Wednesday

Episode 19 babak 1:Tahun Baru Hijrah 1434

Salam Maal Hijrah, tahun baru Hijrah 1434 , yang kebetulan sudah  masuk hari kelapan. Bulan Muharam adalah antara 4 bulan-bulan yang haram, bukan haram bermaksud 'jangan itu dan jangan ini'...tetapi pesan ustazah jangan kita menzalimi diri kita pada bulan - bulan tersebut. Baru sahaja meninggalkan bulan Zulhijjah sebagaimana kita biasa panggil bulan Haji, kini bergerak lagi dan menambahkan amalan-amalan mengikut sunnah dan yang wajib kerana apa? ada banyak peristiwa yang berlaku dalam bulan Muharram. Selamat beramal.....

Friday

Episode 18 babak2: Jordan -Istana Ajlun


Ajloun: Istana lama  Salahudin Alayyubi terkenal dengan peperang menentang tentera Salib.


The marvels of nature and the genius of medieval Arab military architecture have given northern Jordan two of the most important ecological and historical attractions in the Middle East: the sprawling pine forests of the Ajlun-Dibbine area, and the towering Ayyubid castle at Ajlun, which helped to defeat the Crusaders eight centuries ago.

Sebuah keajaiban semulajadi yang menunjukkan kepakaran  bidang pembinaan oleh tentera Arab zaman Pertengahan memberikan suatu bukti  peninggalan ekologi dan sejarah yang terkenal di Timur Tengah. Ajlun sangat hampir dengan Jerash melalui hutan sederhana iaitu pokok pinus dan ladang zaitun serta melintasi beberapa kincir alir lama, perkampungan dan pemandangan bukit bukau dan lembah di utara Jordan.

 Ajlun is just a short journey from Jerash through pine forest and olive groves and boasts scores of ancient sites, including watermills, forts and villages, all in the beautiful hills and valleys of northern Jordan.
kawasan sekitar Ajloun, subur 

aras paling atas istana, sudah roboh bercampur dengan bhg dinding yg masih utuh

kelihatan menara paling tinggi istana Ajloun

Istana asal Ajlun mempunyai empat menara, condong mengarah ke tembok tebal dan dilingkungi oleh parit setinggi 16m lebar dan 15m dalam untuk menghalang musuh menceroboh masuk ke dalam istana.

The original castle had four towers, arrow slits incorporated into the thick walls, and was surrounded by a moat averaging 16m in width and up to 15m deep.
In 1215 AD, the Mameluk officer Aibak ibn Abdullah expanded the castle following Usama's death, by adding a new tower in the southeast corner and a bridge that can still be seen decorated with pigeon reliefs.



dari pandangan sebelah kanan luar  istana Ajloun




dari lubang memanah dari salah satu bahagian istana memandang keluar istana


Ajlun Castle (Qal'at Ar-Rabad) was built by one of Saladin's generals in 1184 AD to control the iron mines of Ajlun, and to deter the Franks from invading Ajlun. Ajlun Castle dominated the three main routes leading to the Jordan Valley and protected the trade and commercial routes between Jordan and Syria; it became an important link in the defensive chain against the Crusaders, who, unsuccessfully spent decades trying to capture the castle and the nearby village.

Istana Ajlun yang dibina oleh salah seorang general tentera Saladin pada 1184 untuk mengawal perlombongan besi dan menentang tentera Frank dari menceroboh Ajlun. Istana Ajlun menjadi tumpuan laluan ke Lembah Jordan dan mengawal dan melindungi lalulintas perdaganan  antara Jordan dan Syria. ia menjadi tumpuan utama dalam pertahanan istana dan penempatan di kampung sekitar Ajlun. Kawalan istana Ajlun sangat ketat di empat pintu di setiap aras istana.



Ten Salah ed-Din soldiers are guarding the castle every day of the week. They are placed at the four different gate levels that the castle has. Two are on the roof where the yellow Mameluk is flying. Siege ladders leaning on the wall add to the war-like atmosphere.









Saturday

Episide 18: Babak1: Jordan- Jerash

Mengisi musim cuti hujung tahun sempena Hari Raya idul Adha 2012 adalah melepasi sempadan KSA sebelah utara yakni ke Jordan. 

Kesan tinggalan Rome. Gerasa (Jerash) adalah suatu kawasan yg tidak kurang daripada tujuh buah gereja yg dibina oleh bangsa Rome dan sehingga pemerintahan Yazid II ia tidak langsung dibaiki dan telah beberapa kali runtuh akibat gempa bumi dan terkena serangan semasa peperangan bermula zaman tradisinya sejak bandar ini ditemui membawa kepada zaman 'Alexander the Great' juga zaman Ptolemy II bersinambungan  sehingga mengubah  Amman kepada sebuah bandar Hellenistic.








