Dulu pernah jigak melawan cakap emak. Tapi sampai la ni belum lah lagi buat menangis kecuali masa bujang bujang sebelum dapat jodoh. Bila nak kawin?Bile nak kawin? mak kekadang bertanya dan mencadangkan buah fikiran yang membuatkan hatinya sedih bile ingatkan nite ni lambat laku (lambat kawin la..) Tapi soal moral dan disiplin aku memang tak pernah melawan. Walaupun duduk dengan nenek. Orang tua lagi.. tak pernah suruhan orang tua aku lawan. Tapi dapat kat anak-anak yang mula membesar, cakap sikit ade je idea nak bantah. Pandai betul. Banyak ayat. Bukan pandai membuat ayat-ayat Bahasa Melayu tetapi banyak alasan. Suruh lipat kain , "ala asik orang je". Ye la nak suruh sape lagi. Kalau ade orang gaji patut le. Suruh basuh kasut sendiri pun merungut.
Ni ada ketika aku berasa kecil hati pada anak-anak. Tapi akal mereka belum sampai tahap di bawah sedar la kot. Perlu bimbingan. Tapi aku sentiasa berdoa anak-anak aku terutama anak sulong, janganlah buat maknya ini seperti penceramah bebas. Cakap, cakap dan cakap. Pesan ahli motivasi; anak-anak perlu diingatkan 100 kali. Akupun tak jemu la bercakap asal mereka ingat semua pesan aku. Aku ni orang kampung terlalu kolot dek disiplin. Kalau tak boleh, memang dah tak boleh tawar-menawar.
Semua ibu-ibu yang maklum tentang hal seperti ini mungkin boleh terima tetapi kekadang cemburu dengan anak orang lain. Dengar kate je, depan orang baik, hormat orang tua. Mintak-mintak anak-anak aku jangan lah over acting!!! Aku ni didikan sederhana je. Ape aku amalkan mendidik anak pun ikut level mereka sekarang. IQ anak-anak kot berbeza-beza, mungkin tak sama dengan level IQ aku, ini menjadikan impian aku kekadang tak kesampaian dalam melihat setiap pencapaian anak-anak.
Wahai anak-anak! jangan lah derhaka kepada orang tua. Aku doa selalu supaya mereka semua sentiasa dilindungi dan dirahmati ALLAH.
Monday
Selamat Belajar
Bagaimana dengan keputusan permohonan anak-anak untuk mendapatkan tempat masuk ke institusi pengajian yang seterusnya? Harapan ibu bapa seperti kita amat tinggi kepada anak-anak agar dapat meneruskan pengajian seterusnya. Di dada-dada akhbar banyak iklan-iklan yang masih manawarkan tempat siap dengan pinjaman atau biasiswa sekali. Nmun hati-hati kepada pelajar yang tidak mahu memohon pinjaman pelajaran jangan ambil lewa. Mesti tahu peraturan dan jangan serahkan bulat-bulat kepada HEP(Hal Ehwal Pelajar) untuk status permohonan pinjaman pelajaran anda. Jangan jadi seperti seorang lepasan IPT yang masih diburu hutang walaupun dia tidak pernah menandatangani sebarang kontrak.
Saya teringat masa mula masuk U dulu dapat sehingga dua tawaran pinjaman . Tapi pinjaman la. Ada lagi yang bertuah dapat dermasiswa lagi. Tak payah bayar apa-apa. Mungkin sekarang pun ada. Tapi bidang yang kami ambil ni tak berapa "kencang" orang kate. Namun, tetap bersyukur...Alhamdulillah dah habis bayar dah walau gaji ketika baru dapat kerja tak cecahpun RM1000.
Anak-amak sekarang perlu kuat usaha untuk dapat tempat dapat biasiswa dan segala-galanya. Berbanding 15 tahun dulu, releks je...banyak tabungan pendidikan. Yelah , ramai dah pandai-pandai belaka. Ibu ayah pun terpaksa kerja lebih masa nak sekolahkan anak-anak dengan yuran yang dua kali ganda dari dulu.Apa-apa pun selamat berjuang adik-adik semua.

Wednesday
Musim masuk Universiti
Musim keputusan peperiksaan- hampir semua pelajar yang mengambil peperiksaan yang setaraf dengan nya sudah dapat kita lihat. Pencapaian memuaskan. Paling pandai, paling cerdik, paling terror.. anak orang kebanyakan sahaja yang tinggal bukan di bandar-bandar besar, bukan orang elite. Sama-sama kita pandang dan dengan... pandai budak tu!!Macam mana anak -anak aku nanti. Ibu bapa yang gerun masa anak-anam dapat result. Yang dah memang cerdik tu tak heran pun dapat result, tapi yang kuat usaha tu kadang-kadang agak cemas. Aku teringat masa aku mula-mula sekolah dan sampai dah tua gini pun tak pernah confident masa result keluar. Yang pasti bila umur dah meningkat kadang-kadang kite lebih berasa redha dengan apa sahaja usaha ang telah dilakukan. Yang berbeza dengan anak-anak sekarang, orang "tua-tua" belajar banyak assigment je. So result peperiksaan tu kekadang 30 peratus je. So jangan susah hati masa kelas boleh rembat habis segala kuiz, asssigment atau presentation yang ada.
Kalau nak dilihat bulan Mac-April dalam surat khabar melambak iklan kolej, universiti dan institusi pengajian buat iklan untuk pengambilan pelajar baru. Tak terkira banyak sungguh. Siapkan duit le.Selamat berjaya kepada anak-anak saudaraku yang sedang menghadiri temuduga dan kekawan yang dah ada anak paling besarpun ambil SPM , selamat memilih kursus untuk anak-anak.

Ingin mencari menantu
Dah dapat pilihan hati. Rancangan TV9 yang agak gemilang menyiarkan pernikahan dan persandingan 3 pasangan raja sehari memang membanggakan. Bukan saja rupa paras yang elok namun pasangan yang selamat diijabkabul depan khalayak ramai dengan disaksikan beribu-ribu penonton pada hemat saya , boleh dibanggakan. Sebelum mencapai ke tahap tersebut banyak dugaannya. Kalau jawab soalan dengan kaunselor, pegawai agama, malah dirakamkan lagi, alamak !!!kalau saya tak boleh cakap!!.His takut. Tapi anak muda sekarang memang betul-betul berani. Harap rancangan tersebut diteruskan. Yang tua-tua ni pun boleh belajar sama. Tak dapat hadiah pun tak ape.
WHAT WOMEN WANT
The winner is Hafiz. Yezz, Hafiz was choosen to be the most understanding or may be the guy that can fulfill the heart of malasian women. Is it true. The show has been aired in channel 8 in Malaysia. Some more the panel of juries have a lot of difficulty to choose between French and Malay guy. In modern lives, people will compete with others to winning the women heart. But is it for the real what women need or the criterias that Hafiz shows in thar reality show can adapt to women life?
Subscribe to:
Posts (Atom)