Wednesday

Babak 3: 15 tahun Menggendang Cinta

Bunyinya macam tajuk drama RTM... Tapi hakikatnya nak sampai ke angka 15 tahun dalam perkahwinan macam jugak nak mendaki Jabal Rahmah, Jabal Uhud, atau segala macam gunung dan berenang di semua macam laut nak menemukan suatu cinta....yang belum tentu kekal di dunia. Namun kita hanya menumpang seketika di dunia untuk menyelesaikan tanggungjawab menjaga amanah Allah hasil cinta yang disemai selama ini dengan pilihan hati sendiri...

Katakanlah (wahai Muhammah) "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu,....
Dengan doa dan kesabaran dapat jugaklah melekatkan hati dan jiwa untuk menjadi sehati dan sejiwa (macam segmen RTM1) dalam menatang semua kasih sayang yang telah diberikah Allah melalui suami dan anak-anak. Semoga usia perkahwinan ini dapat berganda dan kekal hingga ke akhir hayat. Hadiah demi hadiah yang diterima seperti duit hantaran perkahwinan, cincin, bunga, pakaian hingga sampailah dah dapat anak berderet-deret namun tak sama dengan hadiah ini,pakej istimewa ,menjadi tetamu Allah.... Terima kasih kepada suami pilihan hati ku.......


"nampak macam nak piknik tapi tengah panas dan berdebu di jamrat semasa melontar. Bukan pakai topi nak main golf, tapi topi pelindung kot dilempat batu"

Menyambut Tahun Baru hijrah 1431 di Mekah Al Mukarramah dan Madina Al Munawwarah dengan suami dan anak-anak. Selesai tawaf dan Saie dok lepak kejap kemudian Jalan-jalan cari makan.


Sunday

Info Kesihatan


Mungkin sekarang tengah heboh tentang Influenza A H1N1 yang sedang melanda dunia.
Di Malaysia sahaja, jumlah kematian lebih dari 70 org, hampir 2000 dijangkiti. Di seluruh dunia pula lebih kurang 180 ribu dijangkiti dengan jumlah kematian lebih dari 1500 org. Jadi perbagai persoalan yang timbul akibat jangkitan ini.


Daripada rakan blogger yang menulis:

......dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan yang ALLAH S.W.T telah menjatuhkan pelbagai penyakit kepada kaum2 terdahulu kerana menolak dakwah Nabi & Rasul NYA. Kemungkinan salah satu penyakit itu adalah H1N1. Kita pula?........
Persoalan kedua yang di timbulkan oleh Ustaz ini pula menarik perhatian saya....... Kalau API, lawannya AIR, Kalau HIDUP Lawannya MATI, kalau SIHAT lawannya SAKIT.......tapi kalau ASAP......apa lawannya? Mari kita fikir bersama dan mungkin kita boleh refer pada yang arif tentang perkara ini. Lawan asap mesti ada, sebab telah dinyatakan yang ianya adalah ASAP NERAKA untuk manusia....walluhualam...
3. PENCEGAHAN UNTUK H1N1 (BUKAN RAWATAN)
Ini sebenarnya yang saya ingin maklumkan kepada semua. Harap disebarkan kepada semua rakan Muslim kita.
Kebanyak kes kematian di MALAYSIA boleh dikatakan (walaupun tiada pihak mengesahkan) ialah 80% orang MELAYU beragama ISLAM. Sedangkan penyakitnya jika betul adalah dari BABI, adakah Melayu Islam ada kaitan terus dengan BABI? Kenapa? Sebenarnya ubat pencegah penyakit ini telah diamalkan oleh bangsa lain dari tanpa memberitahu kepada kita.

PENCEGAHAN H1N1 ADALAH................. Bawang Putih!!!!!
Terkejut???.... itulah pencegahan untuk H1N1 (bukan rawatan ye). Saya juga terkejut bila mengetahuinya. Dan yang lebih menarik ianya diakui oleh rakan Doktor ketika saya berbual tadi.
1. Bawang putih boleh meningkatkan kadar antibodi dalam badan.2. Bawang putih digunakan dalam ubat-ubatan pencegah selsema, anti-astimin (kira semua ubat berkaitan dengan paru)-jangkitan H1N1 kat paru-parukan?3. Bawang putih adalah anti penularan penyakit..... tak caya.... kalau kena bisul, cuba potong bawang putih dan sapu getahnya kat bisul tadi, adakah dia akan menular? Jawapannya TIDAK!!!! Bisul akan kecut dan mati sendiri.4. Kalau selsema, tumbuk bawang putih dan masukkan dalam air panas, kemudian hirup wapnya, selsema akan pulih....tak caya....cubala