Kesan peninggalan Rome (Cardo maximus dan oval plaza)
Pintu masuk utama belah selatan  berhampirannya adalah Hippopodium


Tak ada pertumjukan pulak hari ini di Hippopodium, tapi beginilah pakaian ala Gladiator 

Friday

Episode 17: babak 2- Marhaba bikum


masjid Quba

Musim jemaah umrah datang....sejak Mac lalu saudara dan rakan datang mengerjakan umrah ke Baitullah serta ziarah ke tempat-tempat yang sering menjadi tumpuan jemaah umrah seantero dunia. Musim sejuk  kini telah berlalu; cuaca menjadi agak panas sedikit demi sedikit perubahan cuaca agak terasa ketara walaupun di Madinah atau Mekah telah turun hujan pada awal April  lalu...alhamdulillah. Kalau di bahagian lain negara Arab mungkin hujan sekejap sekejap..tapi di Mekah jarang-jarang kita terima hujan. Alhamdulillah walau apapun keadaannya sudah 3 tahun tinggal di KSA..dah jadi kebiasaan.

Di Mekah suhu sudah meningkat sekitar 36-38 Celcius. Perit jugak kadang-kadang terasa pancaran matahari walaupun jam 11 pagi..apa lagi kalau solat zohor di dataran kaabah. Walau apapun, jemaah dari Malaysia harap tahu menjaga diri dan kesihatan. Memanglah kalau kali pertama datang kita sangat kagum dan kalau boleh tidak mahu melepaskan peluang untuk sentiasa mengadap dan bersujud di Baitullah, Allahuakbar! namun sentiasa jaga diri memandangkan kawasan di Dataran Baitullah juga sedang dinaiktaraf dan agak bersesak juga ketika mana jemaah datang serentak.

sebahagian daripada kawasan dataran
Alharam sedang dinaiktaraf , juga beberapa tempat di kawasan saie dan dataran baitullah.

Sunday

Episode 17 : Babak 1;Musim Sejuk dan Pesta Bunga Yanbu


Belum cuti sekolah lagi tapi baru nak periksa. kebanyakan anak2 arab ada yang cuti peperiksaan tapi sekarang adalah peralihan cuaca dari sejuk kepada suam-suam lepas tu panas berdenting....Tapi Festival bunga-bungaan (Mac 2012) ni katanya sudah dihentikan sejak 2-3 tahun lepas mungkin masalah cuaca atau masalah sosial...yelah dimana ada bunga di situ ada kumbang....macam-macam boleh jadi.

Penyambut Tetamu cum. maskot untuk merai kanak-kanak sekolah; tak tau
 ler pak arab mane yg dok dalam tuh

Pesta Bunga di Yanbu Al-sinaiyah  pada Mac 2012. Pertama kali semenjak duduk di Saudi tengok bunga sangat segar bugar , saujana memandang. Hampir setiap sudut dan dataran ada bunga .

Semua kretiviti landskap taman dipersembahkan..tapi sekejap lagi musim panas.....

 tak chek nama ape..tak ada labeling...tapi biasa org kampung gelar kekwa ke?

Belakang sana ada satu pentas bunga-tak pasti kekal atau tidak...takut dihinjak2 dek anak2 arab
Bila tapak pesta dah dibuka kepada awam(keluarga) baru jumpa makcik arab ye. Waktu lawatan dikhaskan kepada family jam 4 ptg-11 mlm. Tadi pagi utk anak bujang sahaja...tapi
kita follower...ada mahram tak pe..

Antara gaya kontemporari cheh! nak raya katakan. tapi nampak macam kekampungan sebab ada pelita mungkin sebab persiapan nak raya. Walau bagaimanapun tak boleh lawan Malaysiana punya landskap...natural...


Logo Royal Comm. Yanbu KSA.

