Showing posts with label Menjadi Tetamu Allah. Show all posts
Showing posts with label Menjadi Tetamu Allah. Show all posts

Friday

Episode 17: babak 2- Marhaba bikum


masjid Quba

Musim jemaah umrah datang....sejak Mac lalu saudara dan rakan datang mengerjakan umrah ke Baitullah serta ziarah ke tempat-tempat yang sering menjadi tumpuan jemaah umrah seantero dunia. Musim sejuk  kini telah berlalu; cuaca menjadi agak panas sedikit demi sedikit perubahan cuaca agak terasa ketara walaupun di Madinah atau Mekah telah turun hujan pada awal April  lalu...alhamdulillah. Kalau di bahagian lain negara Arab mungkin hujan sekejap sekejap..tapi di Mekah jarang-jarang kita terima hujan. Alhamdulillah walau apapun keadaannya sudah 3 tahun tinggal di KSA..dah jadi kebiasaan.

Di Mekah suhu sudah meningkat sekitar 36-38 Celcius. Perit jugak kadang-kadang terasa pancaran matahari walaupun jam 11 pagi..apa lagi kalau solat zohor di dataran kaabah. Walau apapun, jemaah dari Malaysia harap tahu menjaga diri dan kesihatan. Memanglah kalau kali pertama datang kita sangat kagum dan kalau boleh tidak mahu melepaskan peluang untuk sentiasa mengadap dan bersujud di Baitullah, Allahuakbar! namun sentiasa jaga diri memandangkan kawasan di Dataran Baitullah juga sedang dinaiktaraf dan agak bersesak juga ketika mana jemaah datang serentak.

sebahagian daripada kawasan dataran
Alharam sedang dinaiktaraf , juga beberapa tempat di kawasan saie dan dataran baitullah.

Monday

Pencari Jalan mu









 
Musim Haji 1432 H sekali lagi menemukan kami dengan saudara mara yang menerima jemputan ke Baitullah alHaram. Kali ini memang betul ironi apa tah lagi kali ini menemukan keluarga  daripada cucu Tok Sidek.


kami hanya selalu jumpa masa hari raya...itu pun 15 tahun lalu


tak pernah jumpa, tapi ..bolehlahh anak menantu Alias Sidek, Hawa Sidek dan
Osman Sidek


Cucu Tok Sidek..ya hanya sepupu sahaja tapi kami sebenarnya ada yang tidak pernah bertemu muka terutama apabila masing-masing sudah ada keluarga sendiri..itulah sekali jumpa semasa masing-masing bersanding..namun dari pihak suamiku...memang tak pernah tengok muka apatah lagi nak tahu nama. Mujur mereka semua dapat jemputan dari Allah, dan untungnya kami masih lagi menetap di Madinah.Telah ditentukan oleh Allah.

Thursday

episode 14: Mencari Cinta



Salam ramadhan al Mubarak . Hari ini sudah 17 ramadhan 1432H dan ketika entri ini ditulis rasa-rasa tidak  lebih dari 2 minggu lagi umat islam akan bertukar kalender yakni Syawal. Namun di kota Mekah dan Madinah terasa kemeriahan sangat terasa dengan jutaan jemaah yang tidak melepaskan peluang untuk menjalankan ibadat puasa dan mengerjakan ziarah dan umrah walaupun suhu ketika ini rasanyanya tahap klimaks.... Di Madinah sudah ada aksesori baru..ya..kipas angin berwap. alhamdulillah..Namun ketika ditunggu ..rupanya hampir waktu iftar..ia akan berpusing..dan mengeluarkan percikan air

Wednesday

Babak 3:Ole-ole dari kampung




Alhamdulillah, ramai Jemaah Malaysia yang datang dan sudah pulang daripada mengerjakan Umrah dan ziarah ke Mekah dan Madinah. Nampaknya entri kali ini tengok kepada tajuk..dah tentu dapat ole-ole dari orang kampung. Tahun ini syukur saudara-mara dari kampung berkesempatan mendapatkan visa mengerjakan umrah dan ziarah. alhamdulillah. Selain itu kengkawan dari Malaysia juga tidak ketinggalan, kadang-kadang saban minggu kalau tiada halangan; berkesempatan menjenguk saudara dan rakan samada di Mekah atau Madinah.

