Salam Maal Hijrah, tahun baru Hijrah 1434 , yang kebetulan sudah masuk hari kelapan. Bulan Muharam adalah antara 4 bulan-bulan yang haram, bukan haram bermaksud 'jangan itu dan jangan ini'...tetapi pesan ustazah jangan kita menzalimi diri kita pada bulan - bulan tersebut. Baru sahaja meninggalkan bulan Zulhijjah sebagaimana kita biasa panggil bulan Haji, kini bergerak lagi dan menambahkan amalan-amalan mengikut sunnah dan yang wajib kerana apa? ada banyak peristiwa yang berlaku dalam bulan Muharram. Selamat beramal.....
Showing posts with label Madinah Al-Munawarrah. Show all posts

Wednesday
Friday
Episode 17: babak 2- Marhaba bikum
| masjid Quba |
Di Mekah suhu sudah meningkat sekitar 36-38 Celcius. Perit jugak kadang-kadang terasa pancaran matahari walaupun jam 11 pagi..apa lagi kalau solat zohor di dataran kaabah. Walau apapun, jemaah dari Malaysia harap tahu menjaga diri dan kesihatan. Memanglah kalau kali pertama datang kita sangat kagum dan kalau boleh tidak mahu melepaskan peluang untuk sentiasa mengadap dan bersujud di Baitullah, Allahuakbar! namun sentiasa jaga diri memandangkan kawasan di Dataran Baitullah juga sedang dinaiktaraf dan agak bersesak juga ketika mana jemaah datang serentak.
![]() |
| sebahagian daripada kawasan dataran Alharam sedang dinaiktaraf , juga beberapa tempat di kawasan saie dan dataran baitullah. |
Labels:
Madinah Al-Munawarrah,
Mekah,
Menjadi Tetamu Allah
Monday
Episode 7: Musim Ziarah dan Umrah
tong air minum di perkarangan Masjid Nabawi
Musim Panaasss...tetapi ramai jemaah yang datang untuk berziarah...walaupun di perkarangan Masjid Nabawi ketika ini waktu menunjukkan hampir masuk waktu Asar...simen diperkarangan masjid masih terasa menyengat panasnya. Sementara menunggu masuk waktu solat Asar, kebanyakkan jemaah ambil 'pot' untuk lepak di sekitar tiang-tiang payung besar. alhamdulillah...sambil meneguk air sejuk...ah nyamannnn.
Kawasan menjadi sesak sebelum dan selepas solat Jumaat di masjid Nabawi. Polis pengawal terpaksa membuat sekatan dengan motor untuk mengelakkan keadaan lebih teruk lagi. Sekitar jam 2 petang kereta sibuk nak keluar pula daripada parkir awam masjid Nabawi.
Thursday
Madinah Al -Munawarrah
Madinah adalah Tanah Haram
Selain Makkah, Madinah juga adalah Tanah Haram. Sesuai dengan penjelasan Nabi Muhammad SAW dalam hadisnya daripada Saad r.a., maksudnya “Aku mengisytiharkan haram bagi kawasan yang berada di antara tanah berbatu di kedua-dua bahagian Madinah. Sesungguhnya tumbuh-tumbuhannya tidak boleh ditebang dan binatangnya tidak boleh diburu di dalam kawasannya. Hanya jika mereka mengetahui akan kelebihannya dengan sepenuhnya mereka tidak akan meninggalkannya. Sesiapa yang bergerak keluar daripada Madinah kerana tidak terpesona dengannya, Allah akan menghantar seorang yang lain yang lebih baik daripadanya untuk gantinya. Barang siapa menanggung sabar di atas kesukaran tinggal di Madinah, aku akan memberinya syafaat atau menjadi saksinya pada hari Kiamat” (H.R. Muslim) .
· Rasulullah SAW sangat sayang terhadap negeri Madinah dan pernah memohon doa daripada Allah SWT agar penduduknya hidup dalam kesenangan, kesejahteraan dan dijauhi daripada bala bencana. Rasulullah SAW juga menjelaskan bahawa nama Madinah disebut Taiyibah (bersih, cemerlang dan suci). Di sinilah menunjukkan Madinah sebuah negeri yang bersih, terpelihara daripada segala perbuatan syirik dan mungkar. Selain itu, Madinah sangat sesuai sebagai tempat tinggal mereka yang jujur, bersih jiwanya dan sentiasa bertakwa kepada Alah SWT.
· Seseorang yang menziarahi Madinah Al Munawwarah kemudian meninggal dunia, Rasulullah SAW menjanjikan syafaat kepadanya. Hadis Rasulullah SAW dari Sumaitah, seorang perempuan Bani Laith berkata, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, maksudnya, “Sesiapa yang mempunyai kemampuan dan keupayaan daripada kamu jangan meninggal dunia melainkan di Madinah. Sesungguhnya sesiapa yang mati di Madinah aku akan memberi syafaat dan menjadi saksi baginya..” (H.R. Ibnu Hibban dan Tabrani).
· Jika berkesempatan menziarahi pasar tamar yang terbesar di Madinah kita akan merasa kagum dengan pelbagai tamar yang dijual. Buah Tamar Ajwa sangat istimewa bukan sahaja lazat malah banyak penawar. Hadis Rasulullah SAW tentang kelebihan tamar Ajwa dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya” Ajwa adalah dari syurga ia boleh menjadi penawar dari racun, cendawan dari madu, turun dari langit dan airnya menjadi penawar bagi mata”. (H.R. Tirmizi, Ibnu Majah dan Nasai).
· Selain itu tanah dan debu di Madinah boleh mengubat penyakit. Rasulullah SAW bersabda dari Saad bin Abi Waqas r.a.”Aku bersumpah demi Allah yang dalam tanganNya nyawaku, bahawa debu-debu Madinah adalah ubat penyembuh bagi setiap jenis penyakit”.
· Sesungguhnys Madinah adalah kota yang terbukti mempunyai kelebihan seperti kota Makkah. Selain di Makkah, wahyu-wahyu Allah juga diturunkan kepada Rasulullah SAW di Madinah, samada di rumahnya, di Masjid Nabawi dan di tempat-tempat lain.
(Petikan daripada Utas Travel & Tours Sdn. Bhd.)

Subscribe to:
Posts (Atom)