Topkapi, Middle Gate-dua manara menjadi simbol Istana Kerajaan Uthman ; dibina semasa Pemerintahan Sultan Mehmad II dan di atas pintu tertulis kaligraph " Lailaha illallah, Muhammada Rasullullah" |
Hari 2
Sebelum sarapan pagi tengok matahari terbit di stesen Sirkerci yang bersebelahan dengan Emononu. Feri untuk perjalanan membawa pengangkutan lain untuk ke sebelah Asia. Untuk feri penumpang stesennya adalah berlainan dengan feri pengangkutan /pemandu. Macam di Pulau Pinang lah. Kereta dan penumpangnya masuk sekali tapi di Istanbul disediakan stesen/port yang berlainan.Feri Pengankutan |
Stesen feri Emononu |
Pepagi dah menapak ke Museum Arkeologi. Cuaca bagus pada pagi Sabtu itu. Semua tempat -tempat nak dilawati dibuka jam 9 pagi atau 10 pagi. Selesa juga sebab tempat menginap dekat dengan Sultanahmet ; 10 -15minit ke Spice Bazaar, 8 -10 minit ke museum Arkeologi turun bukit masuk pintu Hagia Sophia(Gereja dahulu tetapi masjid sekarang) sebelah Hagia Sophia (gereja menjadi masjid kini), Topkapi Palace keluar Topkapi masuk lapangan Masjid Biru. Memandangkan kebanyakan tempat dalam Topkapi tidak dibenarkan mengambl gambar jadi kuranglah 'footage' untuk Istana ini.
Keluar dari Museum Arkeologi |
Halaman dalam Istana Topkapi |
pintu ke kamar privacy yg macam museum menyimpan peralatan dan persallinan diRaja. |
Istana Topkapi mempunyai empat halaman diRaja dan di sinilah Sultan Uthman tinggal sehingga kurun 19, kemudian istana ini tidak sesuai untuk majlis protokol maka sultan berpindah ke istana Dolmabahce di Bosphorus. Kini Istana ini dijadikan museum yang menempatkan bahan arkib kepunyaan Nabi Muhammad S.A.W.
main gate untuk ke Istana Topkapi |
Lepas Solat di masjid Biru terus naik Bas Hop in- hop off. Biasalah jalan sesak hari cuti . hari pun dah redup naik bas kene ayun lagi nak lelap sebab duduk open-air. nampak bas lalu semua kawasan dan tempat yang bersejarah dan terkenal tapi kami tak turun sebab nak jimat masa. nanti bila turun tak tau pukul berapa bas datang lagi walaupun katenya 30 min sekali.
Perjalanan mula daripada Sultanahmet melalui laluan yang sama dengan tram sehingga Kabatas kemudian bas dah masuk ke kawasan yang agak sempit laluannya. nampak daripada atas bukit nampak istana Dolmabache dan Universiti , menara dan kubah masjid, dan semestinya taman bunga, laut dan jambatan .
City wall keseluruhan pinggir bandar masih dibiarkan kukuh di sana |
Balik ke hotel naik teksi sebab nak ke stesen tram jauh dan dah magrib, nak cepat tapi masih sesak tak ada laluan lain, drebar teksi tak mau hantar sampai ke hotel. Membetislah nampaknya lagi. dah lah enam orang satu teksi dengan saiz badan sederhana pun namun sebab teksi kecil comel maka terasa peha dan betis kejang sebab macam duduk dalam teksi macam ikan sadin. Drebar malas nak ke Gulhane Park ikut jalan kaki lagi dekat katenye tapi daripada pagi menapak macam nak tergolek kat simen jalan tuh. Naik tram memang jimat tapi kadang-kadang kalau jauh dari stesen tram nak mengharung orang yang macam semut pun rasa lelah jugak.
Nak pegi Grand Bazaar sebab nak kejar esok Ahad Bazaar ditutup... tapi pegi bazar kecik aje di kawasan sultanahmet terus tengok panorama Masjid Biru dan air pancut yang tukar warna lampu di hadapan Hagia Sophia.
No comments:
Post a Comment