Salam Maal Hijrah, tahun baru Hijrah 1434 , yang kebetulan sudah masuk hari kelapan. Bulan Muharam adalah antara 4 bulan-bulan yang haram, bukan haram bermaksud 'jangan itu dan jangan ini'...tetapi pesan ustazah jangan kita menzalimi diri kita pada bulan - bulan tersebut. Baru sahaja meninggalkan bulan Zulhijjah sebagaimana kita biasa panggil bulan Haji, kini bergerak lagi dan menambahkan amalan-amalan mengikut sunnah dan yang wajib kerana apa? ada banyak peristiwa yang berlaku dalam bulan Muharram. Selamat beramal.....
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Wednesday
Sunday
Episode 17 : Babak 1;Musim Sejuk dan Pesta Bunga Yanbu
Belum cuti sekolah lagi tapi baru nak periksa. kebanyakan anak2 arab ada yang cuti peperiksaan tapi sekarang adalah peralihan cuaca dari sejuk kepada suam-suam lepas tu panas berdenting....Tapi Festival bunga-bungaan (Mac 2012) ni katanya sudah dihentikan sejak 2-3 tahun lepas mungkin masalah cuaca atau masalah sosial...yelah dimana ada bunga di situ ada kumbang....macam-macam boleh jadi.
| Penyambut Tetamu cum. maskot untuk merai kanak-kanak sekolah; tak tau ler pak arab mane yg dok dalam tuh |
| Pesta Bunga di Yanbu Al-sinaiyah pada Mac 2012. Pertama kali semenjak duduk di Saudi tengok bunga sangat segar bugar , saujana memandang. Hampir setiap sudut dan dataran ada bunga . |
| Semua kretiviti landskap taman dipersembahkan..tapi sekejap lagi musim panas..... |
| tak chek nama ape..tak ada labeling...tapi biasa org kampung gelar kekwa ke? |
| Belakang sana ada satu pentas bunga-tak pasti kekal atau tidak...takut dihinjak2 dek anak2 arab |
![]() |
| Logo Royal Comm. Yanbu KSA. |
Tuesday
Babak 2: Panorama Dubai
| bas 2 tingkat. kami duduk di tingkat ada bumbung |
| Wonder bus lain harga kalau nak ikut pakej ni |
| seberang creek sana adalah pekan Dubai lama, yg 100% Pakistan dan India dan setara dengannya |
![]() |
| Sementara menunggu untuk bot ' Tour' singgah ke Creek Park sekejap tapi lama.... |
![]() |
| Gold Souk tapi lenguh kaki nak jalan..hanya cuci mata;jumpa India dan Pakistani |
| Kawasan Global village- kampung budaya |
Location:
Dubai - United Arab Emirates
Episode 16: babak 1-Panorama Dubai
Pengisian Cuti musim sejuk dan tahun baru 2012 adalah melihat tempat-tempat yang menarik di sebelah teluk Arab iaitu Dubai. Memang kalau di lihat dalam peta sememang nya kelihatan seperti padang pasir meliputi seluruh bahagian UAE ni tapi bila kapalterbang dah hampir 700- 500 meter dari paras laut seluruh kawasan tepi teluk sudah kelihatan banyak penempatan dan bangunan tinggi. Setibanya di bandar yang penuh dengan bangunan dan pemandangan yang menakjubkan dimana penyatuan antara lama dan baru serta pertembungan Timur dengan Barat amat ketara di pandangan mata. Kurang dari satu abad pemerintahan dibawah pemerintahan keluarga Al-Maktoum ini telah menukar dari sebuah kampung perikanan yang kecil kepada sebuah bandaraya yang moden dan penuh keceriaan yang sangat menakjubkan.
pelbagai promosi dari November 2011-Mac 2012
| bergambar di hadapan pintu masuk Souk Medinat, Jumeirah. Kelihatan di belakang adalah Burj al Arab dan beberapa senibina yang biasa kelihatan pada banggunan lama. |
Sebuah hotel yang terletak di tepi Pantai -Jumeirah Beach Resort . Ia telah menjadi salah satu mercu tanda dan sering dipotretkan pada baju-T, fridge magnet, mug, dan sebagainya.
