Showing posts with label Tempat Baru Kawan Baru. Show all posts
Showing posts with label Tempat Baru Kawan Baru. Show all posts

Sunday

Episode 17 : Babak 1;Musim Sejuk dan Pesta Bunga Yanbu


Belum cuti sekolah lagi tapi baru nak periksa. kebanyakan anak2 arab ada yang cuti peperiksaan tapi sekarang adalah peralihan cuaca dari sejuk kepada suam-suam lepas tu panas berdenting....Tapi Festival bunga-bungaan (Mac 2012) ni katanya sudah dihentikan sejak 2-3 tahun lepas mungkin masalah cuaca atau masalah sosial...yelah dimana ada bunga di situ ada kumbang....macam-macam boleh jadi.

Penyambut Tetamu cum. maskot untuk merai kanak-kanak sekolah; tak tau
 ler pak arab mane yg dok dalam tuh

Pesta Bunga di Yanbu Al-sinaiyah  pada Mac 2012. Pertama kali semenjak duduk di Saudi tengok bunga sangat segar bugar , saujana memandang. Hampir setiap sudut dan dataran ada bunga .

Semua kretiviti landskap taman dipersembahkan..tapi sekejap lagi musim panas.....

 tak chek nama ape..tak ada labeling...tapi biasa org kampung gelar kekwa ke?

Belakang sana ada satu pentas bunga-tak pasti kekal atau tidak...takut dihinjak2 dek anak2 arab
Bila tapak pesta dah dibuka kepada awam(keluarga) baru jumpa makcik arab ye. Waktu lawatan dikhaskan kepada family jam 4 ptg-11 mlm. Tadi pagi utk anak bujang sahaja...tapi
kita follower...ada mahram tak pe..

Antara gaya kontemporari cheh! nak raya katakan. tapi nampak macam kekampungan sebab ada pelita mungkin sebab persiapan nak raya. Walau bagaimanapun tak boleh lawan Malaysiana punya landskap...natural...


Logo Royal Comm. Yanbu KSA.

Saturday

Jemputan dan Makan


Sempena ulangtahun anak-anak yang sulong dan yang ke-4

Jemputan ! Jemputan!


Makan ! Makan! Makan !


Kebanyakan aktiviti yang acapkali diadakan adalah jemputan makan. Selain aktiviti kelas agama/bhsa arab secara mingguan serta kelas belajar masak, kedapatan jugaklah acara jemputan aqiqah. Tetapi situasi ini JARANG-JARANG lah.. kerana ramai jugak kengkawan yang masih belum bersedia menyambut kelahiran bayi di 'mamlakati al-arabiah assaudia' (KSA lah).... Tapi minggu lepas ada dua kelahiran bukan serentak tetapi boleh jadi 'Grand' gitu sebab sama-sama menjalankan aqiqah. Sama- sama tengok mereka membesar kelak. aminnn!!!


Lagi.... kelas memasak dari dapur pondokku ini telah dijayakan oleh beberapa orang rakan yang berjuang sungguh-sungguh menyiapkan 'task' nih.


1. Masak tepung dengan air sebegitu rupa dohnya.










2. Pecahkan telur dalam doh dan putar kuat.


3. Pancitkan doh
4. Bakar doh
5. Masukkan cream dan makan










Kemudiannn masak lagi dirumah kawan Hjh. Jamilah pulak dengan resepi 'mee sizzzlinggggg' haa berasap zzzzz. Buat kengkawan silalah lungsuri (jgn tergolek udah) FB cik kak cik-cik kak tersebut (termasuk bloger) untuk mendapatkan resepi.



ps! memang tangan chef lah tu!!!-mee sizzzzzzling..




Di kesempatan ini juga penulis ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Pn. Aizal Yusrina sekeluarga dan Pn. Hjjh Norhasiah sekeluarga kerana mendapat cahaya mata serta mengundang kami untuk jemputan makan.

