Wednesday

Menjadi Tetamu Allah

Jika saudara telah terpilih menjadi tetamu Allah atau bercadang untuk menziarahi Tanah Suci, kita harus memasang niat yang betul supaya pemergian kita bukan kerana ingin menunjuk-nunjuk kepada jiran atau kawan. Pasanglah niat untuk beribadat semata-mata kerana Allah SWT dan memohon keampunan. Jangan sesekali berniat untuk melancong atau bersuka-suka sahaja kerana kita akan dapat apa yang akan diniatkan itu.

Selain itu , duit yang kita belanjakan untuk ke Tanah Suci mestilah duit yang halal iaitu duit daripada sumber yang halal. Seandainya kita menggunakan duit yang tidak halal untuk tujuan beribadat di Tanah Suci, maka sis-sia sahaja ibadat kita.

Seharusnya kita membersihkan diri, sama ada dari segi luaran dan dalaman. Pakaian, badan serta sikap. Seandainya kita sanggup berhabisan berhias diri apabila bertemu orang yang kita kasihi di dunia, maka lebih-lebih lagi ketika hendak bertemu Allah SWT.

Sama ada di Mekah atau berada di Madinah jauhi perkara-perkara khurafat contohnya mencium kaabah dengan keterlaluan. Mohon kepada Allah bukan daripada Kaabah. Mengucup Hajar Aswad adalah sunat. Jamaah tidak perlu bertolak-tolak dan berasak-asak. Rasulullah pernah bersabda “Wahai Umar, engkau seorang lelaki yang kuat, janganlah engkau bertolak-tolak dan berasak-asak ke atas Hajar Aswad kerana menyakiti orang yang lemah. Jika engkau mendapat ruang maka engkau kucuplah dan bertahlil dan bertakbirlah”. HR Ahmad.
(Publish by UTAS Travel & Tours)

No comments: