Setelah mahir dengan membaca beberapa info dalam internet dan brosur serta penerangan drp krew hotel tempat menginap, maka hari seterusnya kami mengadakan sesi lawatan dengan Big Bus Company. Bayaran semua kami anak beranak setelah diberi diskaun yang "ditetapkan" adalah AED 700-750 sehari. Kira-kira lebih daripada 11 lokasi. Tapi sempat ke sehari?..dan disitulah untungnya pihak Big Bus Com. kerana kalau duduk aje dalam bas memang dapat tengok jalan je tapi jika turun dari bas tak boleh cukup 20 min. nak shooting lagi.... Hari ini di habiskan dengan naik bas dan naik bot. Walaupun hampir magrib juga kami menamatkan sesi lawatan separuh hari sebenarnya..beberapa kompleks atau Mall kami tinggalkan kerana itu boleh pergi jika ada duit lebih aje...
|
bas 2 tingkat. kami duduk di tingkat ada bumbung |
|
Wonder bus lain harga kalau nak ikut pakej ni |
|
seberang creek sana adalah pekan Dubai lama, yg 100% Pakistan dan India
dan setara dengannya |
|
Sementara menunggu untuk bot ' Tour' singgah ke Creek Park
sekejap tapi lama.... |
|
Gold Souk tapi lenguh kaki nak jalan..hanya cuci mata;jumpa India dan Pakistani |
|
Kebanyakan rekabentuk ini terdapat pada banggunan lama atau
dikekalkan untuk tradisi
Berada di Souk Medinat Jumeirah..seperti di zaman Arab jahiliah, apa taknya banyak perkakasan perhiasan, perkakasan mandian /kecantikan dan segala perhiasan zaman arab purba..alat solek zaman Firaun semua ada..emas jongkong je tak ada.
|
Menara masjid banyak kelihatan di sana-sini . Masih kekal dengan ciri-ciri banggunan disekitarnya iaitu menetapkan warna tanah dan penggunaan tiles dan pemilihan corak yang sangan senada dengan beberapa struktur tradisional di kawasan ini.
|
Kawasan Global village- kampung budaya |
No comments:
Post a Comment