5. Kalau bengkak2, ambil bawang putih hancurkan dalam minyak dan sapu kat tempat bengkak tadi..... mujarabkan?
Sebenarnya banyak lagi kebaikkan bawang putih. Ia selalu dirahsiakan dari kita.
Saya ambil contoh disini....... kalau anda pernah nampak bangsa asing memasak (masak BABI contohnya), kenapa begitu banyak bawang putih dimasukkan. Kalau rancangan masakkan luar negara, kenapa bawang putih adalah salah satu yang utama dan begitu banyak digunakan?
Jadi kat sini saya ingin berkongsi beberapa perkara tentang cara rawatannya
1. Bakar satu labu bawang putih, bila dah lembik keluarkan isinya, hancurkan dan masukkan dalam sup atau bahan berkuah.

2. perbanyakan penggunaan bawang putih dalam masakan
3. Ambil tablet atau kapsul bawang putih yang dijual di farmasi di seluruh negara.....mesti ada sebab kenapa ianya dijualkan.
4. dan kalau boleh amalkan selalu penggunaanya......
Saya ingin sama2 berkongsi apa yang saya tahu, jika ada salah silap pohon ampun dan maaf, Jika fakta yang diberi tidak betul, jangan la saman saya. Tak salah kita mencubanya. Insya-Allah
Tolong Sebarkan.......semoga Allah merestui kita....amin

Terima kasih kepada rakan yang memberi info ini untuk dikongsi bersama.

Babak 2: 40 tahun mencari Cinta

Sejarah awal manusia hidup di dunia ini adalah pertemuan antara Nabi Adam dan Hawa di Jabal Rahmah, Padang Arafah. Beberapa kisah dalam kitab sabilah muhtadin dalam bab Haji diceritakan bagaimana Nabi Adam a.s berjalan mencari Hawa selama 40 tahun dari benua India sehingga bertemu di Arafah. Dalam dunia yang begitu luas tanpa seorang manusia, ketikaitu bagaimana Adam a.s boleh tahu yang Siti Hawa ada di Arafah, siapakah yang menceritakannya. Inilah kebesaran Allah. Inilah kebesaran Allah mereka boleh bertemu di situ dan Nabi Adam a.s tidak melayan keinginan terhadap Siti Hawa sewaktu bertemu berbanding ketika di syurga yang memimpikan Siti Hawa di sisinya. Mengapa keinginan Adam terhadap Hawa lenyap ketika itu, kerana ia dalam keadaan resah dengan penyesalan.(petikan buku Kursus Haji drp Hj. Md Daud Che Ngah)

Itulah intro kepada n3 kali ni sempena menunggu panggilan Haji. Kami di Yanbu kebanyakan sudah menghantar borang dan menyelesaikan langkah pertama untuk permohonan menjalankan ibadat tersebut. Insya allah , harap diperkenankan menjadi tetamu Allah.

Jadi gambaran yang diberikan pada tempat yang berlainan dan dalam keadaan yang berlainan. Bagaimana manusia yang sentiasa bergelumang dengan dosa-dosa setiap hari samada sengaja atau tersilap. Mengikut sejarah juga Nabi Adam a.s berada di kawasan Arafah selama kira-kira 12 tahun semata-mata ingin memohon keampunan Allah dalam keadaan tidak terurus dan kusut masai. Setelah dalamnya keinsafan Nabi Adam barulah Allah menerima taubatnya seperti dalam kenyataan Al-Quran (Al Baqarah ayat 30). Walaupun syarat wukuf kepada jemaah haji hanya berada seketika, namun masa yang terluang digunakan dalam suasana melakukan ibadat tambahan dalam keadaan yang optimum dan bersungguh-sungguh kerana tidak tahu bila lagi masanya dapat tiba di Padang Arafah.....