Tuesday

Ep 2: Babak 2- Dulu dan Kini

Semenjak datang ke Arab Saudi.. kehidupan semua dah berubah. Duduk , berdiri, makan, pakai , jadual harian, persekitaran serta ritma kawalan badan (istilah sains hayat) yang termasuk macam-macam perkara tentang badan kita semua beralih arah. Bukan cinta beralih arah tetapi badan akan menerima respons yang berlainan terhadap persekitaran samasa mendapat ransangan atau berubah secara semulajadi tanpa diransang (Natural)...Kalau dulu ambik gambar begini.......gambar tak der warna tetapi boleh pakai apa-apa yang teragak...

Tapi kini di' SINI 'begini pulak gayanye ..gambar macam saiz pasport tetapi masuk dalam Iqama untuk menjadi kad pengenalan. Tidak payah glamor tetapi semua serba hitam untuk wanita dengan abaya. Untuk sebab itu jugaklah terkenang semasa orang dulu buat pasport nak pergi luar negeri atau ke Singapore..bila kongsi pasport dengan mak atau ayah ha duduk lah bersama-sama mak atau ayah kita.
Ketika di Arab Saudi perbualan dengan rakan-rakan sudah berkitar kepada masakan, makan, rumah, anak-anak sekolah, kelas bahasa atau usrah serta ziarah atau umrah. Sudah kurang nak bercerita sale kat JJ, sale kat Lot 10, Starhill, Bukit Bintang ...,G..., TS..., dan macam-macam huruf lagi....Di sini hanye sebut Hyper Panda dan Star Market . Kalau jauh sikit pi Jeddah lah tetapi tak boleh nak W.... S.... hanya 'cash and carry' sebab tak ada masa nak mencuci mata.
Jadi...episode kali ini adalah meraikan hari Ibu..Memanglah lambat lagi rasenye kalau ikut kalender orang putih(Gregorian) macam bulan May. Ter tengok TV rancangan masakan favorite "Fatafeat" kat KSA nih (carilah channel berape??) asik nyanyi lagu untuk Ummi.. Ummi.. so..masakan yang chef sediakan adalah untuk ibu masing-masing, atau dedicated to mummy, mama, or emak( saya panggil). Sediakan makanan, uli roti bukan roti canai (orang arab roti tempayan), masak sup (orang putih)...dan lain-lain footage (bhs media kot) yang mengambarkan tugas-tugas ibu untuk membesarkan anak-anak dengan MAKANAN. Kasih sayang ibu juga ditunjukkan dengan mengenang resepi seorang chef yang jadi turun temurun keluarga dan menjemput ibu masak dalam rancangan yang dikendalikan.


Kalau ikut hati memanglah nak panggil mak masak untuk kite.Tapi tu semua kekadang bagi sesetengah orang adalah mustahil..untuk ibu yang berada dekat dengan kita insyaallah memang diusahakan untuk kita pulak memasak untuk ibu.

ilaiki ya Ummi .....,

Saturday

Aktiviti Musim Sekolah


Ha.. Sekarang musim cuti bagi anak-anak arab...termasuklah anak Malaysia yang pergi sekolah Arab,dari 2 Safar (arab ikut kelender Hijrah). Anak-anak yang masuk International Sc masih sibuk exam ketika tu..Jadi adik kecik ni sibuk nak ajak abang kakak pergi main ke playground atau main computer game. Tapi....setelah habis exam semua terbang.... Asik asik cerita funfair dan playground..kalau anak arab pergi taman permainan malam lah..siang panas..Ini gelongsor yang paling tinggi kot yang pernah aku tengok..jenuh nak daki bukan pakai escelator atau tangga tapi daki macam panjat bukit..nak turun diberi karpet terbang untuk meluncur laju..ah..tak kuasanyer nak panjat..tapi nak dekat 4-5 kali jugak anak-anak nih memanjat . Kuda pusing tu biasalah...duduk jer tapi lagu tak der.

Ni rupenyer Funland di Balad dan gelongsor sangat tinggi...




