Showing posts with label KAWAN. Show all posts
Showing posts with label KAWAN. Show all posts

Saturday

Jemputan dan Makan


Sempena ulangtahun anak-anak yang sulong dan yang ke-4

Jemputan ! Jemputan!


Makan ! Makan! Makan !


Kebanyakan aktiviti yang acapkali diadakan adalah jemputan makan. Selain aktiviti kelas agama/bhsa arab secara mingguan serta kelas belajar masak, kedapatan jugaklah acara jemputan aqiqah. Tetapi situasi ini JARANG-JARANG lah.. kerana ramai jugak kengkawan yang masih belum bersedia menyambut kelahiran bayi di 'mamlakati al-arabiah assaudia' (KSA lah).... Tapi minggu lepas ada dua kelahiran bukan serentak tetapi boleh jadi 'Grand' gitu sebab sama-sama menjalankan aqiqah. Sama- sama tengok mereka membesar kelak. aminnn!!!


Lagi.... kelas memasak dari dapur pondokku ini telah dijayakan oleh beberapa orang rakan yang berjuang sungguh-sungguh menyiapkan 'task' nih.


1. Masak tepung dengan air sebegitu rupa dohnya.










2. Pecahkan telur dalam doh dan putar kuat.


3. Pancitkan doh
4. Bakar doh
5. Masukkan cream dan makan










Kemudiannn masak lagi dirumah kawan Hjh. Jamilah pulak dengan resepi 'mee sizzzlinggggg' haa berasap zzzzz. Buat kengkawan silalah lungsuri (jgn tergolek udah) FB cik kak cik-cik kak tersebut (termasuk bloger) untuk mendapatkan resepi.



ps! memang tangan chef lah tu!!!-mee sizzzzzzling..




Di kesempatan ini juga penulis ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Pn. Aizal Yusrina sekeluarga dan Pn. Hjjh Norhasiah sekeluarga kerana mendapat cahaya mata serta mengundang kami untuk jemputan makan.

Babak 3:Bulan Cinta...

Ini je pokok yang dapat tumbuh di kawasan rumah..ketika nak masuk musim panas...

Bulan itu.. bulan cinta. Dinamai kerana banyak orang sibuk mengagungkannya sebagai mengingatkan orang yang menjadi cinta hati mereka. Namun dipetik kepada beberapa buah ucapan dan kata-kata beberapa penceramah motivasi..hari-hari kita bercinta .Tak payah nak ingat atau nak mengadakan "Hari Kekasih" yang rata-rata semua pemikiran B....! Cinta kepada Allah dan Rasul ..maka setiap perbuatan berlangsungnya kerana niat hati masing-masing...kerana Allah! maka kita akan dicintai Allah setiap detik dan masa...


Bulan Cinta ini juga telah menjadi semakin sibuk menghadap setiap jiwa-jiwa halus. Bukan orang Halus..(seperti kata penceramah Motivasi Kem Anah Soleh pada minggu lepas di Mekah..) Namun jiwa-jiwa halus pada si empunyanya hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana setiap keresahan, kedukaan dan akan merasai kesunyian...terutama kepada rakan-rakan yang telah berangkat meninggalkan Bandar atau pekan eh ! Yanbu al Sinaiyyah, menunju ke destinasi atau tempat persinggahan masing-masing yang kita boleh anggap sementara mungkin..(Tuhan lebih Tahu). Tempat baru boleh buat kawan baru , namun hakikatnya tiada siapa yang tahu, apa ada di sebalik senyum dan tangis kita. Kepada semua rakan-rakan walau dimana engkau berada samada yang terbaca atau terlintas ke blog ini, harap semuanya sentiasa terima setiap keadaan seadanya. Walau yang berada nun jauh dari keluarga, sanak-saudara dan rakan taulan semuga kesabaran kita yang diuji sentiasa adalah dalam perlindungan Allah hendaknya.

Main-pondok-pondok belajar memasak ..telah bertukar menjadi Jamuan perpisahan dengan sahabat yang akan berhijrah ke USA pulak -Sally... Bila dah lama tak merapu macam-macam nak dikira, macam-macam nak ditaip dan macam-macam nak dibebel (dgn. izin..tak de pun dalam kamus lah) Cuaca semakin panas, hati kekadang jadi panas jugak sebab duduk kat negara panas. Walaupun Malaysia pada masa sekarang ni agak gersang dan rata-rata mengalami cuaca kering tapi takkan nak dok dlam rumah jer tak? Di Arab Saudi kalau cuaca panas memang jarang nak keluar rumah, tapi kalau di Malaysia tak keluar rumah orang melayu panggil "mati Kutu". Walaupun 40 celcius terus kontang, namun di Arab saudi masih boleh bertahan. Itu hakikat yang patut diterimapakai bahawa kebanyakan masyarakat di KSA ni baik wireman, plumber, carpenter (dgn izin lah ) kerja dari waktu asar sampai malam. Siang tak berapa nak jumpa kalau dicari melainkan tenaga buruh yang ada mandor dan jurutera dok perati depa kerja. Contohnya nak betulkan paip dirumah nih dah hampir sebulan ."bukan iklan bilik air tapi nak membetulkan paip bocor ambik masa sebulan.." site under construction...' (sekadar hiasan lah gitu)

Tuesday

Panas, Hujan, Angin, Ribut


Macam lagu je...


Tajuk tu macam satu lagu yang pernah dinyanyikan oleh arwah Sudirman satu baris chorus jer..

"panas, hujan,angin, ribut,..

tak mungkin memisahkan kasihmu sayang..

ingatlah sumpah setiaku...


(lebih kurang macam tu lah bunyi ..dah tak ingat..kalau ada yang seangkatan dengan umur lagu tu..mungkin....)



Tapi di Yanbu... memang jarang benar dapat hujan. Mendung tu pun kekadang masa musim sejuk dulu lebih kurang akhir Disember 2008 dulu..Sekarang dah masuk musim panas bermula kira-kira April dan mungkin sehingga Ogos...tak siapa boleh ramal. Tapi sepanjang pemerhatian semenjak berada di Yanbu KSA..sekarang panasnye menyengat, menggigit kulit lah..tapi tiba-tiba hujannn...agaknya berjoget orang Arab dapat hujan setahun 2 atau 3 x aje (mungkin).
Kalau angin tu dah biasalah dengar,bunyi macam cerita hantu...tapi ni ribut pasir memang payah nak bernafas. Rasa macam sesak dengan habuk simen masuk hidung. Yang tak sanggup ...nak mencuci balkoni dan laman rumah. Pokok bunga pun lemas jugak.


Dan....

Tidak lupa untuk rakan yang sudi menjadi teman pada waktu senggang...terima kasih Yann....