Monday

STPM dan SPM


Keputusan peperiksaan yang agak memberangsangkan!! Itu laporan dalam banyak media. Tahniah kepada semua pelajar yang telah mengambil keputusan masing-masing. Jangan putus asa kepada yang kurang mendapat keputusan yang tidak baik. Bukan apa, Malaysia masih luas banyak pusat pengajian. Tak dapat masuk universiti, kolej ada, institut kemahiran banyak, politeknik melambak. Ha, ni penulis nak kongsi sedikit pengalaman belajar ni. Masa dulu memang tak kisah dapat apa pun belajar tetap belajar dapat result cukup makan pun boleh pergi belajar lagi. Sekarang tempat terhad tapi bilangan tempat nak belajar sangat banyak, hanya perlu pelaburan lah .
Apa yang penting adalah minat nak belajar. Kalau tak minat tak boleh nak paksa. Penulis sampai umur la ni masih lagi pergi sekolah. Menuntut ilmu ni tak kira umur...dari dalam buaian sehingga ke liang lahad!!
p/s penulis di hadapan Masjid dua Kiblat di Mekah. (Qiblatai'in)

Thursday

MENCARI JODOH



CERIA NAMPAK!!Hai semenjak dua menjak ni ada ramai yang tengah mencari-cari peluang menambah rezeki. Dah hampir empat tahun diam-tak diam aaaasyik print borang kerja, hantar borang kerja, pi inteview (tu pun bole bilang gan jari). Semenjak ramai kengkawan dah beralih arah ke tempat kerja lain. dah tak de mood nak kerja pulak. Ha lepas habis belajar...memang tak dak income. Site income ade la tapi jaga harta orang tua. Bukan duit sendiri. Ada sikit-sikit job freelance ok gak.





Rasanya kene ubah angin kot. Tengoklah balik kanpung kot. Usahakan tanah keluarga. Atau berhijrah ke tempat orang.. rezeki ada di mana-mana.

Bila nak kawin oi! DAh keje biasala mak bapak susah hati.
Kengkawan yang belum kawin tu elok lah berhijrah ke tempat lain mana tau tukar
arah angin. Dapat mambang... Selamat mendapat jodoh.



Monday

BUSY TAK BERTEMPAT

Selamat Hari-hari. Gitulah kalau dengan radio Era pagi-pagi terdengar suara Saiful Apek. Tapi kalau aku pun nak begitu selamat sentiasa. Tapi kebelakangan ni terlalu banyak comitment sesekali tak heran pasal keselamatan. Anak-anal kene tinggal jaga diri sendiri. Semoga mereka sentiasa dilindungi hendakNya.
Tapi yang runsing kenapa saudara seibu sebapa tak keran pasal kewjudan ibu mereka lagi. Aku teringat pun sebab dah nak dekat Mother's Day. Susah nak cakap. Ini semua kesedaran dari hati dan naluri sendiri. Aku rasapun sebab dah jadi mak. Esok-esok anak-anak kalau buat begitu pada aku. (kalau diizinkan umur panjang) mana nak mengadu ek. Harap-harap tidak akan menjadi beban kepada anak-anak kelak bila di hari tua. Dah tua-tua kuat merajuk. susah anak-anak nak bela.
Wahai anak-anak yang ada ibu bapa. bersyukurlah!!!

SELAMAT HARI IBU!!!

Sunday

Semoga Mendapat Haji Mabrur

BANJIR!! Musim hujan, musim panas. Itu aje .. kalau negeri oputeh ada la 4 musim. Tetapi apa-apa pun adalah rahmat dari Tuhan. Sempena musim umat Islam sedang mengerjakan Haji, tahun ini seperti tahun 2006, musim banjir juga..harap jemaah haji tidak berasa runsing dan risau dengan waris yang menetap di Malaysia. Semoga semua selamat.Umat Islam di Malaysia..Selamat Hari Raya Haji.
Teringat nak pergi juga ..masih tergambar kaabah semasa berkesempatan buat umrah 2006 yang lalu.. musim panas. Sekarang waktu musim haji seperti tahun 2006 juga musim sejuk. Bila nak rase ek. Katenye sejuk sesangat.. Bila la nak pergi sana lagi...

