Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Wednesday

Episode 20: Babak 2- Istanbul aku datang

Topkapi, Middle Gate-dua  manara menjadi simbol Istana Kerajaan Uthman ; dibina  semasa Pemerintahan Sultan Mehmad II dan di atas pintu tertulis kaligraph " Lailaha illallah, Muhammada Rasullullah"

Hari 2

Sebelum sarapan pagi tengok matahari terbit di stesen Sirkerci yang bersebelahan dengan Emononu. Feri untuk perjalanan membawa pengangkutan lain untuk ke sebelah Asia. Untuk feri penumpang stesennya adalah berlainan dengan feri pengangkutan /pemandu. Macam di Pulau Pinang lah. Kereta dan penumpangnya masuk sekali tapi di Istanbul disediakan stesen/port yang berlainan.



Feri Pengankutan


Stesen feri Emononu





Pepagi dah menapak ke Museum Arkeologi. Cuaca bagus pada pagi Sabtu itu. Semua tempat -tempat nak dilawati dibuka jam 9 pagi atau 10 pagi. Selesa juga sebab tempat menginap dekat dengan Sultanahmet ; 10 -15minit ke Spice Bazaar, 8 -10 minit ke museum Arkeologi turun bukit masuk pintu Hagia Sophia(Gereja dahulu tetapi masjid sekarang) sebelah Hagia Sophia (gereja menjadi masjid kini), Topkapi Palace keluar Topkapi masuk lapangan Masjid Biru. Memandangkan kebanyakan tempat dalam Topkapi tidak dibenarkan mengambl gambar jadi kuranglah 'footage' untuk Istana ini.






Keluar dari Museum Arkeologi




Halaman dalam Istana Topkapi  
pintu ke kamar privacy yg macam museum menyimpan peralatan dan persallinan diRaja.

Istana Topkapi mempunyai empat halaman diRaja dan di sinilah Sultan Uthman tinggal sehingga kurun 19, kemudian istana ini tidak sesuai untuk majlis protokol maka sultan berpindah ke istana Dolmabahce di Bosphorus. Kini Istana ini dijadikan museum yang menempatkan bahan arkib kepunyaan Nabi Muhammad S.A.W.

main gate untuk ke Istana Topkapi


Lepas Solat di masjid Biru terus naik Bas Hop in- hop off. Biasalah jalan sesak hari cuti . hari pun dah redup naik bas kene ayun lagi nak lelap sebab duduk open-air. nampak bas lalu semua kawasan dan tempat yang bersejarah dan terkenal tapi kami tak turun sebab nak jimat masa. nanti bila turun tak tau pukul berapa bas datang lagi walaupun katenya 30 min sekali. 


















Perjalanan mula daripada Sultanahmet melalui laluan yang sama dengan tram sehingga Kabatas kemudian bas dah masuk ke kawasan yang agak sempit laluannya. nampak daripada atas bukit nampak istana Dolmabache dan Universiti , menara dan kubah masjid, dan semestinya taman bunga, laut dan jambatan .

City wall keseluruhan pinggir bandar masih dibiarkan kukuh di sana




Makan ikan di Yedikule, apabila jalan dah sesak perut pun lapar. Kami turun dari bas sight seeing  ditepi laut. Tak tau pun kedai apa semua tulis "balik" . Restoran ikan semua sebab tempat bot nelayan. Pilih ikan dan makanlah ikut citarasa tukang masak turki sambil tengok feri dan bot lalu. 



Balik ke hotel naik teksi sebab nak ke stesen tram jauh dan dah magrib, nak cepat tapi masih sesak tak ada laluan lain, drebar teksi tak mau hantar sampai ke hotel. Membetislah nampaknya lagi. dah lah enam orang satu teksi dengan saiz badan sederhana pun namun sebab teksi kecil comel maka terasa peha dan betis kejang sebab macam  duduk dalam teksi macam ikan sadin. Drebar malas nak ke Gulhane Park ikut jalan kaki lagi dekat katenye tapi  daripada pagi menapak macam nak tergolek kat simen jalan tuh. Naik tram memang jimat tapi kadang-kadang kalau jauh dari stesen tram nak mengharung orang yang macam semut pun rasa lelah jugak.