| Souk Medinat, Jumeirah. Pandangan ke atas bumbung kelihatan ukiran kayu seperti yang ada rumah orang Melayu lama. |
| Souk @Abra |
| tengok bur Dubai |
Labels:
Dubai,
Kehidupan,
Pemandangan,
percutian
Location:
Dubai - United Arab Emirates
Monday
Pencari Jalan mu
Musim Haji 1432 H sekali lagi menemukan kami dengan saudara mara yang menerima jemputan ke Baitullah alHaram. Kali ini memang betul ironi apa tah lagi kali ini menemukan keluarga daripada cucu Tok Sidek.
kami hanya selalu jumpa masa hari raya...itu pun 15 tahun lalu
tak pernah jumpa, tapi ..bolehlahh anak menantu Alias Sidek, Hawa Sidek dan
Osman Sidek
Cucu Tok Sidek..ya hanya sepupu sahaja tapi kami sebenarnya ada yang tidak pernah bertemu muka terutama apabila masing-masing sudah ada keluarga sendiri..itulah sekali jumpa semasa masing-masing bersanding..namun dari pihak suamiku...memang tak pernah tengok muka apatah lagi nak tahu nama. Mujur mereka semua dapat jemputan dari Allah, dan untungnya kami masih lagi menetap di Madinah.Telah ditentukan oleh Allah.
Tuesday
Episode 13,Babak2:'Summer Holiday'
Seminggu lagi sekolah anak-anak akan berakhir manakala semenjak 2 minggu yang lalu sibuk di mana pusat pengajian maupun di sekolah , masjid adakan majlis penutup. Senang kate orang arab 'parrty'. Waima di masjid pun, untuk anak-anak kecil nak kasi hadiah oleh mudaris memasing (abla). Untuk murid-murid tua seperti aku ni lain jenis partynye..Ladies Islamic Centre @ Yanbu untuk Kelas Akhir Bahasa Arab dan Hadith 40, 1432H by Us. Kamarul. Tempatnye memang untuk perhimpunan manita sahaja.tetapi sehari saja sempat buat kelas disini..'rijal mamnuuok'
Pengumpulan hadiah penghargaan dan sijil setiap semester daripada madrasah fi masjid shankhithi Al-oyun; Yanbu. Ini pun baru hafaz juz Amma. Sijil tak pelah tak upload sebab sems lepas dah upload. kira ni ada peningkatan sikit lah...
Sejak 1430H sampailah 1432H sejak berkenalan dengan mokcik2 arab baru 3 ustazah/abla/mudaris/hafizah yg ngajor ngaji . tu pun tak hafaz jugak mcm kengkawan yg lebih muda dan lebih senang ingat. Kite yg dah umur senja nih merangkak mau 'blank' kalau masuk dewan peperiksaan. Hafaz wajib dan tafsir harus tahu..jadi apa kira...walaupun berpeluh setiap pagi dan bergelut dengan urusan rumah/tangga..alhamdulillah..(Kalau orang baca dah boleh ikut dan buleh la membetulkan juz Amma. Surah lain yg penting-penting abla baca tafsir aje, belum tahap aku nak hafaz semua. Cuti musim panas semua tutup sekolah arab sampai raya Haji biasanya. Kalau masuk sekolah sini memang 'karat'..asik cuti je. Anak2 exam... ibu pun tak pi masjid so masa pi kelas untuk semester sebenarnya 6 bulan aje..
Dalam masjid shankithi Al-Oyun di sudut anak-anak. Curi2 bergambar dengan ustazah berasal daripada Mesir( ketiga dari kiri).masya allah seorang hafizah kini..setelah 3 thn mengaji di masjid ini.
Sebelum semester berakhir Sekolah International @ Yanbu mengadakan International Day. Barisan bapa-bapa dari Malaysia.
Babak 3:
Jemputan saudara-mara dan kawan-kawan terpaksa diabaikan buat masa ini. Memang balink Malaysia setahun sekali kurang lebih nak jugak jumpa saudaramara atau menikmati musim buah-buahan..tapi mingkin ini tahun-tahun hujung jua kehidupan kita untuk bersama orang yang kita paut muliakan...nah..baiklah buat kebajikan. Tinggalkan dululah 'syorga dunia ' kejap.
