Tuesday

Bab 2: Panorama Dubai

Setelah mahir dengan membaca beberapa info dalam internet dan brosur serta penerangan drp krew hotel tempat menginap, maka hari seterusnya kami mengadakan sesi lawatan dengan Big Bus Company. Bayaran semua kami anak beranak setelah diberi diskaun yang "ditetapkan" adalah  AED 700-750 sehari. Kira-kira lebih daripada 11 lokasi. Tapi sempat ke sehari?..dan disitulah untungnya pihak Big Bus Com. kerana kalau duduk aje dalam bas memang dapat tengok jalan je tapi jika turun dari bas tak boleh cukup 20 min. nak shooting lagi.... Hari ini di habiskan dengan naik  bas dan naik bot. Walaupun hampir magrib juga kami menamatkan sesi lawatan separuh hari sebenarnya..beberapa kompleks atau Mall kami tinggalkan kerana itu boleh pergi jika ada duit lebih aje...

bas 2 tingkat. kami duduk diatas atas ada bumbung

Wonder bus lain harga kalau nak ikut pakej ni

seberang creek sana adalah pekan Dubai lama, yg 100% Pakistan dan India
 dan setara dengannya
Sementara menunggu untuk bot ' Tour' singgah ke Creek Park
sekejap tapi lama....
Gold Souk tapi lenguh kaki nak jalan..hanya cuci mata;jumpa India dan Pakistani

Kebanyakan rekabentuk ini terdapat pada banggunan lama atau
dikekalkan untuk tradisi





Episode 16: babak 1-Panorama Dubai


Pengisian Cuti musim sejuk dan tahun baru 2012 adalah melihat tempat-tempat yang menarik di sebelah teluk Arab iaitu Dubai. Memang kalau di lihat dalam peta sememang nya kelihatan seperti padang pasir meliputi seluruh bahagian UAE ni tapi bila kapalterbang dah hampir 700- 500 meter dari paras laut seluruh kawasan tepi teluk sudah kelihatan banyak penempatan dan bangunan tinggi. Setibanya di bandar yang penuh dengan bangunan dan pemandangan yang menakjubkan dimana penyatuan antara  lama dan baru serta pertembungan  Timur dengan Barat amat ketara di pandangan mata. Kurang dari satu abad pemerintahan dibawah pemerintahan keluarga Al-Maktoum ini telah menukar dari sebuah kampung perikanan yang kecil kepada sebuah bandaraya yang moden dan penuh keceriaan yang sangat menakjubkan.


pelbagai promosi dari November 2011-Mac 2012

bergambar di hadapan pintu masuk Souk Medinat, Jumeirah. Kelihatan di belakang
adalah Burj al Arab dan beberapa senibina yang biasa kelihatan pada banggunan  lama.


Sebuah hotel yang terletak di tepi Pantai -Jumeirah Beach Resort . Ia telah menjadi salah satu mercu tanda dan sering dipotretkan pada  baju-T, fridge magnet, mug, dan sebagainya.

Souk Medinat, Jumeirah. Pandangan ke atas bumbung kelihatan ukiran kayu seperti
yang ada rumah orang Melayu lama.

Souk  @Abra

tengok bur Dubai



Pertunjukan cahaya, musik dan pancuran air di Dubai Mall.'Setting' di atas 30 acre Burj Khalifa Lake pancuran setinggi 150m bersamaan 50 tingkat banggunan berhampiran. Ia mempunyai 5 lingkungan pelbagai saiz dan telah direkacipta oleh California -based WET


Pada hari pertama hanya sempat ke Dubai Mall  untuk melihat dengan lebih dekat Burj Khalifa yg menjadi kebanggaan. Kami sampai ke sini dengan menaiki Metro macam LRT ler kat Malaysia. Sebelum tu bertanya dulu dengan kerani tiket dan chek stesen mana nak turun uttuk ke Dubai Mall. Pusat membeli belah yg menjadi icon kepada peminat yang suka shopping.Di dalamnya ada Aquarium and Underwater Zoo  Selain daripada itu kawasan luar akan bersambung sehingga sampai Souk al Bahar; bazaar orang arab. Selepas magrib kami keluar dan tengok pertunjukan air, bunyi dan cahaya di lake dekat dengan Bur Dubai or Burj Khalifa. Sempena tahun baru yang lalu mereka mengadakan pertunjukan bunga api yang dipancarkan  pada banggunan 124 tingkat ini dan banggunan tertinggi di dunia.