Nak pegi Grand Bazaar sebab nak kejar esok Ahad Bazaar ditutup... tapi pegi bazar kecik  aje di kawasan sultanahmet terus tengok panorama Masjid Biru dan air pancut yang tukar warna lampu di hadapan Hagia Sophia.




Monday

Episode9 Babak 1;Tradisi rumah terbuka










rumah terbuka...biasa lah...pak menakan






bekerja semasa musim perayaan...





Salam idul Fitri
Tinggal beberapa hari saja lagi Syawal akan berakhir..alamak..cam ne nak habis posa 6 nih asik pancit je...mane taknye. makan...makan... Tahun ini dapat beraya di kampung halaman. Pheh! Selamat Hari Raya...

Tapi bila lagi nak jumpa yek..Jumpa setahun sekali memang banyak perkara nak cerita sampai berbuih rasa mulut nih. Walau macam mana sekali pun.. yang jauh kita dekatkan..yang dekat kita mesrakan. Rumah terbuka memang tak pernah pun buat kalau dok di kampung. Hari-hari rumah memang terbuka..tak kira saudara mara jauh ke dekat ke suka hatilah nak datang rumah. Tapi memandangkan tahun ini memang mengejar masa...kami tak dok kat rumah sebaliknya pergi beraya ke sana sini kalau tidak tak jumpa saudara mara. Mesti pergi...raya..Cuti yang 'seciput' , berlumba-lumba kami terjah rumah saudara-mara...namun...tak tercapai akal ku...jua..maklumlah..


Kepada sahabat handai, saudara mara adik beradik, dan jiran tetangga yang jauh dan dekat..Ampun maaf dipinta.. selagi hayat dikandung badan budi yang baik tuan semua akan saya kenang jua..!

Sunday

Episode 8: Babak 2: Cuti Musim Panas

Julai 2010 :
Cuaca menjadi semakin panas ..kadang-kadang mencecah 50 Celcius..apa lagi..di sinilah saja tempat yang sesuai....berendam,berendam

Dapat mencuci mate di mall pun ok gak..memandangkan kehangatan World cup semakin memuncak ketika saat-saat penentuan juara..ketika ini apa saja cadangan untuk berjalan atau membeli-belah atau berkelah tiada sambutan lah. Masa untuk menonton TV...

Projek tertunggak boleh dikatakan masa inilah untuk menyiapkan sedikit persiapan untuk syawal..sekarang dah syaaban..Nanti Ramadhan tak banyak masa mungkin lagipun elok lah rasanya masa dihabiskan dengan aktiviti mendekatkan diri memperbanyakkan 'makanan jiwa'..Namun sempat jugalah menyiapkan beberapa projek yang tertangguh juga selama ini, yelah daripada terperam aje dirumah..



Pilih kain untuk baju raya dan cari teknik-teknik manik dan labuci yang sesuai untuk mengindahkan baju raya..



Jun 2010
Ladmark untuk menuju misi ke laut kawasan Dolfin, Yanbu al Bahr (laut -arabic; bahar (plural)


misi mencari ketam

Semoga musim cuti sekolah bagi anak-anak di KSA kali ini tidak banyak melangok (kate orang kampung den!) sebab pada tahun lepas ketika cuti sekolah bagi anak-anak yang sekolah International Sc. di KSA hampir 3 bulan gitu. Ikut orang arab ,musim ..panas...jadi untung jugak tak sekolah musim ni. Suhu sekitar 46-48 Celsius dan pernah mencecah 50-51 celsius begitu agak tidak selesa kalau keluar rumah pada waktu siang. Selalunya warga arab ni dah terkenal memang gemar keluar malam, nak cari orang repair rumah ke, repair paip ker memang lepas magrib paling afdal..( masa tu sesuai nak buat kerja-kerja pembaikpulih).