Sunday
Episode 13: Menanti Keajaiban
Ketika sibuk orang meraikan Hari Ibu, aku sibuk juga memerhatikan tiap saat wajah ibu yg sedang perit, pahit dan resah menahan ubat-ubat kimia yang masuk kedalam badannya. Apa lah daya nak menggantikan perasaan itu, kita semua pun tak mampu menelannya, malah mengadapnya pun belum tentu lagi dengan daya kekuatan. Ini adalah terapi kemo yang pertama buat ibu, mengikut panduan umur dan jenis tahap kansernye. Kalau jangkaan doktor sekiranya mampu, tubuh itu menyerap semua bahan kimia itu maka bertahanlah jasadnya. Tapi semua Ketentuan Tuhan. Mengharap kepada Keajaiban...
![]() |
| Jenis terapi kemo(22 april) yang agak 'mild'...untuk ibuku |
Ketika sibuk orang meraikan Hari Ibu, aku sibuk juga memerhatikan tiap saat wajah ibu yg sedang perit, pahit dan resah menahan ubat-ubat kimia yang masuk kedalam badannya. Apa lah daya nak menggantikan perasaan itu, kita semua pun tak mampu menelannya, malah mengadapnya pun belum tentu lagi dengan daya kekuatan. Ini adalah terapi kemo yang pertama buat ibu, mengikut panduan umur dan jenis tahap kansernye. Kalau jangkaan doktor sekiranya mampu, tubuh itu menyerap semua bahan kimia itu maka bertahanlah jasadnya. Tapi semua Ketentuan Tuhan. Mengharap kepada Keajaiban...
Wednesday
Babak 3:Ole-ole dari kampung
Alhamdulillah, ramai Jemaah Malaysia yang datang dan sudah pulang daripada mengerjakan Umrah dan ziarah ke Mekah dan Madinah. Nampaknya entri kali ini tengok kepada tajuk..dah tentu dapat ole-ole dari orang kampung. Tahun ini syukur saudara-mara dari kampung berkesempatan mendapatkan visa mengerjakan umrah dan ziarah. alhamdulillah. Selain itu kengkawan dari Malaysia juga tidak ketinggalan, kadang-kadang saban minggu kalau tiada halangan; berkesempatan menjenguk saudara dan rakan samada di Mekah atau Madinah.
Bukan nak menyusahkan saudara-mara malah tak terbukapun mulut untuk menyusahkan mereka untuk membawa sebarang buah tangan, tapi dah dapat rezeki nih..alhamdulillah. Terima kasih saudaraku Othman dan Rohani yang telah menerbangkan ikan bilis ini daripada Melaka. Sememangnya kalau menjenguk rakan dan saudara sewaktu mengikut pakej Umrah tak dapat kemana-mana pun. Hanya sekadar beberapa jam..maklumlah waktu mereka beribadat tidak mahu diganggu....Salam untuk semua keluarga di kampung Jasin dan Masjid Tanah, Melaka.
Thursday
Episode 12: babak3-Merancang Hari Tua
Ketika membelek sebuah majalah, terpempan mata kepada sebuah artikel berbunyi 'Merancang Hari Tua'.. berkaitan pulak dengan itu berita dari mesej yg biasa nampak dlm Simpanan hari Tua beberapa hari lepas yang disiarkan dalam media..dan berturut-turut pula insentif kepada pendidik , beberapa kemudahan yg diperoleh oleh pesara dari Perkhidmatan Awam (belum lah lagi bersara). Mewah lah jugak mereka , tapi untuk mereka lah, bukan nak mengungkit atau menyesal tak dapat menikmatinya;tapi dah bukan rezeki kita nak buat apa..ye tak?