Bukan nak menyusahkan saudara-mara malah tak terbukapun mulut untuk menyusahkan mereka untuk membawa sebarang buah tangan, tapi dah dapat rezeki nih..alhamdulillah. Terima kasih saudaraku Othman dan Rohani yang telah menerbangkan ikan bilis ini daripada Melaka. Sememangnya kalau menjenguk rakan dan saudara sewaktu mengikut pakej Umrah tak dapat kemana-mana pun. Hanya sekadar beberapa jam..maklumlah waktu mereka beribadat tidak mahu diganggu....Salam untuk semua keluarga di kampung Jasin dan Masjid Tanah, Melaka.


Tuesday

Babak 2:Salam Baitullah


Hari ini sudah 10 Zulhijjah 1431H, hampir 3 juta jemaah haji seluruh dunia termasuk kira-kira 26 ribu jemaah rakyat Malaysia telah melalui pengalaman menyempurnakan rukun haji iaitu wukuf di Arafah dan bermalam di muzdalifah seterusnya pagi ini bersama-sama mengerjakan sembahyang sunat idul adha di Masjidil Haram. Di KSA, ada beberapa siaran langsung daripada sistem penyiaran antaranya Huda-TV, al Jazeera , BBC arabic membuat liputan siaran langsung sembahyang sunat idul adha. Di Malaysia ketika ini masih lagi 9 Zulhijjah yang mana ada sebahagian rakyat yang mungkin sedang berpuasa sunat hari Arafah. Syukur juga RTM Malaysia menyiarkan siaran terus menerus dari Arafah -suatu pencapaian yang baik dalam dunia penyiaran sekarang.

Kebetulan ada wakil wartawan spt (Tn Hj Awang Omar Pengiran Apong) membuat liputan setiap perjalanan Jemaah Haji Malaysia khususnya Jemaah Tabung Haji.Begitu juga jika beberapa media luar negara membuat liputan secara terus menerus situasi di Arafah, Mina dan Majidil Haram

Terbayang betapa sayu hati semua jemaah ketika itu, tetapi terasa waktu itu bagai kilat, cepat berlalu sehingga lidah ini rasa seperti semua hendak diungkapkan agar semua doa didengar oleh Allah swt. ketika itu...

Walaupun tidak mengerjakan haji beberapa perkara sunat bolehlah dilakukan sesuai dengan kemampuan masing-masing. Mendengar sesi soal-jawab dan huraian daripada Ustaz Mohamad Ravi (Salam Baitullah) bersama tetamu temputan di RTM tentang beberapa permasalah Haji dan korban serta perkongsian pengalaman dan juga diselitkan rakaman dan ucap salam dari Jemaah Haji Malaysia di Mekah ketika itu terasa dunia siber tiada yang musykil. Kalau dulu harapkan telegram dan berita sahaja. Kini dah boleh nampak saudara kita melambai-lambai di kaca TV
..masya allah

Wednesday

Episode 10; babak 1 :Kenangan Musim Haji

" Jadilah perjanjian terakhir kamu di kaabah"












Kad pengenalan jemaah haji KSA mesti dipakai. nak ingat khemah arab di Mina kadang-kadang payah jugak...