Monday

Pencari Jalan mu









 
Musim Haji 1432 H sekali lagi menemukan kami dengan saudara mara yang menerima jemputan ke Baitullah alHaram. Kali ini memang betul ironi apa tah lagi kali ini menemukan keluarga  daripada cucu Tok Sidek.


kami hanya selalu jumpa masa hari raya...itu pun 15 tahun lalu


tak pernah jumpa, tapi ..bolehlahh anak menantu Alias Sidek, Hawa Sidek dan
Osman Sidek


Cucu Tok Sidek..ya hanya sepupu sahaja tapi kami sebenarnya ada yang tidak pernah bertemu muka terutama apabila masing-masing sudah ada keluarga sendiri..itulah sekali jumpa semasa masing-masing bersanding..namun dari pihak suamiku...memang tak pernah tengok muka apatah lagi nak tahu nama. Mujur mereka semua dapat jemputan dari Allah, dan untungnya kami masih lagi menetap di Madinah.Telah ditentukan oleh Allah.

Saturday

Episode 15: Perempuan itu...

Tangga ke Wad Hematologi HSA JB disusur daripada Asrama Jururawat


Kenangan terindah buat semua keluarga ku terutama suami dan anak-anak yang telah berkorban masa, tenaga maupun seluruh jiwa kerana membantuku untuk rawatan susulan/perubatan mak di Wad Hematologi Johor Bahru..Mak telah pergi membawa segala keperitan...tanpa sebarang pesan.. Alfatehah.. Tangga-tangga yang dilalui oleh semua ahli keluargaku setiap kali membuat pemeriksaan darah daripada makmal ke bilik doktor memang sangat meninggalkan kesan; bukan sahaja aku yang tak sakit ni tetapi juga pesakit-pesakit lain yang juga merungut kerana terpaksa menghantar sendiri sampel darah ke makmal kemudian menunggu kadangkala hampir satu jam..untuk dapatkan keputusan untuk semakan doktor pakar. Leukimia yang dihidapi mak adalah pada tahap kritikal, tapi aku sangat yakin dengan kuasa tuhan walaupun doktor pernah memberi ramalan. Namun usaha tidak pernah lekang daripada kamus ku, tapi dek kerana ke alpaan ku, mak terpaksa menangguhkan beberapa siri rawatan susulan kemoterapi,Ya Allah,  ampunilah ibuku, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkan dia.





Thursday

episode 14: Mencari Cinta



Salam ramadhan al Mubarak . Hari ini sudah 17 ramadhan 1432H dan ketika entri ini ditulis rasa-rasa tidak  lebih dari 2 minggu lagi umat islam akan bertukar kalender yakni Syawal. Namun di kota Mekah dan Madinah terasa kemeriahan sangat terasa dengan jutaan jemaah yang tidak melepaskan peluang untuk menjalankan ibadat puasa dan mengerjakan ziarah dan umrah walaupun suhu ketika ini rasanyanya tahap klimaks.... Di Madinah sudah ada aksesori baru..ya..kipas angin berwap. alhamdulillah..Namun ketika ditunggu ..rupanya hampir waktu iftar..ia akan berpusing..dan mengeluarkan percikan air

Tuesday

Episode 13,Babak2:'Summer Holiday'

Seminggu lagi sekolah anak-anak akan berakhir manakala semenjak 2 minggu yang lalu sibuk di mana pusat pengajian maupun di sekolah , masjid adakan majlis penutup. Senang kate orang arab  'parrty'. Waima di masjid pun, untuk anak-anak kecil nak kasi hadiah oleh mudaris memasing (abla). Untuk murid-murid tua seperti aku ni lain jenis partynye..


Ladies Islamic Centre @ Yanbu untuk Kelas Akhir Bahasa Arab dan Hadith 40, 1432H by Us. Kamarul. Tempatnye memang untuk perhimpunan manita sahaja.tetapi sehari saja sempat buat kelas disini..'rijal mamnuuok'

Pengumpulan hadiah penghargaan dan sijil setiap semester daripada madrasah fi masjid shankhithi Al-oyun; Yanbu. Ini pun baru hafaz juz Amma. Sijil tak pelah tak upload sebab sems lepas dah upload. kira ni ada peningkatan sikit lah...


