Sunday

Episode 11, Babak 1:Chinta

Selama menjadi pasangan suami isteri tipulah kalau kata tak berdendum pintu, tak berkelentung periuk belanga, dan tak bertegang urat leher. Semua itu asam garam hidup berumah tangga. Tapi sebagai suami atau isteri yang penting SABar..Mula-mula usia perkahwinan memang sangat manis bagi sesetengah pasangan (kita taklah manis kerana terpaksa duduk berasingan),semua harum (sampai skrg pun harum sbb selalu beli minyak wangi), semua baik di pandangan mata. Kalau terlanggar batu , batu yg kene sumpah. Berjalan macam pimpin orang buta (maaf ye!, tiada maksud tersirat),ah!! cinta..Rasa macam nak putar semula balik, tapi apa nak kate...yang indah itu ada tapi tanpa kene pupuk baja, mungkin lama-lama akan jadi lemau lah..Kekadang bukan tak nak pimpin tangan tapi anak-anak dah berderet-deret,dah sambar tangan ibu atau ayahnya dulu. Bukan tak mau pegang tangan,tapi nak kene dukung anak lah pulak. Biasanya ibu banyak kerja nak uruskan anak2, jadi suami selalu kene mengalah (lainlah kalau ada bibik yg urusin). Isteri bukanlah superwomen selalu nak perfect; kekadang ada masa terkehel jugak kan. (ini bukan orang lain, diri sendiri la!) Perasaan isteri paling payah nak stabil (sebab itu tak boleh jadi pemimpin) . Memang dalam ceramah-ceramah banyak menyatakan wanita paling senang masuk syurga hanya dengan suaminya redha kepadanya.Taat dengan suami. Ikut kate suami selagi dia tidak menyuruh berbuat perkara yang dimurkai Allah. Semoga suami ku dalam keadaan stabil sentiasa, agar aku juga akan sentiasa taat kepadanya..Tetapi semua itu perlu suatu perkongsian yang pintar...(betul?)
Walaupun suara hati isteri kadang-kadang tidak dapat dibaca oleh suami. Tetapi jika suami pejamkan mata (bukan tidur lena) dan bayangkan mukanya, kerjanya dirumah( suri rumah) atau di pejabat (isteri berkerja) maka gelombang fikiran suami ini akan sampai kepada isterinya (dengan practise selalu lah).Cubalah buat. Menurut pakar-pakar fizik seluruh badan kita diliputi oleh beberapa gelombang cahaya. Itu pasal orang buat kajian aura. Gelombang kita boleh ditemukan dengan orang yang kita sayang...Gelombang cinta..jika mahu..tapi bukan jampi ye!!Tetapi jika tidak boleh baca fikiran suami atau isteri...kenelah bertanya..
"Sabda Nabi s.a.w."Sebaik-baik suami dikalangan umatku adalah yang baik dengan isterinya..." Perempuan yang terbaik adalah isteri yang terbaik buat suaminya"..

1 comment:

Ejalz said...

kak lin, saya sangat suka nukilan ini.... muaahhhss...