Sejarah awal manusia hidup di dunia ini adalah pertemuan antara Nabi Adam dan Hawa di Jabal Rahmah, Padang Arafah. Beberapa kisah dalam kitab sabilah muhtadin dalam bab Haji diceritakan bagaimana Nabi Adam a.s berjalan mencari Hawa selama 40 tahun dari benua India sehingga bertemu di Arafah. Dalam dunia yang begitu luas tanpa seorang manusia, ketikaitu bagaimana Adam a.s boleh tahu yang Siti Hawa ada di Arafah, siapakah yang menceritakannya. Inilah kebesaran Allah. Inilah kebesaran Allah mereka boleh bertemu di situ dan Nabi Adam a.s tidak melayan keinginan terhadap Siti Hawa sewaktu bertemu berbanding ketika di syurga yang memimpikan Siti Hawa di sisinya. Mengapa keinginan Adam terhadap Hawa lenyap ketika itu, kerana ia dalam keadaan resah dengan penyesalan.(petikan buku Kursus Haji drp Hj. Md Daud Che Ngah)
Itulah intro kepada n3 kali ni sempena menunggu panggilan Haji. Kami di Yanbu kebanyakan sudah menghantar borang dan menyelesaikan langkah pertama untuk permohonan menjalankan ibadat tersebut. Insya allah , harap diperkenankan menjadi tetamu Allah.
Jadi gambaran yang diberikan pada tempat yang berlainan dan dalam keadaan yang berlainan. Bagaimana manusia yang sentiasa bergelumang dengan dosa-dosa setiap hari samada sengaja atau tersilap. Mengikut sejarah juga Nabi Adam a.s berada di kawasan Arafah selama kira-kira 12 tahun semata-mata ingin memohon keampunan Allah dalam keadaan tidak terurus dan kusut masai. Setelah dalamnya keinsafan Nabi Adam barulah Allah menerima taubatnya seperti dalam kenyataan Al-Quran (Al Baqarah ayat 30). Walaupun syarat wukuf kepada jemaah haji hanya berada seketika, namun masa yang terluang digunakan dalam suasana melakukan ibadat tambahan dalam keadaan yang optimum dan bersungguh-sungguh kerana tidak tahu bila lagi masanya dapat tiba di Padang Arafah.....
Friday
Episode 4- Babak 1:Semester baru

Setelah hampir 3 bulan 'makan angin', anak-anak dah start sekolah. Walaupun sebenarnya anak2 lain di Yanbu dah mula sekolah bulan Ramadan yg lepas tapi disebabkan wabak H1N1 maka arahan Kementerian suruh 'peram' anak /kurung anak. Tapi ada Vitual class....
Vitual Classroom ni umpama kelas di alam maya, mcm di beberapa sekolah di Malaysia dah mula (sekolah Bestari, MRSM, dan sekolah harian lain) , tapi mungkin tidak keseluruhan. Yanbu International Sch. hampir semua silibus dan kurikulum cikgu dah upload dlm website. Anak hanya pi ambil username dan balik rumah chatting...(contoh je). Tapi banyak pulak 2 minggu punya homework maka tak terbuatlah gamaknya..apa-apa pun daripada alam pembelajaran persekitaran ala-ala Pakistan dah beralih kepada ala-ala Amerika sekarang. Kalau kat Malaysia setakat belajar Moral dan Kenegaraan tu ok la, tapi ni dah belajar Social Science. Berkembang separuh otak anak-anak ni.
Anak-anak yang dah senior mungkin tak berapa banyak masalah tapi bagi anak-anak Malaysia yang baru datang ke Yanbu dan baru first time 'date' dengan cikgu yang dipanggil Mr/Mrs atau Sir /Madam selamat belajar dan 'selamat bertahan' dengan situasi ala-ala Amerika. Buku-buku dah macam pelajar Universiti..rujukan aje. Tapi tulah gunanye belajar english supaya tak merapu bila suruh buat karang penulisan. Tapi sekarang bukan setakat buat karang, malah kene analisis, kritik, give ideas,..makes conclusions...mcm students 'U'.
Semoga Berjaya!!!! Cayok!!!!
Thursday
Saturday
Suasana Syawal
Esok Hari Raya! Esok Hari Raya! Kalau kat kampung dah meriah bunyi meriam buluh dan mercun punye tapi di Yanbu KSA tak der bunyi suara orang pun. Ada jiran sebelah (keluarga Suhaida & Ramli) tapi jiran Arab nampak ada kereta orangnye tak pernah nampak kelibat pun. Semenjak balik dari Malaysia memang tak dengar kedengaran suara kanak-kanak pun anak-anak kita jer terjerit-jerit.
Kalau hari "mantai" atau memantai ke membantai ker kata orang Melaka...ni tengah bakar lemang dan rebus ketupat. Yang lain tu biasalah beli daging, beli ayam sibuk masak rendang. Nanti masa Buka puasa semua ada atas meja. Pra- raya nama nya.
Walau apa pun alhamdulillah dapat beraya dengan suami dan anak-anak Tahun ini. Kekadang kat Malaysia pun tak dapat raya gak sebab kerja shift kene balik kampung dululah, dah 4 raya kekadang baru dapat raya sekeluarga. Trajis gitu. Dekat tapi Jauh....
Untuk rakan dan saudara mara nun di Malaysia, Singapura dan tidak lupa juga kenalan di Yanbu KSA.. harap maafkan segala kekasaran bahasa jangan disimpan walaupun sekelumit atau sekelumat pun di sudut hati. Semua kesalahan harap dimaafkan bagi pihak empunya Blog ini... Selamat Hari Raya.
Thursday
Sinar Ramadhan
SALAM RAMADHAN .Tak kira le lambat ke cepat.PUASA SEBULAN .Tak basi pun niat satu bulan kan
Friday
Episode 3: Bab 4:Tetamu