Berbalik kepada merancang hari tua tadi, bila umur dah ke peringkat senja ni biasanya banyak perancangan nak dibuat walaupun kadang-kadang bukan dalam 'memo list'. Bukan macam azam tahun baru yang saban tahun akan berubah atau 'upgred' ketika tahun baru tiba; tetapi merancang Hari Tua ni mungkin suatu pengisian masa tua kelak. Sejak meninggalkan kerusi empuk boleh pusing ni, jarang jugaklah nak berangan untuk berlebih-lebih dari segi kebendaan, sekadar sahaja mengikut situasi semasa. Apa yang pasti aktiviti kini akan beralih kepada mengisi laman-laman rohaniah. Tetapi biasalah apabila dah sebati dengan pekerjaan atau amalan selama bekerja sebelum ini, fikiran tak boleh dipenjarakan, macam-macam idea nak tulis..macam-macam nak terjemah...macam-macam nak tafsir (bukan tafsir mimpi ).
Alhamdulillah, Allah kurniakan mata yang masih boleh membaca, jari yang masih boleh menaip, dan minda yang masih boleh menghafal (tak mudah). Dipetik dari majalah Solusi #28"Menjelang Usia Senja; berusahalah mengamalkan wirid-wirid harian tertentu, mencari hobi sesuai, membanyakkan membaca al-quran untuk mengelakkan nyanyuk, menghadiri majlis ilmu dan rajin beriadah.
Alhamdulillah, Allah kurniakan mata yang masih boleh membaca, jari yang masih boleh menaip, dan minda yang masih boleh menghafal (tak mudah). Dipetik dari majalah Solusi #28"Menjelang Usia Senja; berusahalah mengamalkan wirid-wirid harian tertentu, mencari hobi sesuai, membanyakkan membaca al-quran untuk mengelakkan nyanyuk, menghadiri majlis ilmu dan rajin beriadah.
Sunday
Episode 8: Babak 2: Cuti Musim Panas
Julai 2010 :
Cuaca menjadi semakin panas ..kadang-kadang mencecah 50 Celcius..apa lagi..di sinilah saja tempat yang sesuai....berendam,berendam

Dapat mencuci mate di mall pun ok gak..memandangkan kehangatan World cup semakin memuncak ketika saat-saat penentuan juara..ketika ini apa saja cadangan untuk berjalan atau membeli-belah atau berkelah tiada sambutan lah. Masa untuk menonton TV...
Projek tertunggak boleh dikatakan masa inilah untuk menyiapkan sedikit persiapan untuk syawal..sekarang dah syaaban..Nanti Ramadhan tak banyak masa mungkin lagipun elok lah rasanya masa dihabiskan dengan aktiviti mendekatkan diri memperbanyakkan 'makanan jiwa'..Namun sempat jugalah menyiapkan beberapa projek yang tertangguh juga selama ini, yelah daripada terperam aje dirumah..
Pilih kain untuk baju raya dan cari teknik-teknik manik dan labuci yang sesuai untuk mengindahkan baju raya..

Cuaca menjadi semakin panas ..kadang-kadang mencecah 50 Celcius..apa lagi..di sinilah saja tempat yang sesuai....berendam,berendam
Projek tertunggak boleh dikatakan masa inilah untuk menyiapkan sedikit persiapan untuk syawal..sekarang dah syaaban..Nanti Ramadhan tak banyak masa mungkin lagipun elok lah rasanya masa dihabiskan dengan aktiviti mendekatkan diri memperbanyakkan 'makanan jiwa'..Namun sempat jugalah menyiapkan beberapa projek yang tertangguh juga selama ini, yelah daripada terperam aje dirumah..
Pilih kain untuk baju raya dan cari teknik-teknik manik dan labuci yang sesuai untuk mengindahkan baju raya..Jun 2010
Ladmark untuk menuju misi ke laut kawasan Dolfin, Yanbu al Bahr (laut -arabic; bahar (plural)
misi mencari ketam
Semoga musim cuti sekolah bagi anak-anak di KSA kali ini tidak banyak melangok (kate orang kampung den!) sebab pada tahun lepas ketika cuti sekolah bagi anak-anak yang sekolah International Sc. di KSA hampir 3 bulan gitu. Ikut orang arab ,musim ..panas...jadi untung jugak tak sekolah musim ni. Suhu sekitar 46-48 Celsius dan pernah mencecah 50-51 celsius begitu agak tidak selesa kalau keluar rumah pada waktu siang. Selalunya warga arab ni dah terkenal memang gemar keluar malam, nak cari orang repair rumah ke, repair paip ker memang lepas magrib paling afdal..( masa tu sesuai nak buat kerja-kerja pembaikpulih).