Kenangan beg yang dikelek semasa di khemah Mina dan Arafah










kelengkapan semasa di khemah dan pergi melontar







Penerbangan haji telah bermula sejak 9 September 2010 dari Malaysia. Jemaah Haji dari seluru pelusuk dunia sedang dalam persiapan untuk mengerjakan rukun Islam ke-5. Di saat dan ketika ini ada juga hati yang masih berdebar-debar menunggu keputusan daripada Tabung Haji sama ada dapat menyahut lambaian kaabah. Bagi kawan-kawan yang berada di bumi ambia ini, kemungkinan sedang membuat persiapan dokumen dan laporan kesihatan. Kebanyakan hati bakal Jemaah ini juga terus akan diuji dengan karenah birokrasi dari bangsa Arab di sini. Setiap orang mempunyai dugaan yang berlainan sama ada terhadap hartabenda, anak-pinak, waris dan saudara yang akan ditinggalkan.Namun debaran ini mungkin tidak sehebat jemaah dari kampung halaman kita masing-masing nun di Malaysia kerana jarak dan zon waktu yang memisahkan adalah sangat jauh dan jika ditakdirkan sesuatu terjadi, hanya kepada Allah sahaja lah segalanya diserahkan.



Ya! pengalaman setiap tahun menghantar saudara -mara ke Kompleks Tabung Haji atau ke Lapangan Terbang adalah saat yang sangat perit bagi sebahagian kita. Sesungguhnya bukan sesuatu itu dipinta berlaku, tetapi semuanya ketentuan Tuhan. Ajal, jodoh dan rezeki adalah di tanganNya. Saya tidak dapat menyambut pulang nenek yang selama ini membela dan menjaga saya ketika zaman sekolah. Ketika menyiapkan perkakas untuk dibawa ke Tanah Suci, kami semua bergurau senda dan buat kelakar kerana biasalah barang makanan memang penuh dalam beg jemaah haji kita. 'Berat macam Batu'! Pasal makanan, perut orang melayu memang tidak boleh pisahkan dari sambal dan serunding. Maklumlah Jemaah Malaysia akan berada di Tanah suci sekurang-kurangnya 40-45 hari. Nasib baik tak bawa tong gas, dapur masak, lesong batu...namun tidak sampai pun hari wukuf berita sedih diterima, bahawa jemaah Malaysia ada yang meninggal di Madinah ketika itu rombongan nenek baru hendak berangkat ke Mekah. Almarhum disemadikan di Madinah..alfatehah. Yang sedih, ketika di lapangan terbang hanya beg saja yang muncul...tiada siapa yang sanggup pergi mengambilnya, tidak sanggup.



Kepada seluruh umah Islam, sanak saudara, handai taulan, sahabat handai yang menjadi tetamu Allah, Semoga mendapat Haji Mabrur.





Friday

Episode 9:Ramadhan Mubarak



Sambutan Ramadhan pada Hijrah 1431 ini telah dapat sama-sama dilaksanakan di Mekah sambil mengerjakan Umrah. Alhamdulillah. Walaupun cuaca sampai tahap 48-50 Celsius kadangkala amat mencabar..terutama kepada anak-anak.
Pengangkutan Oleh SAPTCO sedia berkhidmat dlm kesesakan lalulintas..musim Ramadhan
Amat mengelirukan..setibanya kami di Masjid Tanaim semua parkir kereta tidak dapat digunakan secara percuma seperti sediakala. Jemaah sangat ramai sehingga bas-bas dan 'pic-up' bertali arus sepanjang perjalanan daripada Tanah Halal menuju ke Masjidil Haram. Rupa-rupanya sekatan jalan raya oleh pihak berwajib..telah menhalakan kenderaan kami ke sebuah parkir yang agak luas dan percuma..namun anak2 terpaksa berjalan kaki untuk keluar mendapatkan pengangkutan awam. Dapat lah 'ponca' kalau orang kampung kata kereta prebet sapu lah...dengan bayarannn SR40..memanglah, nak kata apa? dengan barang-barang lagi untuk keluar drp tanah Halal sebelum mendapatkan penginapan. Nak cakap arab lebih-lebih tak reti..nasib baik tahu nama jalan...nak sebut nama hotel pun kekadang dah terlupa..kadang-kadang orang arab ni bukan tahupun nama hotel...lepas tu tunjuk arah jelah guna perkataan Yamen/Yasir (ke kiri/kanan)...trajis jugak kali nih.