Kepada rakan-rakan yang telah mula bercuti ke Malaysia dan kemane-mane lah yang teragak, Selamat cuti-cuti Malaysia, atau Selamat Bercuti ..sudah lah. Sehingga nak menunggu masuk sekolah bagi beberapa jenis International Sc. versi Amerika atau Filipina yang sesi masuk sekolah kira-kira Ogos nanti banyak masa anak-anak nak mengadap Game..(segala versi game) yang tersimpan akan jadi rebutan sekarang. Fening lah kepala ana ini macam. Ibu-ibu sudah seperti radio yang terpasang 24jam waktu siaran, mengalahkan siaran World Cup.

Walau apapun aktiviti terperap musim panas bagi ibu-ibu semestinya masak. Sekali masak bukan calang-calang. Semua jenis resepi dah beratur ikut giliran. Tak pasti lepas musim cuti sekolah ni tiba pulak bulan Ramadhan, mungkin dah kering idea kelak nanti..kene makan kebab ajelah agaknya. Musim panas nak pergi berjalan-jalan mungkin tak selesa kecuali mengerjakan Umrah atau menziarah Masjid Nabawi, bunktinya beberap perancangan untuk merayap-rayap ke beberapa bahagian sekitar Saudi (tak jauh lah pun) sudah dibatalkan memandangkan faktor cuaca. Dulu kalau nak mengikut rombongan, selalunya tak kene masa cuti kerja orang bekerja shif (suami), tunggu anak cuti sekolah baru boleh pi jalan-jalan tapi bila tiba musim cuti sekolah musim panas..tak berjalan jugak...

Friday

Babak 4: Syurga membeli-belah

Untuk entri kali ini mungkin habislah agaknya apa yang nak diceritakan untuk percutian kali ini. Surga membeli belah Parndorf. Ini merupakan kawasan membelibelah macam jualan kilanglah. Orang kalau sebut jualan kilang mungkin harganya adalah lebih murah..tapi kalau dah matawang Euro...(mmmmm) tunggu ada "BIG SALE" jugak. Kita BIG SALE lagi..tapi manusia tetap ramai. Kawasan ini merupakan jalan menuju ke Bratislava atau boleh sampai juga ke Prague ..jauh dari bandar...nun perjalanan ke ladang-ladang anggur.

Layan mate yeee!!!!



kedai tepi-tepi outlet ...


Keseluruhan kawasan sangat lah besar...tahan kaki jeah kalau nak masuk semua...dan tahan hati




Jenama yang boleh diterokai... mumkinnn!!!


Kedai makan ini di Budapest, Hungary. ...bolehlah dimakann



Ni pasar ...macam pasar mingguan, atau psar Tani..barang agak murah..semua ada Kat arab pun tadak jual barang begini... FLOHMART tak jauh dari bandar Vienna


Tuesday

Episode 6: babak 2: Muzium dan memorial


National Museum


Zirafah ni masuk cam ner mak..."kene tanggal kulit dan isi dulu..awet letak bahan kimia kemudian masuk bahan dalam badan mcm puppet then masuk muzium semula.". lebih kurang lah gitu, nanti kene jadi zoologist baru reti..

Beberapa jenis batu permata dan barang kemas kegunaan raja-raja Austria.


spesies burung


Tiket masuk ke beberapa buah muzium yang terletak di Schonbrum, Stephansplatz atau Belvede..yang menempatkan muzium ketenteraan, muzium Sisi (nama panggilan permaisuri), moden Art, teknologi , muzium diRaja dll. tiket dalam matawang Euro la...

