Frame gambar:si Kembar
Kali ini benar-benar sekolah anak-anak membuat persediaan untuk Hari Ibu. Jika termasuk dalam subjek art & craft akan ada yang bawak balik kad ucapan/tag/bookmark yang macam-macam rupa. Tapi sementara jenuh menunggu anak yang diserang 'measles' seperti group anak-anak dari 'mamabungas' jadi ambil kesempatan merayap ke sekolah Mahd KindG. Rombongan ini disertai oleh ibu-ibu ala-Arab (yang hantar anak ke sekolah Arab) iaitu Cik aa (Perjalanan ini), Pn. Anis, Pn. Suhaidah (jiran Madkhal 9). Anak-anak perempuan sajalah sebab abla' semua perempuan dan di sana macam gerai art & craft. Bayaran masuk SR5 dan semua bahan akan dikenekan bayaran yang lain mengikut jenis kraf tangan yang nak dibuat. Kalau 'frame' macam sikembar buat di atas sekeping SR7. Memanglah mahal tapi cikgu besar kata untuk 'donation'.
Dah cakap Arab..hentam jer bayar..semua corner nak pergi, ada pasir glitters, hias ice-cream, pasir warna-warni, hias payung..dan jual jajan. Ah tak sempat dan tak boleh nak ambil gambar kat dalam sekolah melainkan sudut foto untuk ambil gambar SR20(cekek darah).
"I love you Ummi ...(tu kata abla') kau umpama dedaun yang rimbun..."
Baru jer belajar bahasa arab jadi tak lah reti nak terjemah secara lateral...
1 comment:
kretip anak2 kak lynn.. btuah n bruntung mak dak kembar.. dpt skali 2 pulak tu..puitis sungguh ayat powerrrr tu..hihi
Post a Comment