Gambar ketika hampir masuk Iftar
Sempadan untuk menyediakan juadah berbuka puasa, makanan sangatlah mewah;
kami di alu-alukan. Syukran!

Di belakang Safa, Jemaah daripada berbagai bangsa dah cop tempat awal-awal. Jam baru 6:25










Perit pancaran matahari, jemaah pada awal 10 Ramadhan seperti keadaan semasa musim Haji.

Monday

Episode 7: Musim Ziarah dan Umrah



tong air minum di perkarangan Masjid Nabawi

Musim Panaasss...tetapi ramai jemaah yang datang untuk berziarah...walaupun di perkarangan Masjid Nabawi ketika ini waktu menunjukkan hampir masuk waktu Asar...simen diperkarangan masjid masih terasa menyengat panasnya. Sementara menunggu masuk waktu solat Asar, kebanyakkan jemaah ambil 'pot' untuk lepak di sekitar tiang-tiang payung besar. alhamdulillah...sambil meneguk air sejuk...ah nyamannnn.


duduk dibawah lindungan payung masjid

















Kawasan menjadi sesak sebelum dan selepas solat Jumaat di masjid Nabawi. Polis pengawal terpaksa membuat sekatan dengan motor untuk mengelakkan keadaan lebih teruk lagi. Sekitar jam 2 petang kereta sibuk nak keluar pula daripada parkir awam masjid Nabawi.

Wednesday

Babak 3: 15 tahun Menggendang Cinta

Bunyinya macam tajuk drama RTM... Tapi hakikatnya nak sampai ke angka 15 tahun dalam perkahwinan macam jugak nak mendaki Jabal Rahmah, Jabal Uhud, atau segala macam gunung dan berenang di semua macam laut nak menemukan suatu cinta....yang belum tentu kekal di dunia. Namun kita hanya menumpang seketika di dunia untuk menyelesaikan tanggungjawab menjaga amanah Allah hasil cinta yang disemai selama ini dengan pilihan hati sendiri...

Katakanlah (wahai Muhammah) "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu,....
Dengan doa dan kesabaran dapat jugaklah melekatkan hati dan jiwa untuk menjadi sehati dan sejiwa (macam segmen RTM1) dalam menatang semua kasih sayang yang telah diberikah Allah melalui suami dan anak-anak. Semoga usia perkahwinan ini dapat berganda dan kekal hingga ke akhir hayat. Hadiah demi hadiah yang diterima seperti duit hantaran perkahwinan, cincin, bunga, pakaian hingga sampailah dah dapat anak berderet-deret namun tak sama dengan hadiah ini,pakej istimewa ,menjadi tetamu Allah.... Terima kasih kepada suami pilihan hati ku.......


"nampak macam nak piknik tapi tengah panas dan berdebu di jamrat semasa melontar. Bukan pakai topi nak main golf, tapi topi pelindung kot dilempat batu"

Menyambut Tahun Baru hijrah 1431 di Mekah Al Mukarramah dan Madina Al Munawwarah dengan suami dan anak-anak. Selesai tawaf dan Saie dok lepak kejap kemudian Jalan-jalan cari makan.


Sunday

Babak 2: 40 tahun mencari Cinta

Sejarah awal manusia hidup di dunia ini adalah pertemuan antara Nabi Adam dan Hawa di Jabal Rahmah, Padang Arafah. Beberapa kisah dalam kitab sabilah muhtadin dalam bab Haji diceritakan bagaimana Nabi Adam a.s berjalan mencari Hawa selama 40 tahun dari benua India sehingga bertemu di Arafah. Dalam dunia yang begitu luas tanpa seorang manusia, ketikaitu bagaimana Adam a.s boleh tahu yang Siti Hawa ada di Arafah, siapakah yang menceritakannya. Inilah kebesaran Allah. Inilah kebesaran Allah mereka boleh bertemu di situ dan Nabi Adam a.s tidak melayan keinginan terhadap Siti Hawa sewaktu bertemu berbanding ketika di syurga yang memimpikan Siti Hawa di sisinya. Mengapa keinginan Adam terhadap Hawa lenyap ketika itu, kerana ia dalam keadaan resah dengan penyesalan.(petikan buku Kursus Haji drp Hj. Md Daud Che Ngah)

Itulah intro kepada n3 kali ni sempena menunggu panggilan Haji. Kami di Yanbu kebanyakan sudah menghantar borang dan menyelesaikan langkah pertama untuk permohonan menjalankan ibadat tersebut. Insya allah , harap diperkenankan menjadi tetamu Allah.

