Showing posts with label percutian. Show all posts
Showing posts with label percutian. Show all posts

Wednesday

Episode 20: Babak 1-Terbanglah tikar terbang


Istanbul, Eropah dan Asia


Belum tercatat lagi didunia ini bandar seperti Istanbul yang menyimpan  khazanah beberapa empayar iaitu Rom(330-395), Byzantine iaitu zaman kristian ortodok(395-1204 dan 1262-1453) , Latin iaitu berkaitan selepas empayer Roman katolik (1204- 1261) dan Uthman atau Ottoman (1453-1922). Kita akan merasa kagum apabila dua benua ini iaitu Eropah dan Asia yang berjiran, dengan pelbagai bangsa, kaum, anutan agama  mengamalkan kehidupan yang harmoni apabila mereka bercakap dengan bahasa yang halus dan sopan santun. Kedua benua ini terpisah dengan lautan. Di benua Eropah banyak istana dan masjid akan kelihatan di mana-mana manakala di benua Asia akan kelihatan banyak tapak peninggalan gereja lama. Istanbul, pernah juga diberi nama negeri Constantinople, Rome Baru, Byzantine dan banyak nama... setiap kali ia ditakluk ia akan bertukar nama.




Hari 1


Tidak sah kalau tidak 'explore' Sultanahmet. Mengikut iterneri yang telah dibaca daripada blogger dan tripadvisor; semua tempat bersejarah adalah di sini. Mula menapak  dari hotel melalui Gulhane Park. Kebetulan April adalah Festival Tulip, di mana-mana bunga jadi dapat posing  macam 'Miss World'. Kemudian nampak bumbung Hagia Sophia, terus nampak menerat Masjid Biru(Masjid Sultanahmet), papan tanda Topkapi, Yerebatan Bacilica Cistern (Istana tenggelam), Hippodrome di sebelah belakang masjid Biru. Kaunter tiket untuk masuk ke beberapa tempat kebanyakan ditutup pukul 4 ptg. Di sebabkan sudah lepas Jumaat jadi agak lewat memulakan perjalanan jadi masuk dulu ke Basilica Cistern. eem...  tempat gelap ni ada apa tah. Tapi beratur punyelah ramai nak masuk istana yang tenggelam di bawah tanah ni.


Basilica Cistern






Naik tram guna token . Agak kekok lah guna mesin jetonmatic. Bayar 3 (lira)TLR dapat 1 toket boleh pegi memane naik tram . Naik taksi 15 lira tu pun kalau tak kene tipu. Tapi kalau berderet-deret jalan macam kami anak beranak untung juga naik teksi tapi lutut tak boleh luruslah sebab semua sempit. Pegi Taksim Squrelah sebab semua museum dah nak tutup tapi tempat shopping tak tutup kot. Hop in, Hop off tengok jalan guna peta . Kebanyakan orang Turkey tak mau cakap Inggeris, apa lagi tunjuk bahasa isyarat.


Stesen Keretapi Sirkeci- lalu aje nampak dari dalam tram

mesin Jetonmatik masuk 3 lira keluar 1 token merah



Masa di dalam tram daripada Sultanahmet melalui Stesen keretapi  Sirkeci dan jeti Emenonu untuk naik Feri dan bot. Wah ! sangat produktif dan efektif pengangkutan air dan darat. Ada hampir lebih kurang 5-7 dengan perjalanan yang merata-rata samada Bosphorus, Asia, Eropah, goden Horn dan stesen feri berdekatan pun. Istanbul terbahagi tiga Utara-Selatan oleh Selat Bhosphorus untuk memisahkan Eropah dan Asia;  Golden Horn memisahkan Barat Istanbul manakala Laut Marmara di bahagian Selatan. Jadi sekarang naik tram dari old City to Modern City kami turun di stesyen Kabatas dan tukar tram yang lalu dalam terowong pulak fucular tram dekat aje 5 minit.


dah crop kalau tak nampak kepala aja. Istikal Street, shopping  di Taksim


Taksim adalah bandar Istanbul moden. Cuaca kebiasaan bulan April ni siang hari 15 Celcius kalau tak hujan dan malam 8 Celcius. Mana-mana ada bunga sebab Spring Festival- tulip lahhh.Bila sampai Taksim ..mak ai ramainye orang macam semut....mane datanglah orang ni. deretan kedai phew!  Istikal Street ;semua jenama ada, nak masuk dengan tidak je. Kita makan dulu...biasalah kebab je yg boleh telan. KFC, buggerKing, kebap dan kebap.Tetapi kebetulan ada perarakan dan perhimpunan secara aman di Taksim squre ni atau disebut Independent Square. Balik hotel baru tengok kat TV tapi tak faham sebab tak ada subtittle . Namun tak ada baling botol ke, bakar bendera ke pijak bendera ke, gas beracun ke, Polis ada di merata-rata mengawal keadaan
Taksim Tunnel Tram: Tram nostalgia kurun 19


