Showing posts with label al-faatihah. Show all posts
Showing posts with label al-faatihah. Show all posts

Thursday

Episode 19, babak 2: Mati itu pasti- Alfatehah

Keadaan perkuburan di Baqi-Madinah, disinilah nenek ku Che Ah binti Md. Som  dikebumikan
 kira-kira 28 tahun  yang lalu 



"Semoga kesejahteraan untukmu,  wahai penduduk kampung dari orang mukmin dan muslim. Sesungguhnya kami insyaAllah akan menyusul mu, kami mohon kepada Allah untuk kami dan kamu agar diberi keselamatan (dari apa yng tidak diinginkan)".
HR Muslim

Terbukanya tahun baru 2013 berturut-turut mendengar berita sedih daripada keluarga dan kawan-kawan di Malaysia dan juga di KSA  menjadi pembuka catatan baru. Awal kelender hijrah sudah berbisik berita sedih kehilangan orang tersayang oleh rakan sekelas dan boleh dikira sekampung juga yang berada di Selangor, kemudian kehilangan bapa saudara yang paling rapat  di Kuala Lumpur dan menyusul pula kehilangan orang tersayang oleh kenalan dari  Johor,Malaysia di bumi ambia ini. Inna lilla wainna ilaihirojiun.....telah tertulis qadar mereka.







Saturday

Episode 15: Perempuan itu...

Tangga ke Wad Hematologi HSA JB disusur daripada Asrama Jururawat


Kenangan terindah buat semua keluarga ku terutama suami dan anak-anak yang telah berkorban masa, tenaga maupun seluruh jiwa kerana membantuku untuk rawatan susulan/perubatan mak di Wad Hematologi Johor Bahru..Mak telah pergi membawa segala keperitan...tanpa sebarang pesan.. Alfatehah.. Tangga-tangga yang dilalui oleh semua ahli keluargaku setiap kali membuat pemeriksaan darah daripada makmal ke bilik doktor memang sangat meninggalkan kesan; bukan sahaja aku yang tak sakit ni tetapi juga pesakit-pesakit lain yang juga merungut kerana terpaksa menghantar sendiri sampel darah ke makmal kemudian menunggu kadangkala hampir satu jam..untuk dapatkan keputusan untuk semakan doktor pakar. Leukimia yang dihidapi mak adalah pada tahap kritikal, tapi aku sangat yakin dengan kuasa tuhan walaupun doktor pernah memberi ramalan. Namun usaha tidak pernah lekang daripada kamus ku, tapi dek kerana ke alpaan ku, mak terpaksa menangguhkan beberapa siri rawatan susulan kemoterapi,Ya Allah,  ampunilah ibuku, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkan dia.





Wednesday

Episode 12: babak 2-Al-Faatihah




"Ya allah kami ini daripada Allah dan kepada Allah kami akan kembali. Ya allah berikah pahala kepada musibah yang menimpa kami dan mengantikan yang lebih baik daripada musibah ini"



Sedang sibuk jejari menaip di post kawan-kawan di FB tiba-tiba muncul satu status daripada rakan di USM, kemudian dari perak dan kemudian bersambung dari Sabah..seorang rakan telah pulang ke rahmatullah.. innalillah hi wainna lillahirrojiun.. Terkedu . Sudah beberapa kali empunya diri muncul dalam senarai 'friend request' namun asik bertangguh. Rupa-rupanya dia mahu meninggalkan kami. Untuk sekelian kalinya status begini muncul pada wall FB.. bulan lepas rakan di sekolah menengah bekas pelajar semasa di Kuantan, kini bekas pelajar semasa di Sabah. Kita mungkin tidak hairan memang setiap hari ada orang akan meninggal dunia tapi kalau orang yang kita kenal, saudara mara, sahabat handai dan paling terasa jika orang yang kita kasihi...kita seharusnya bersedia dan berita-berita ini harus menjadi ikhtibar dan pengajaran kepada orang yang hidup.

Rezeki, jodoh dan ajal maut ketentuan Allah..jadi semuanya harus kita redha. Tiada yang menghalang ketentuan Tuhan, walaupun kita fikir kita muda lagi ada yang lebih tua daripada kita belum dipanggil Tuhan. Hakikatnya bila-bila masa Tuhan boleh menjemput kita.



p/sTakziah kepada keluarga rakan-rakan allahyarham En. Safran Baki (1968-2011) di Keningau Sabah; allahyarham Badrul Izam (1967-2011) di Kuala Lumpur.