Jadi gambaran yang diberikan pada tempat yang berlainan dan dalam keadaan yang berlainan. Bagaimana manusia yang sentiasa bergelumang dengan dosa-dosa setiap hari samada sengaja atau tersilap. Mengikut sejarah juga Nabi Adam a.s berada di kawasan Arafah selama kira-kira 12 tahun semata-mata ingin memohon keampunan Allah dalam keadaan tidak terurus dan kusut masai. Setelah dalamnya keinsafan Nabi Adam barulah Allah menerima taubatnya seperti dalam kenyataan Al-Quran (Al Baqarah ayat 30). Walaupun syarat wukuf kepada jemaah haji hanya berada seketika, namun masa yang terluang digunakan dalam suasana melakukan ibadat tambahan dalam keadaan yang optimum dan bersungguh-sungguh kerana tidak tahu bila lagi masanya dapat tiba di Padang Arafah.....




Friday

Episode 3: Bab 4:Tetamu



Cuaca sekarang sangat sangat panas terasa bagai kene tampar..Tulah dia musim panas. Betul-betul musim bukan macam kat Asia Tenggara yang mempunyai monsun tropika ada kala hujan ada kala panas. Kalau dah nama pun musim..memang sentiasa panas sampai 3-4 bulan. Cuti sekolah di Arab ni (orang Timur Tengah lagii la panas sebab tengah padang pasir) tak pernah rasa seperti di Malaysia atau negara Khatulistiwa..duk la kat tepi air terjun buatan ni untuk rasa sejuk sikit...Air terjun ni adalah seperti dinding yang panjang selepas keluar daripada Masjid Nabawi keluar daripada Kota Madinah untuk jalan-jalan menuju Tabuk, atau Jeddah, atau ke Mekah. Tapi dalam panas terik tu boleh jugak lah ziarah ke Bukit Uhud dan melihat deretan bazar di tengah panas walaupun baru jam 8 pagi.


















Pada musim cuti sekolah di Malaysia memang ramailah jemaah akan datang buat Umrah dan ziarah termasuklah keluarga kami Abang Long dan Kak Saerah dari Seremban serta anak-anak. Kecik je mata si Kembar tak boleh bukak sebab kene panahan matahari ketika tawaf Wida.













Wednesday

Haji dan Kenduri Kawin

Alhamdulillah, semalam dah berlepas sekumpulan penerbangan jemaah Haji termasuk Pak Ngah (Ishak Alang -adik mak). Juga kepada rakan-rakan yang telahpun berada di Tanah Suci dengan penerbangan awal atau kemudian nanti.. Selamat Mengerjakan Haji 1429H semoga mendapat Haji Mabrur. Bulan ni musim cuti sekolah..2 hari lagi. Anak aku asik kira berape hari nak kene pegi sekolah. Musim orang pergi haji lepas tu kenduri kawin da... Untuk kawan-kawan yang nak naik pelamin. ...SELAMAT PENGANTIN BARU!



"Selamat pengantin Lame...Setelah 13 tahun.......

120 Rahmat Allah

120 Rahmat Allah di Kaabah Al-Musyarrafah


Allah SWT telah memberi rahmat yang tidak terhingga banyaknya kepada umat Islam yang menziarahi dan beribadat di Kaabah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud dari Ibn Abbas r.a katanya: “Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “ Bahawa Allah SWT menurunkan 120 rahmat ke atas rumah ini (Kaabah) setiap hari dan malam. 60 untuk mereka yang melakukan tawaf, 40 bagi mereka yang mendirikan sembahyang dan 20 bagi mereka yang memandang Kaabah.