Kepada rakan-rakan yang telah mula bercuti ke Malaysia dan kemane-mane lah yang teragak, Selamat cuti-cuti Malaysia, atau Selamat Bercuti ..sudah lah. Sehingga nak menunggu masuk sekolah bagi beberapa jenis International Sc. versi Amerika atau Filipina yang sesi masuk sekolah kira-kira Ogos nanti banyak masa anak-anak nak mengadap Game..(segala versi game) yang tersimpan akan jadi rebutan sekarang. Fening lah kepala ana ini macam. Ibu-ibu sudah seperti radio yang terpasang 24jam waktu siaran, mengalahkan siaran World Cup.
Walau apapun aktiviti terperap musim panas bagi ibu-ibu semestinya masak. Sekali masak bukan calang-calang. Semua jenis resepi dah beratur ikut giliran. Tak pasti lepas musim cuti sekolah ni tiba pulak bulan Ramadhan, mungkin dah kering idea kelak nanti..kene makan kebab ajelah agaknya. Musim panas nak pergi berjalan-jalan mungkin tak selesa kecuali mengerjakan Umrah atau menziarah Masjid Nabawi, bunktinya beberap perancangan untuk merayap-rayap ke beberapa bahagian sekitar Saudi (tak jauh lah pun) sudah dibatalkan memandangkan faktor cuaca. Dulu kalau nak mengikut rombongan, selalunya tak kene masa cuti kerja orang bekerja shif (suami), tunggu anak cuti sekolah baru boleh pi jalan-jalan tapi bila tiba musim cuti sekolah musim panas..tak berjalan jugak...
Wednesday
Episode 8 :Ijazah

Cendera hati daripada pengerusi /guru besar . semua dapat lah
Aktiviti kehidupan di tanah air kadang-kadang hanya sibuk dengan kejiranan, anak-anak, keluarga , keluarga mentua, kawan-kawan dan pekerjaan; tapi semenjak berada di tanah Arab ni pengisiannya agak berlainan mentelah kaum wanita tidak patut bebas keluar masuk kedai/mall/shopping compleks dan membuat aktiviti luar rumah tanpa teman atau "waris" yang dekat. Namun kerajaan di sini tidak langsung membiarkan wanita-wanita arab ketandusan ilmu pengetahuan. Pihak kerajaan negeri ada menyediakan pusat-pusat pengajian, masjid, dan sekolah untuk kaum wanita memperdalam ilmu khususnya ilmu al-Quran dan hafazan.
Untuk sesi pengajian penggal Feb-Mei 2010(mungkin penggal 2) di beberapa buah masjid yang mengadakan sesi belajar al-quran sudahpun tamat. Jadi majlis penutup telahpun berlangsung semalam; agak terkejut bagi saya yang baru pertama kali belajar di masjid ini. Bertempat di masjid shankiti al-Oyun, Yanbu; majlis penutup secara sederhana tetapi meriah telah diadakan. Saya yang kebetulan ketinggalan bas pada pagi itu hanya sempat mengenakan abaya hitam je, tak sempat ''touch-up''. Kalau kat arab ni jarang keluar pakai baju glamor, semua sembunyi dalam abaya. Sampai masjid (atau mana-mana tempat majlis dibuat) semua makcik arab akan kembali kepada fitrah wanita yang asal...cantik dan berhias paling glamor yang pernah anda lihat di acara-acara seperti red karpet ''holiwood/ boliwood".
Beberapa puisi dan bacaan ayat-ayat al-quran diperdengarkan. Sijil dan cendera hati diberikan kepada semua anak-anak murid ni. Mungkin tak seberapa tapi sangat mewah juga hadiah dan beberapa door-gift kami dapat. Sijil tu paling ter''kesan'' sebab boleh hafal setakat tu jer... . Dengan berkat doa semua ustazah juga lah jadi pendorong untuk menghafal surah-surah tu. Semester baru nanti lagi bertambah dan ada aktiviti lain lagi kerana bab membetulkan mahraj huruf dah selesai.
Subscribe to:
Posts (Atom)















