Showing posts with label selamat Hari Ibu. Show all posts
Showing posts with label selamat Hari Ibu. Show all posts

Saturday

Episode 15: Perempuan itu...

Tangga ke Wad Hematologi HSA JB disusur daripada Asrama Jururawat


Kenangan terindah buat semua keluarga ku terutama suami dan anak-anak yang telah berkorban masa, tenaga maupun seluruh jiwa kerana membantuku untuk rawatan susulan/perubatan mak di Wad Hematologi Johor Bahru..Mak telah pergi membawa segala keperitan...tanpa sebarang pesan.. Alfatehah.. Tangga-tangga yang dilalui oleh semua ahli keluargaku setiap kali membuat pemeriksaan darah daripada makmal ke bilik doktor memang sangat meninggalkan kesan; bukan sahaja aku yang tak sakit ni tetapi juga pesakit-pesakit lain yang juga merungut kerana terpaksa menghantar sendiri sampel darah ke makmal kemudian menunggu kadangkala hampir satu jam..untuk dapatkan keputusan untuk semakan doktor pakar. Leukimia yang dihidapi mak adalah pada tahap kritikal, tapi aku sangat yakin dengan kuasa tuhan walaupun doktor pernah memberi ramalan. Namun usaha tidak pernah lekang daripada kamus ku, tapi dek kerana ke alpaan ku, mak terpaksa menangguhkan beberapa siri rawatan susulan kemoterapi,Ya Allah,  ampunilah ibuku, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkan dia.





Sunday

Episode 13: Menanti Keajaiban


Jenis terapi kemo(22 april) yang agak 'mild'...untuk ibuku



Ketika sibuk orang meraikan Hari Ibu, aku sibuk juga memerhatikan tiap saat wajah ibu yg sedang perit, pahit dan resah menahan ubat-ubat kimia yang masuk kedalam badannya. Apa lah daya nak menggantikan perasaan itu, kita semua pun tak mampu menelannya, malah mengadapnya pun belum tentu lagi dengan daya kekuatan. Ini adalah terapi kemo yang pertama buat ibu, mengikut panduan umur dan jenis tahap kansernye. Kalau jangkaan doktor sekiranya mampu, tubuh itu menyerap semua  bahan kimia itu maka bertahanlah jasadnya. Tapi semua Ketentuan Tuhan. Mengharap kepada Keajaiban...
Laluan ini telah menjadi laluan wajib bagi kami adik beradik sewaktu ibu ku mendapat rawatan dan menjadi saksi setiap perubahan pada jalan dan semua 'landmarks' yang akan ada.insya allah