Cuaca sekarang sangat sangat panas terasa bagai kene tampar..Tulah dia musim panas. Betul-betul musim bukan macam kat Asia Tenggara yang mempunyai monsun tropika ada kala hujan ada kala panas. Kalau dah nama pun musim..memang sentiasa panas sampai 3-4 bulan. Cuti sekolah di Arab ni (orang Timur Tengah lagii la panas sebab tengah padang pasir) tak pernah rasa seperti di Malaysia atau negara Khatulistiwa..duk la kat tepi air terjun buatan ni untuk rasa sejuk sikit...Air terjun ni adalah seperti dinding yang panjang selepas keluar daripada Masjid Nabawi keluar daripada Kota Madinah untuk jalan-jalan menuju Tabuk, atau Jeddah, atau ke Mekah. Tapi dalam panas terik tu boleh jugak lah ziarah ke Bukit Uhud dan melihat deretan bazar di tengah panas walaupun baru jam 8 pagi.

Thursday
Pekan Buku

Untuk rakan seperjuangan di Malaysia, ku paparkan sebahagian daripada judul buku kalau nak terjemah ke dalam Bahasa Malaysia....haa,h . Di antara tugas lama ialah menyemakkan(bukan edit) meja dengan katalog buku dari publisher syarikat penerbit buku. Tapi kat Saudi kebanyakan pekedai cakap Arab tak reti lah pulak apa bendanya. Tapi di Dawah Corner yang diperkenalkan oleh Pn Anis, baru nampak tajuk buku bukan sahaja arabic tetapi dapatlah baca hasil penulisan Prof dan pengarang tersohor Arab dalam Bahasa Inggeris . Boleh lahh.. penjual pun boleh cakap omputih sikit, Melayu sikit. Agaknya orang Malaysia ramai beli di sini, jadi tokey kedai boleh belajar jugak cakap Melayu. Catalog buku ada tajuk buku, nama pengarang dan harga. Ringkas jer. Kalau kat opis dulu diletakkan gambor kulit buku, ISBN (no. rujukan penerbitan), dan harga buku (wajiblah). Kebanyakan Publisher buku ada Catalog bagi setiap penerbitan yang dikeluarkan oleh syarikat mereka sebagai panduan pembeli, pengedar, pencetak buku dan yang sewaktu dengannya....

Subscribe to:
Posts (Atom)