Tuesday

Babak 2: Panorama Dubai

Setelah mahir dengan membaca beberapa info dalam internet dan brosur serta penerangan drp krew hotel tempat menginap, maka hari seterusnya kami mengadakan sesi lawatan dengan Big Bus Company. Bayaran semua kami anak beranak setelah diberi diskaun yang "ditetapkan" adalah  AED 700-750 sehari. Kira-kira lebih daripada 11 lokasi. Tapi sempat ke sehari?..dan disitulah untungnya pihak Big Bus Com. kerana kalau duduk aje dalam bas memang dapat tengok jalan je tapi jika turun dari bas tak boleh cukup 20 min. nak shooting lagi.... Hari ini di habiskan dengan naik  bas dan naik bot. Walaupun hampir magrib juga kami menamatkan sesi lawatan separuh hari sebenarnya..beberapa kompleks atau Mall kami tinggalkan kerana itu boleh pergi jika ada duit lebih aje...

bas 2 tingkat. kami duduk di tingkat ada bumbung

Wonder bus lain harga kalau nak ikut pakej ni

seberang creek sana adalah pekan Dubai lama, yg 100% Pakistan dan India
 dan setara dengannya
Sementara menunggu untuk bot ' Tour' singgah ke Creek Park
sekejap tapi lama....
Gold Souk tapi lenguh kaki nak jalan..hanya cuci mata;jumpa India dan Pakistani

Kebanyakan rekabentuk ini terdapat pada banggunan lama atau
dikekalkan untuk tradisi


Berada di Souk Medinat Jumeirah..seperti di zaman Arab jahiliah,  apa taknya banyak perkakasan perhiasan, perkakasan mandian /kecantikan dan segala perhiasan zaman arab purba..alat solek zaman Firaun semua ada..emas jongkong je tak ada.






Menara masjid banyak kelihatan di sana-sini . Masih kekal dengan ciri-ciri banggunan disekitarnya iaitu menetapkan warna tanah dan penggunaan tiles dan pemilihan corak yang sangan senada dengan beberapa struktur tradisional di kawasan ini.
Kawasan Global village- kampung budaya




Episode 16: babak 1-Panorama Dubai


Pengisian Cuti musim sejuk dan tahun baru 2012 adalah melihat tempat-tempat yang menarik di sebelah teluk Arab iaitu Dubai. Memang kalau di lihat dalam peta sememang nya kelihatan seperti padang pasir meliputi seluruh bahagian UAE ni tapi bila kapalterbang dah hampir 700- 500 meter dari paras laut seluruh kawasan tepi teluk sudah kelihatan banyak penempatan dan bangunan tinggi. Setibanya di bandar yang penuh dengan bangunan dan pemandangan yang menakjubkan dimana penyatuan antara  lama dan baru serta pertembungan  Timur dengan Barat amat ketara di pandangan mata. Kurang dari satu abad pemerintahan dibawah pemerintahan keluarga Al-Maktoum ini telah menukar dari sebuah kampung perikanan yang kecil kepada sebuah bandaraya yang moden dan penuh keceriaan yang sangat menakjubkan.


pelbagai promosi dari November 2011-Mac 2012

bergambar di hadapan pintu masuk Souk Medinat, Jumeirah. Kelihatan di belakang
adalah Burj al Arab dan beberapa senibina yang biasa kelihatan pada banggunan  lama.


Sebuah hotel yang terletak di tepi Pantai -Jumeirah Beach Resort . Ia telah menjadi salah satu mercu tanda dan sering dipotretkan pada  baju-T, fridge magnet, mug, dan sebagainya.

Souk Medinat, Jumeirah. Pandangan ke atas bumbung kelihatan ukiran kayu seperti
yang ada rumah orang Melayu lama.

Souk  @Abra

tengok bur Dubai



Pertunjukan cahaya, musik dan pancuran air di Dubai Mall.'Setting' di atas 30 acre Burj Khalifa Lake pancuran setinggi 150m bersamaan 50 tingkat banggunan berhampiran. Ia mempunyai 5 lingkungan pelbagai saiz dan telah direkacipta oleh California -based WET


Pada hari pertama hanya sempat ke Dubai Mall  untuk melihat dengan lebih dekat Burj Khalifa yg menjadi kebanggaan. Kami sampai ke sini dengan menaiki Metro macam LRT ler kat Malaysia. Sebelum tu bertanya dulu dengan kerani tiket dan chek stesen mana nak turun uttuk ke Dubai Mall. Pusat membeli belah yg menjadi icon kepada peminat yang suka shopping.Di dalamnya ada Aquarium and Underwater Zoo  Selain daripada itu kawasan luar akan bersambung sehingga sampai Souk al Bahar; bazaar orang arab. Selepas magrib kami keluar dan tengok pertunjukan air, bunyi dan cahaya di lake dekat dengan Bur Dubai or Burj Khalifa. Sempena tahun baru yang lalu mereka mengadakan pertunjukan bunga api yang dipancarkan  pada banggunan 124 tingkat ini dan banggunan tertinggi di dunia.