Wednesday

120 Rahmat Allah

120 Rahmat Allah di Kaabah Al-Musyarrafah


Allah SWT telah memberi rahmat yang tidak terhingga banyaknya kepada umat Islam yang menziarahi dan beribadat di Kaabah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud dari Ibn Abbas r.a katanya: “Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “ Bahawa Allah SWT menurunkan 120 rahmat ke atas rumah ini (Kaabah) setiap hari dan malam. 60 untuk mereka yang melakukan tawaf, 40 bagi mereka yang mendirikan sembahyang dan 20 bagi mereka yang memandang Kaabah.

“Sesiapa yang memandang Kaabah beserta dengan keimanan dan membenarkan hatinya iaitu percaya kepada Allah SWT dan Rasulnya maka dosanya akan gugur , kembali bersih seakan-akan ia baru dilahirkan oleh ibunya”. (oleh Said bin Musaiyab)

“Melihat Kaabah adalah satu bentuk ibadat. Seseorang yang melihat Kaabah adalah sama darjat dengan orang yang beribadat semalaman, berpuasa di siang hari dan berjuang fisabilillah dan kembali kepada Allah SWT dengan bertaubat. (oleh ‘Ato’ r.a)

Jika menjadi tetamu Allah di Tanah Suci khususnya di Makkah Al Mukarramah, maka berazamlah untuk sembahyang berjemaah pada setiap waktu di dalam Masjid Al-Haram.
Dari Jabir r.a., katanya : Rasulullah SAW bersabda bermaksud” Satu sembahyang di masjidku ini lebih utama daripada seribu kali sembahyang di masjid lain kecuali Masjidil Haram. Sekali sembahyang di Masjidil Haram lebih utama daripada seratus ribu kali sembahyang di masjid lain”. HR Ahmad dan Ibn Majah.

Selain sembahyang, melakukan ibadat puasa di kota Makkah Al-Mukarramah mendapat ganjaran pahala yang berganda. Dipetik daripada ulasan Imam Hasan Al-Basri mengenai Hadis Rasulullah SAW katanya” Berpuasa di Makkah Al-Mukarramah selama sehari adalah sama dengan berpuasa sebanyak seratus ribu kali ganda di tempat lain. Bersedekah sebanyak satu dirham di Makkah Al-Mukarramah adalah sama dengan memberi sedekah seratus ribu dirham di tempat lain. Jika melakukan dosa? Khalifah Umar Al Khattab mengatakan” Lebih baik bagiku melakukan tujuh puluh dosa di luar Kaabah daripada melakukan satu dosa di Makkah Al-Mukarramah.”
(Publish By UTAS Travel & Tours)

No comments: