua bahan akan dikenekan bayaran yang lain mengikut jenis kraf tangan yang nak dibuat. Kalau 'frame' macam sikembar buat di atas sekeping SR7. Memanglah mahal tapi cikgu besar kata untuk 'donation'.
Dah cakap Arab..hentam jer bayar..semua corner nak pergi, ada pasir glitters, hias ice-cream, pasir warna-warni, hias payung..dan jual jajan. Ah tak sempat dan tak boleh nak ambil gambar kat dalam sekolah melainkan sudut foto untuk ambil gambar SR20(cekek darah).
"I love you Ummi ...(tu kata abla') kau umpama dedaun yang rimbun..."
Baru jer belajar bahasa arab jadi tak lah reti nak terjemah secara lateral...

Monday

Peralihan Musim



Dah lama tak jadi botanist (ahli kaji pokok) . Sebab anak dah kene demam campak/cecair terpaksa ler buat kerja lama ni. Haaa...penat tau jadi botanist ni. Kalau jumpe pokok ambil bunga, ambil buah, ambil daun ,ah! kalau kuat cabut pokok sekali... ha ni contoh bunga neem (mambu/bambu). Sesetengah pokok ada buah (warna macam purple) lagi baik boleh buat minyak sapu (kecantikan). Kalau bawak masuk rumah bau macam hantu lalu oi.. ..takutttt

Masa buat kerja sekolah dulu kene tulis semua bahan yang dijumpa. Semua kene simpan dalam botol plastik atau beg pas tu balik makmal kene buat homework lagi..EE dah lah nak masuk cari sampel jumpa pacat, lintah, harimau, ular, monyet, kalau semut gan anai-anai tak leh cakap lerr bukan main banyak.he kalau sekarang suruh buat report macam tu lagi rasanya tak pergi la agaknye. Baik baca kat link dibawah ini segala kegunaan pokok ni .....katanye banyak digunakan oleh masyarakat India untuk kecantikan, ubat pengawal serangga, minyak rambut, ubat gigi, dan macam-macam tok nenek....

Dari segi pengubatan Ayurveda 75% daripada hasil ubatannya mengandungi neem seringkali dijumpai dalam daun (atau hasil ekstrak yang kene tumbuk atau proses ) atau kadang-kadang daripada batang pokok/bunga dan buah tetapi jarang pula menggunakan minyaknya.