Banggunan era Uthman mempunyai deretan kedai sepanjang 3 km yang menempatkan butik pakaian, kedai muzik, kedai buku, galeri seni, panggung wayang, cafe, restoran, pub dan kelab malam, kedai makanan, gula-gula, coklat serta manisan tradisi turki.



deretan kedai di Istikal Street sepanjang 3 km




Turun tram di Emononu melalui Galata Bride tengok orang memancing tapi dah gelap tadak ikan, pemancing dah balik.So cuba menembak Masjid Sulaimaney dari Galata Bridge. Atas bukit sana. Sebelah bawah adalah Emononu Stesen Bas, Spice Bazaar, dan stesen feri dan bot ada restoran ikan serta banggunan era Byzantine dan Uthman dan Universiti Istanbul. 


Saturday

Episide 18: Babak1: Jordan- Jerash

Mengisi musim cuti hujung tahun sempena Hari Raya idul Adha 2012 adalah melepasi sempadan KSA sebelah utara yakni ke Jordan. 

Kesan tinggalan Rome. Gerasa (Jerash) adalah suatu kawasan yg tidak kurang daripada tujuh buah gereja yg dibina oleh bangsa Rome dan sehingga pemerintahan Yazid II ia tidak langsung dibaiki dan telah beberapa kali runtuh akibat gempa bumi dan terkena serangan semasa peperangan bermula zaman tradisinya sejak bandar ini ditemui membawa kepada zaman 'Alexander the Great' juga zaman Ptolemy II bersinambungan  sehingga mengubah  Amman kepada sebuah bandar Hellenistic.








Kesan peninggalan Rome (Cardo maximus dan oval plaza)
Pintu masuk utama belah selatan  berhampirannya adalah Hippopodium


Tak ada pertumjukan pulak hari ini di Hippopodium, tapi beginilah pakaian ala Gladiator 

Tuesday

Episode 16: babak 1-Panorama Dubai


Pengisian Cuti musim sejuk dan tahun baru 2012 adalah melihat tempat-tempat yang menarik di sebelah teluk Arab iaitu Dubai. Memang kalau di lihat dalam peta sememang nya kelihatan seperti padang pasir meliputi seluruh bahagian UAE ni tapi bila kapalterbang dah hampir 700- 500 meter dari paras laut seluruh kawasan tepi teluk sudah kelihatan banyak penempatan dan bangunan tinggi. Setibanya di bandar yang penuh dengan bangunan dan pemandangan yang menakjubkan dimana penyatuan antara  lama dan baru serta pertembungan  Timur dengan Barat amat ketara di pandangan mata. Kurang dari satu abad pemerintahan dibawah pemerintahan keluarga Al-Maktoum ini telah menukar dari sebuah kampung perikanan yang kecil kepada sebuah bandaraya yang moden dan penuh keceriaan yang sangat menakjubkan.


pelbagai promosi dari November 2011-Mac 2012

bergambar di hadapan pintu masuk Souk Medinat, Jumeirah. Kelihatan di belakang
adalah Burj al Arab dan beberapa senibina yang biasa kelihatan pada banggunan  lama.


Sebuah hotel yang terletak di tepi Pantai -Jumeirah Beach Resort . Ia telah menjadi salah satu mercu tanda dan sering dipotretkan pada  baju-T, fridge magnet, mug, dan sebagainya.

Souk Medinat, Jumeirah. Pandangan ke atas bumbung kelihatan ukiran kayu seperti
yang ada rumah orang Melayu lama.

Souk  @Abra

tengok bur Dubai



Pertunjukan cahaya, musik dan pancuran air di Dubai Mall.'Setting' di atas 30 acre Burj Khalifa Lake pancuran setinggi 150m bersamaan 50 tingkat banggunan berhampiran. Ia mempunyai 5 lingkungan pelbagai saiz dan telah direkacipta oleh California -based WET


Pada hari pertama hanya sempat ke Dubai Mall  untuk melihat dengan lebih dekat Burj Khalifa yg menjadi kebanggaan. Kami sampai ke sini dengan menaiki Metro macam LRT ler kat Malaysia. Sebelum tu bertanya dulu dengan kerani tiket dan chek stesen mana nak turun uttuk ke Dubai Mall. Pusat membeli belah yg menjadi icon kepada peminat yang suka shopping.Di dalamnya ada Aquarium and Underwater Zoo  Selain daripada itu kawasan luar akan bersambung sehingga sampai Souk al Bahar; bazaar orang arab. Selepas magrib kami keluar dan tengok pertunjukan air, bunyi dan cahaya di lake dekat dengan Bur Dubai or Burj Khalifa. Sempena tahun baru yang lalu mereka mengadakan pertunjukan bunga api yang dipancarkan  pada banggunan 124 tingkat ini dan banggunan tertinggi di dunia.