Showing posts with label Selamat Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Selamat Hari Raya. Show all posts

Monday

Episode9 Babak 1;Tradisi rumah terbuka










rumah terbuka...biasa lah...pak menakan






bekerja semasa musim perayaan...





Salam idul Fitri
Tinggal beberapa hari saja lagi Syawal akan berakhir..alamak..cam ne nak habis posa 6 nih asik pancit je...mane taknye. makan...makan... Tahun ini dapat beraya di kampung halaman. Pheh! Selamat Hari Raya...

Tapi bila lagi nak jumpa yek..Jumpa setahun sekali memang banyak perkara nak cerita sampai berbuih rasa mulut nih. Walau macam mana sekali pun.. yang jauh kita dekatkan..yang dekat kita mesrakan. Rumah terbuka memang tak pernah pun buat kalau dok di kampung. Hari-hari rumah memang terbuka..tak kira saudara mara jauh ke dekat ke suka hatilah nak datang rumah. Tapi memandangkan tahun ini memang mengejar masa...kami tak dok kat rumah sebaliknya pergi beraya ke sana sini kalau tidak tak jumpa saudara mara. Mesti pergi...raya..Cuti yang 'seciput' , berlumba-lumba kami terjah rumah saudara-mara...namun...tak tercapai akal ku...jua..maklumlah..


Kepada sahabat handai, saudara mara adik beradik, dan jiran tetangga yang jauh dan dekat..Ampun maaf dipinta.. selagi hayat dikandung badan budi yang baik tuan semua akan saya kenang jua..!

Saturday

Suasana Syawal

Selamat Hari Raya




Esok Hari Raya! Esok Hari Raya! Kalau kat kampung dah meriah bunyi meriam buluh dan mercun punye tapi di Yanbu KSA tak der bunyi suara orang pun. Ada jiran sebelah (keluarga Suhaida & Ramli) tapi jiran Arab nampak ada kereta orangnye tak pernah nampak kelibat pun. Semenjak balik dari Malaysia memang tak dengar kedengaran suara kanak-kanak pun anak-anak kita jer terjerit-jerit.

Kalau hari "mantai" atau memantai ke membantai ker kata orang Melaka...ni tengah bakar lemang dan rebus ketupat. Yang lain tu biasalah beli daging, beli ayam sibuk masak rendang. Nanti masa Buka puasa semua ada atas meja. Pra- raya nama nya.

Walau apa pun alhamdulillah dapat beraya dengan suami dan anak-anak Tahun ini. Kekadang kat Malaysia pun tak dapat raya gak sebab kerja shift kene balik kampung dululah, dah 4 raya kekadang baru dapat raya sekeluarga. Trajis gitu. Dekat tapi Jauh....

Untuk rakan dan saudara mara nun di Malaysia, Singapura dan tidak lupa juga kenalan di Yanbu KSA.. harap maafkan segala kekasaran bahasa jangan disimpan walaupun sekelumit atau sekelumat pun di sudut hati. Semua kesalahan harap dimaafkan bagi pihak empunya Blog ini...
Selamat Hari Raya.