Beberapa barang arkib yang telah digunakan untuk buat makanan pencuci mulut di zaman Monarki Habsburg, Austria. Ada beberapa barangan lain sepert barangan tembaga, porcelin dan kristal dpamerkan juga.


di hadapan tiang Parliment Austria. Musim cut1 sekolah juga ketika ini bagi anak-anak rakyat Austria. Macam nak pose untuk kulit album pulak..


Di belakang adalah menara telikomunikasi dan di hadapan adalah banggunan muzium ketenteraan.





berdiri di depan bunga jam..agak nye lah,di Stadpark. Kat sini rama orang yang bercinta tgh duduk duduk. Ada juga yang mntak sedekah kat taman ni tapi secara profesional iaiatu dengan bermain violin ala-ala mozart.


MuseumQuartier Wein ni ada museum arkitek, Kunsthalle Wein , Leopold museum Museum of Moden Art dan Zoom Children's Museum. Satu kawasan ada 4 jenis muzium gitu.. sengal kaki ooo nak jalan..Museum of Natural History pula menempatkan beribu-ribu spesies haiwan yang telah diawetkan. Muzium Sisi pula adalah muzium yang meletakkan segala kelengkapan dan barang kegunaan permasuri (Elisabeth nama betul) di beberapa istana yang dipunyainya termasuk Hofburg, Schonbrunn di Austria.

Wednesday

Episode 6: Babak 1:Cuti dan Ziarah

Dalam entri kali ini mungkin baik jika memberi laluan kepada tuan rumah yang melayan kami dengan baik sekali ...Pakcik dan makcik dan seluruh seisi keluarga: En.Mohd Kamil Ghani dan Pn. Rohana serta anak mereka Adlee dan Adlina. Keluarga ini menetap di sebuah penempatan yang tidak jauh dari bandar iaitu Wurzingergasse, Vienna. Anak-anak beliau semua sebaya dengan anak-anak saya

Kalau di sini public transport memang bagus..bayar tiket 4.6 euro untuk shopping tiket dah boleh merayap sekitar bandar , naik semua train dan tram yang ada...bayar sekali tu jer. 5.7 euro untuk tiket 24 jam sape yang larat lah nak angkat kaki lagi berjalan.... Kalau bas "tour" nak tengok-tengok jer..bayar lain lah.




Pemandangan malam sebahagian kawasan Vienna daripd Floridotower



Floridotower menempatkan Pejabat Kedutaan Malaysia Vienna


Pejabat Konsulat Viena Mana lagi kalau tak menempel di pejabat pakcik di (Floridotower) yang sudi menjemput, melayan dan membawa kami jalan-jalan dari Viena ke Budapes, Hungary, Bratislava dan Prague. sempat juga tengok salji yang dah hampir cair semua..jadi air sejukkkkk.





Waktu Viena VS Kuala Lumpur





Merayap di pejabat Kedutaan Malaysian Vienna di Floridotower





Merdeka! Merdeka! Merdeka!







Viena adalah sebuah tempat dikelaskan sebagai salah sebuah syurga membeli belah yang dikira hampir mempunyai 20,000 kedai dengan 110 daerah untuk membeli belah daripada kedai kecil di tepi jalan sehingga ke butik-butik besar dan glamor. Sepanjang kawasan banyak menjual barangan kemas dan batu permata atau pakaian yang sangat glamor dan mahal, barang antik., Tetapi kebanyak kedai hanya beroperasi antara 9 pagi hingga 6: 30 petang sahaja.


Depan gedung barang kemas- di sekitar Mariahilfer Strasse (Mariaholfer Street gituw) paling panjang kawasan untuk shopping...
Burgteater mcm Istana Budaya lah kira-kira gituw ... Taman tema tu pulak adalah di Prague. membeli belah di banggunan sebelahnya.




Tukang kebun dah cantas semua dahan bunga ros, untuk menunggu tunas yang baru pula. Di jangka bulan Mei - Julai cantik lah taman nih penuh bunga ros.

Stesen Bas dan Tram