Wednesday

Selamat Pengantin baru



Kepada kawan-kawan yang akan mengakhiri zaman bujang.... Selamat la. Happy anniversary juga kepada yang telahpun melayari bahtera bersama-sama selama ini. Semoga berpanjangan hingga ke akhir hayat insyaallah. Happy 12th anniversary.....


Jenayah di mana-mana


Semua akhbar cerita pasal jenayah. Keluar rumah rasa takut. Tak macam masa 10 tahun dulu...Masa zaman 70-an dulu rasanya mak ayah tak kisah. Anak-anak nak lepas pi main ke mana-mana pun selesa; tak risau sangat. Sekarang bila nak pi mengaji pun nak intai anak-anak. Kalau mak ayah pergi bekerja kene tawakal je lepaskan anak-anak. Hatta mak yang tak bekerja pun takkan nak perhatikan anak-anak 24 jam. Nak tak nak kene tawakal anak pi sekolah, balik sekolah, pi kedai, main basikal punbiarkan lah. Nanti anak-anak dok kat rumah macan kere sumbang tak boleh campur orang.


Kesedaran semua masyarakat sekeliling perlu dalam menangani atau menjadi pemerhati kepada penjenayah yang tak tau ada di mana-mana!!!

cuti-cuti

Banyak cuti, blog pun tak ubdate. Sekarang cuti sekolah ... Lagilah Bagi suri rumah sepenuh masa ...pitam dok kat rumah. Suara macam tarzan.

Kalau yang bekerja releks je. tapi balik rumah pening le.. 9-5 kira ok la dok kat ofis. Tapi banyak request la pulak.. maklumlah cuti sekolah.

Selamat Pengantin Baru kepada yang bary nak mendirikan rumah tangga.!!!

Monday

Doa kepada anak-anak

Dulu pernah jigak melawan cakap emak. Tapi sampai la ni belum lah lagi buat menangis kecuali masa bujang bujang sebelum dapat jodoh. Bila nak kawin?Bile nak kawin? mak kekadang bertanya dan mencadangkan buah fikiran yang membuatkan hatinya sedih bile ingatkan nite ni lambat laku (lambat kawin la..) Tapi soal moral dan disiplin aku memang tak pernah melawan. Walaupun duduk dengan nenek. Orang tua lagi.. tak pernah suruhan orang tua aku lawan. Tapi dapat kat anak-anak yang mula membesar, cakap sikit ade je idea nak bantah. Pandai betul. Banyak ayat. Bukan pandai membuat ayat-ayat Bahasa Melayu tetapi banyak alasan. Suruh lipat kain , "ala asik orang je". Ye la nak suruh sape lagi. Kalau ade orang gaji patut le. Suruh basuh kasut sendiri pun merungut.
Ni ada ketika aku berasa kecil hati pada anak-anak. Tapi akal mereka belum sampai tahap di bawah sedar la kot. Perlu bimbingan. Tapi aku sentiasa berdoa anak-anak aku terutama anak sulong, janganlah buat maknya ini seperti penceramah bebas. Cakap, cakap dan cakap. Pesan ahli motivasi; anak-anak perlu diingatkan 100 kali. Akupun tak jemu la bercakap asal mereka ingat semua pesan aku. Aku ni orang kampung terlalu kolot dek disiplin. Kalau tak boleh, memang dah tak boleh tawar-menawar.
Semua ibu-ibu yang maklum tentang hal seperti ini mungkin boleh terima tetapi kekadang cemburu dengan anak orang lain. Dengar kate je, depan orang baik, hormat orang tua. Mintak-mintak anak-anak aku jangan lah over acting!!! Aku ni didikan sederhana je. Ape aku amalkan mendidik anak pun ikut level mereka sekarang. IQ anak-anak kot berbeza-beza, mungkin tak sama dengan level IQ aku, ini menjadikan impian aku kekadang tak kesampaian dalam melihat setiap pencapaian anak-anak.

Wahai anak-anak! jangan lah derhaka kepada orang tua. Aku doa selalu supaya mereka semua sentiasa dilindungi dan dirahmati ALLAH.