Playground di depan Hyperpanda yang macam baru dibuka.
Kalau dah cuti sekolah anak kerja makan-makan sajer lah.Nak bawak pergi maner lagi ..kalau ayah kerja. Minggu lepas ada anak yang ikut ayahnye pi belajar Bahasa Arab so bila balik adalah nota..tapi aku rasa cara senang aku guna perkataan yang nak sebut hari-harilah kalau untuk masak dan makan. Ha tengok booklet yang Hyperpanda sisipkan kat depan pintu masuk...Hah masa aku baru sampai Yanbu memang aku belajar guna pamplet atau booklet yang ada terjemahan nih. Arabic-English selain daripada poket kamus. Bukan nak pi kerja pun nak faham sikit masa nak pi beli barang ...kan OK jer.




Bukan iklan promasi tapi kamus bergambar!!!

Thursday

Ilmu Alam


Macam kat over sea tapi nih memang over the sea (Yanbu AlBahr Medina la)..Pandangan macam nih sebenor ribut pasir..+ angin sejuk+pasir.



Macam di negara Mediterranean ada 4 musim la. Panas, bunga, sejuk, luruh.. Tapi Timur tengah nih pun sebenarnye patut masuk dalam ilmu geografi sebab dah ada panas, bunga sejuk dan luruh (walaupun luruh tak macam kat Barat). Sepanjang pertengahan Disember 2008 hingga pertengahan Februari mungkin membawa ke Mac lah sebab kalau ikut ilmu geografi dunia, kitaran musim tu kira-kira 4 bulan..tapi ikut geografi setempat (Arab Saudi ) tak pasti lagi.. sebab baru dapat buku (buku anak)....Tapi yang peliknye kalau sekolah Filipina belajar pasal negeri filipina..kalau sekolah Pakistan belajar pasal Pakistan..tak tahu langsung pasal Arab Saudi..kene pi sekolah Arablah.. dan dapat pasal History dan Geography Arabic... Alamak geram jer jari nih.. kasi aku tulis jer boleh? Orang Malaysia dah pergi bulan dah(kalau cakap orang kampung la...mcm tuh) tapi buku nih daripada Oxford semestinye bukan nak cerita pasal komuniti setempat Arab Saudi, tapi belajar pasal negeri omputih atau ikutlah negeri mana Cikgu-cikgu yang mengajar sekolah rendah. Kalau kolej tak pasti mungkin lagi tinggi la sikit ilmunye.. lagipun baru revise Gred 4 punye History dan Geography umpama membaca encyclopedia....(kenangan lamer)..

Menjalin Persahabatan di tempat Baru

Berpindah ke tempat baru merupakan suatu yang boleh membuatkan semua orang teruja tetapi dalam masa yang sama boleh presure jugak dari segi mental dan fizikal. Banyak pengalaman baru la.. tapi mesti 'sepi' punyeee bila tak ada geng nak berkongsi cerita dan pengalaman yang biasa-biasa. Tapi sebelum cari geng baru diri kita sendiri perlu berubah 'sedikit' agar taklah rasa macam terkejut seperti sikap yang positif (ala tu ayat biasa lah), selain tu ada masa free dan kita sendiri mahu. Kalau tak mau bercampur dengan orang lainpun tak guna.

Kepada rakan baru dan yang akan menjadi rakan baru cubalah...

Buat kelas masak ke, mengaji ke menjahit ke

Tapi kalau ada kemahiran ajar terus atau buat kerja separuh masa bukan kekasih separuh masa

Cari Alumni. Ala ni kalau group ex-office atau ex-schoolmate

Ha cari Club rekreasi dan joinlah kalau mampu

Jadi sukarelawan pun ok gak…

Jangan tak nak pulak bila orang ajak…


.. tapi ada amaran..

  • Sentiasalah sopan santun dan jaga penampilan
  • No need untuk jadi si mulit 'laser'
  • Jangan lokek dengan puji-pujian dan senyum
  • Dah berkenalan janganlah lupa ajak ke rumah
  • Sentiasa peramah dan mudah mesra. Tanya kabar
  • Jangan lokek dengan puji-pujian dan senyum
  • Dah berkenalan janganlah lupa ajak ke rumah
  • Sentiasa peramah dan mudah mesra