Saturday

Membentuk modal Insan Berkualiti

Sempena Tahun Baru 2010, ibu bapa sudah berkira-kira tentang bajet terutama untuk sekolah anak dan hal ehwal rumahtangga. Sehari dua lagi sekolah akan memulakan sesi persekolahan yang baru bagi 2010. (Setengah sekolah atau International Sch dah masuk sesi persekolahan penggal kedua). Namun sempena Tahun Baru ini , ibu-bapa telah berkira-kira untuk menyediakan prasarana atau keperluan untuk persekolahan anak-anak. Akan tetapi bukan itu sahaja, yang patut disediakan oleh ibubapa. Mental dan fizikal anak-anak juga patut disiapkan. Menurut Mimbar Jumaat; Modal insan ini perlu digilap, dibangunkan dan diuji bagi menentukan kemampuan sebelum dimanfaatkan. Kualiti hidup bukan diukur dari ijazah tetapi diukur dgn kekuatan akhlak dan peribadi yang menampilkan nilai kemanusiaan yang tinggi. Jadi pihak keluarga dan ibubapa perlu seiring sejalan untuk menentukan kecemerlangan anak-anak. Menurut Tokoh Maal Hijrah 1431, Imam Dr. Yusuf Al Qaradawi , kesan kelemahan kualiti keibubapaan hari ini, adalah terpisahnya atau tercabutnya akhlak anak-anak yang mendedahkan kepada gejala sosial. Jadi untuk membentuk modal insan yang berkualiti, mimbar jumaat mencadangkan 6 prestasi untuk ibubapa yang cemerlang berjaya membentuk Modal insan yang berkualiti dan Soleh.

Mantapkan 6 prestasi Perancangan dan penilaian ibubapa (PPI):

1. Pastikan anak-anak sembahyang fardhu 5 waktu secara sendiri atau berjemaah
2. Pastikan anak-anak belajar al quran dan memahami al quran setiap hari
3. Makan makanan halal dan berzat dan memenuhi keperluan vitamin
4. Semak buku dan buku kerja setiap matapelajaran 1 x seminggu
5. Mantapkan sasaran sekurang-kurangnya 80 % setiap mata pelajaran
6. Jumpa cikgu 1 sem 1 x/ setiap penggal untuk mengetahui prestasi anak


" Dan dia lah yang menjadikan kamu Khalifah dibumi. Yang meninggikan setengah kamu dari setengah kamu yang lain beberapa darjat, kerana ingin mengujimu pada apa yang dikurniakan nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azabnya siksanya, sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha mengasihani." (petikan Mimbar Jumaat Tahun Baru 2010)

Selamat Tahun Baru 2010

1 comment:

REENAZ said...

Kak lynn

wahhhh...apa yg ditulis kena tampal kat dinding tuuu...ahaks!