Wednesday

Episode 8 :Ijazah


Cendera hati daripada pengerusi /guru besar . semua dapat lah


Aktiviti kehidupan di tanah air kadang-kadang hanya sibuk dengan kejiranan, anak-anak, keluarga , keluarga mentua, kawan-kawan dan pekerjaan; tapi semenjak berada di tanah Arab ni pengisiannya agak berlainan mentelah kaum wanita tidak patut bebas keluar masuk kedai/mall/shopping compleks dan membuat aktiviti luar rumah tanpa teman atau "waris" yang dekat. Namun kerajaan di sini tidak langsung membiarkan wanita-wanita arab ketandusan ilmu pengetahuan. Pihak kerajaan negeri ada menyediakan pusat-pusat pengajian, masjid, dan sekolah untuk kaum wanita memperdalam ilmu khususnya ilmu al-Quran dan hafazan.

Untuk sesi pengajian penggal Feb-Mei 2010(mungkin penggal 2) di beberapa buah masjid yang mengadakan sesi belajar al-quran sudahpun tamat. Jadi majlis penutup telahpun berlangsung semalam; agak terkejut bagi saya yang baru pertama kali belajar di masjid ini. Bertempat di masjid shankiti al-Oyun, Yanbu; majlis penutup secara sederhana tetapi meriah telah diadakan. Saya yang kebetulan ketinggalan bas pada pagi itu hanya sempat mengenakan abaya hitam je, tak sempat ''touch-up''. Kalau kat arab ni jarang keluar pakai baju glamor, semua sembunyi dalam abaya. Sampai masjid (atau mana-mana tempat majlis dibuat) semua makcik arab akan kembali kepada fitrah wanita yang asal...cantik dan berhias paling glamor yang pernah anda lihat di acara-acara seperti red karpet ''holiwood/ boliwood".

Beberapa puisi dan bacaan ayat-ayat al-quran diperdengarkan. Sijil dan cendera hati diberikan kepada semua anak-anak murid ni. Mungkin tak seberapa tapi sangat mewah juga hadiah dan beberapa door-gift kami dapat. Sijil tu paling ter''kesan'' sebab boleh hafal setakat tu jer... . Dengan berkat doa semua ustazah juga lah jadi pendorong untuk menghafal surah-surah tu. Semester baru nanti lagi bertambah dan ada aktiviti lain lagi kerana bab membetulkan mahraj huruf dah selesai.


sijil ini untuk jadi pendorong. ada yang dah jadi hafizah pun.

1 comment:

Dida... said...

Salam kak..

Jelesnya kite tak dpt completekan 1 sem pon... ntah ada rezki nak belajar lagi ke tak dkt sana.. rindu sangat222 nak belajar lagi..

skrg da smpai surah mana?