“Sesiapa yang memandang Kaabah beserta dengan keimanan dan membenarkan hatinya iaitu percaya kepada Allah SWT dan Rasulnya maka dosanya akan gugur , kembali bersih seakan-akan ia baru dilahirkan oleh ibunya”. (oleh Said bin Musaiyab)

“Melihat Kaabah adalah satu bentuk ibadat. Seseorang yang melihat Kaabah adalah sama darjat dengan orang yang beribadat semalaman, berpuasa di siang hari dan berjuang fisabilillah dan kembali kepada Allah SWT dengan bertaubat. (oleh ‘Ato’ r.a)

Jika menjadi tetamu Allah di Tanah Suci khususnya di Makkah Al Mukarramah, maka berazamlah untuk sembahyang berjemaah pada setiap waktu di dalam Masjid Al-Haram.
Dari Jabir r.a., katanya : Rasulullah SAW bersabda bermaksud” Satu sembahyang di masjidku ini lebih utama daripada seribu kali sembahyang di masjid lain kecuali Masjidil Haram. Sekali sembahyang di Masjidil Haram lebih utama daripada seratus ribu kali sembahyang di masjid lain”. HR Ahmad dan Ibn Majah.

Selain sembahyang, melakukan ibadat puasa di kota Makkah Al-Mukarramah mendapat ganjaran pahala yang berganda. Dipetik daripada ulasan Imam Hasan Al-Basri mengenai Hadis Rasulullah SAW katanya” Berpuasa di Makkah Al-Mukarramah selama sehari adalah sama dengan berpuasa sebanyak seratus ribu kali ganda di tempat lain. Bersedekah sebanyak satu dirham di Makkah Al-Mukarramah adalah sama dengan memberi sedekah seratus ribu dirham di tempat lain. Jika melakukan dosa? Khalifah Umar Al Khattab mengatakan” Lebih baik bagiku melakukan tujuh puluh dosa di luar Kaabah daripada melakukan satu dosa di Makkah Al-Mukarramah.”
(Publish By UTAS Travel & Tours)

Menjadi Tetamu Allah

Jika saudara telah terpilih menjadi tetamu Allah atau bercadang untuk menziarahi Tanah Suci, kita harus memasang niat yang betul supaya pemergian kita bukan kerana ingin menunjuk-nunjuk kepada jiran atau kawan. Pasanglah niat untuk beribadat semata-mata kerana Allah SWT dan memohon keampunan. Jangan sesekali berniat untuk melancong atau bersuka-suka sahaja kerana kita akan dapat apa yang akan diniatkan itu.

Selain itu , duit yang kita belanjakan untuk ke Tanah Suci mestilah duit yang halal iaitu duit daripada sumber yang halal. Seandainya kita menggunakan duit yang tidak halal untuk tujuan beribadat di Tanah Suci, maka sis-sia sahaja ibadat kita.

Seharusnya kita membersihkan diri, sama ada dari segi luaran dan dalaman. Pakaian, badan serta sikap. Seandainya kita sanggup berhabisan berhias diri apabila bertemu orang yang kita kasihi di dunia, maka lebih-lebih lagi ketika hendak bertemu Allah SWT.

Sama ada di Mekah atau berada di Madinah jauhi perkara-perkara khurafat contohnya mencium kaabah dengan keterlaluan. Mohon kepada Allah bukan daripada Kaabah. Mengucup Hajar Aswad adalah sunat. Jamaah tidak perlu bertolak-tolak dan berasak-asak. Rasulullah pernah bersabda “Wahai Umar, engkau seorang lelaki yang kuat, janganlah engkau bertolak-tolak dan berasak-asak ke atas Hajar Aswad kerana menyakiti orang yang lemah. Jika engkau mendapat ruang maka engkau kucuplah dan bertahlil dan bertakbirlah”. HR Ahmad.
(Publish by UTAS Travel & Tours)