Sejak 1430H sampailah 1432H sejak berkenalan dengan mokcik2 arab baru 3 ustazah/abla/mudaris/hafizah yg ngajor ngaji . tu pun tak hafaz jugak mcm kengkawan yg lebih muda dan lebih senang ingat. Kite yg dah umur senja nih merangkak mau 'blank' kalau masuk dewan peperiksaan. Hafaz wajib dan tafsir harus tahu..jadi apa kira...walaupun berpeluh setiap pagi dan bergelut dengan urusan rumah/tangga..alhamdulillah..(Kalau orang baca dah boleh ikut dan buleh la membetulkan juz Amma. Surah lain yg penting-penting abla baca tafsir aje, belum tahap aku nak hafaz semua. Cuti musim panas semua tutup sekolah arab sampai raya Haji biasanya. Kalau masuk sekolah sini memang 'karat'..asik cuti je. Anak2 exam... ibu pun tak pi masjid so masa pi kelas untuk semester  sebenarnya 6 bulan aje..

 Dalam masjid shankithi Al-Oyun di sudut anak-anak. Curi2 bergambar dengan ustazah berasal daripada Mesir( ketiga dari kiri).masya allah seorang hafizah kini..setelah 3 thn mengaji di masjid ini.




Sebelum semester berakhir Sekolah International @ Yanbu mengadakan International Day. Barisan bapa-bapa dari Malaysia.






Babak 3:

Sekejap masa berlalu dah sebulan cuti di Malaysia. Bukanlah cuti-cuti pun hanya pulang kampung aje. Tak 'komplete' rasanya kalau tak ziarah Pasar malam, Jakel (nak cari kain) super market, tengok wayang..tapi sempat gunakan masa yg amat terdesak sekali. Yelah, sambil lalu kata orang. Jaga orang sakit bukan nak enjoy (kata suamiku) . Namun ku pegang kata-katanya itu dan bersabar dengan kerenah bibik,anak anak dan pesakit jua. Tak dinamakan kehidupan jika tiada halangan dan dugaan. Bibik tak mu kerja lagi so sekarang tunggu pengganti dah hampir setengah bulan.

Jemputan saudara-mara dan kawan-kawan terpaksa diabaikan buat masa ini. Memang balink Malaysia setahun sekali kurang lebih nak jugak jumpa saudaramara atau menikmati musim buah-buahan..tapi mingkin ini tahun-tahun hujung jua kehidupan kita untuk bersama orang yang kita paut muliakan...nah..baiklah buat kebajikan. Tinggalkan dululah 'syorga dunia ' kejap.

Sunday

Episode 13: Menanti Keajaiban


Jenis terapi kemo(22 april) yang agak 'mild'...untuk ibuku



Ketika sibuk orang meraikan Hari Ibu, aku sibuk juga memerhatikan tiap saat wajah ibu yg sedang perit, pahit dan resah menahan ubat-ubat kimia yang masuk kedalam badannya. Apa lah daya nak menggantikan perasaan itu, kita semua pun tak mampu menelannya, malah mengadapnya pun belum tentu lagi dengan daya kekuatan. Ini adalah terapi kemo yang pertama buat ibu, mengikut panduan umur dan jenis tahap kansernye. Kalau jangkaan doktor sekiranya mampu, tubuh itu menyerap semua  bahan kimia itu maka bertahanlah jasadnya. Tapi semua Ketentuan Tuhan. Mengharap kepada Keajaiban...
Laluan ini telah menjadi laluan wajib bagi kami adik beradik sewaktu ibu ku mendapat rawatan dan menjadi saksi setiap perubahan pada jalan dan semua 'landmarks' yang akan ada.insya allah

Wednesday

Babak 3:Ole-ole dari kampung




Alhamdulillah, ramai Jemaah Malaysia yang datang dan sudah pulang daripada mengerjakan Umrah dan ziarah ke Mekah dan Madinah. Nampaknya entri kali ini tengok kepada tajuk..dah tentu dapat ole-ole dari orang kampung. Tahun ini syukur saudara-mara dari kampung berkesempatan mendapatkan visa mengerjakan umrah dan ziarah. alhamdulillah. Selain itu kengkawan dari Malaysia juga tidak ketinggalan, kadang-kadang saban minggu kalau tiada halangan; berkesempatan menjenguk saudara dan rakan samada di Mekah atau Madinah.

Bukan nak menyusahkan saudara-mara malah tak terbukapun mulut untuk menyusahkan mereka untuk membawa sebarang buah tangan, tapi dah dapat rezeki nih..alhamdulillah. Terima kasih saudaraku Othman dan Rohani yang telah menerbangkan ikan bilis ini daripada Melaka. Sememangnya kalau menjenguk rakan dan saudara sewaktu mengikut pakej Umrah tak dapat kemana-mana pun. Hanya sekadar beberapa jam..maklumlah waktu mereka beribadat tidak mahu diganggu....Salam untuk semua keluarga di kampung Jasin dan Masjid Tanah, Melaka.