Friday

Episode 4- Babak 1:Semester baru




Setelah hampir 3 bulan 'makan angin', anak-anak dah start sekolah. Walaupun sebenarnya anak2 lain di Yanbu dah mula sekolah bulan Ramadan yg lepas tapi disebabkan wabak H1N1 maka arahan Kementerian suruh 'peram' anak /kurung anak. Tapi ada Vitual class....
Vitual Classroom ni umpama kelas di alam maya, mcm di beberapa sekolah di Malaysia dah mula (sekolah Bestari, MRSM, dan sekolah harian lain) , tapi mungkin tidak keseluruhan. Yanbu International Sch. hampir semua silibus dan kurikulum cikgu dah upload dlm website. Anak hanya pi ambil username dan balik rumah chatting...(contoh je). Tapi banyak pulak 2 minggu punya homework maka tak terbuatlah gamaknya..apa-apa pun daripada alam pembelajaran persekitaran ala-ala Pakistan dah beralih kepada ala-ala Amerika sekarang. Kalau kat Malaysia setakat belajar Moral dan Kenegaraan tu ok la, tapi ni dah belajar Social Science. Berkembang separuh otak anak-anak ni.
Anak-anak yang dah senior mungkin tak berapa banyak masalah tapi bagi anak-anak Malaysia yang baru datang ke Yanbu dan baru first time 'date' dengan cikgu yang dipanggil Mr/Mrs atau Sir /Madam selamat belajar dan 'selamat bertahan' dengan situasi ala-ala Amerika. Buku-buku dah macam pelajar Universiti..rujukan aje. Tapi tulah gunanye belajar english supaya tak merapu bila suruh buat karang penulisan. Tapi sekarang bukan setakat buat karang, malah kene analisis, kritik, give ideas,..makes conclusions...mcm students 'U'.
Semoga Berjaya!!!! Cayok!!!!

Saturday

Suasana Syawal

Selamat Hari Raya




Esok Hari Raya! Esok Hari Raya! Kalau kat kampung dah meriah bunyi meriam buluh dan mercun punye tapi di Yanbu KSA tak der bunyi suara orang pun. Ada jiran sebelah (keluarga Suhaida & Ramli) tapi jiran Arab nampak ada kereta orangnye tak pernah nampak kelibat pun. Semenjak balik dari Malaysia memang tak dengar kedengaran suara kanak-kanak pun anak-anak kita jer terjerit-jerit.

Kalau hari "mantai" atau memantai ke membantai ker kata orang Melaka...ni tengah bakar lemang dan rebus ketupat. Yang lain tu biasalah beli daging, beli ayam sibuk masak rendang. Nanti masa Buka puasa semua ada atas meja. Pra- raya nama nya.

Walau apa pun alhamdulillah dapat beraya dengan suami dan anak-anak Tahun ini. Kekadang kat Malaysia pun tak dapat raya gak sebab kerja shift kene balik kampung dululah, dah 4 raya kekadang baru dapat raya sekeluarga. Trajis gitu. Dekat tapi Jauh....

Untuk rakan dan saudara mara nun di Malaysia, Singapura dan tidak lupa juga kenalan di Yanbu KSA.. harap maafkan segala kekasaran bahasa jangan disimpan walaupun sekelumit atau sekelumat pun di sudut hati. Semua kesalahan harap dimaafkan bagi pihak empunya Blog ini...
Selamat Hari Raya.

Thursday

Sinar Ramadhan

SALAM RAMADHAN .Tak kira le lambat ke cepat.PUASA SEBULAN .Tak basi pun niat satu bulan kan

Friday

Episode 3: Bab 4:Tetamu



Cuaca sekarang sangat sangat panas terasa bagai kene tampar..Tulah dia musim panas. Betul-betul musim bukan macam kat Asia Tenggara yang mempunyai monsun tropika ada kala hujan ada kala panas. Kalau dah nama pun musim..memang sentiasa panas sampai 3-4 bulan. Cuti sekolah di Arab ni (orang Timur Tengah lagii la panas sebab tengah padang pasir) tak pernah rasa seperti di Malaysia atau negara Khatulistiwa..duk la kat tepi air terjun buatan ni untuk rasa sejuk sikit...Air terjun ni adalah seperti dinding yang panjang selepas keluar daripada Masjid Nabawi keluar daripada Kota Madinah untuk jalan-jalan menuju Tabuk, atau Jeddah, atau ke Mekah. Tapi dalam panas terik tu boleh jugak lah ziarah ke Bukit Uhud dan melihat deretan bazar di tengah panas walaupun baru jam 8 pagi.


















Pada musim cuti sekolah di Malaysia memang ramailah jemaah akan datang buat Umrah dan ziarah termasuklah keluarga kami Abang Long dan Kak Saerah dari Seremban serta anak-anak. Kecik je mata si Kembar tak boleh bukak sebab kene panahan matahari ketika tawaf Wida.