Wednesday

Babak 3:Ole-ole dari kampung




Alhamdulillah, ramai Jemaah Malaysia yang datang dan sudah pulang daripada mengerjakan Umrah dan ziarah ke Mekah dan Madinah. Nampaknya entri kali ini tengok kepada tajuk..dah tentu dapat ole-ole dari orang kampung. Tahun ini syukur saudara-mara dari kampung berkesempatan mendapatkan visa mengerjakan umrah dan ziarah. alhamdulillah. Selain itu kengkawan dari Malaysia juga tidak ketinggalan, kadang-kadang saban minggu kalau tiada halangan; berkesempatan menjenguk saudara dan rakan samada di Mekah atau Madinah.

Bukan nak menyusahkan saudara-mara malah tak terbukapun mulut untuk menyusahkan mereka untuk membawa sebarang buah tangan, tapi dah dapat rezeki nih..alhamdulillah. Terima kasih saudaraku Othman dan Rohani yang telah menerbangkan ikan bilis ini daripada Melaka. Sememangnya kalau menjenguk rakan dan saudara sewaktu mengikut pakej Umrah tak dapat kemana-mana pun. Hanya sekadar beberapa jam..maklumlah waktu mereka beribadat tidak mahu diganggu....Salam untuk semua keluarga di kampung Jasin dan Masjid Tanah, Melaka.


Thursday

Episode 12: babak3-Merancang Hari Tua


Ketika membelek sebuah majalah, terpempan mata kepada sebuah artikel berbunyi 'Merancang Hari Tua'.. berkaitan pulak dengan itu berita dari mesej yg biasa nampak dlm Simpanan hari Tua beberapa hari lepas yang disiarkan dalam media..dan berturut-turut pula insentif kepada pendidik , beberapa kemudahan yg diperoleh oleh pesara dari Perkhidmatan Awam (belum lah lagi bersara). Mewah lah jugak mereka , tapi untuk mereka lah, bukan nak mengungkit atau menyesal tak dapat menikmatinya;tapi dah bukan rezeki kita nak buat apa..ye tak?
Berbalik kepada merancang hari tua tadi, bila umur dah ke peringkat senja ni biasanya banyak perancangan nak dibuat walaupun kadang-kadang bukan dalam 'memo list'. Bukan macam azam tahun baru yang saban tahun akan berubah atau 'upgred' ketika tahun baru tiba; tetapi merancang Hari Tua ni mungkin suatu pengisian masa tua kelak. Sejak meninggalkan kerusi empuk boleh pusing ni, jarang jugaklah nak berangan untuk berlebih-lebih dari segi kebendaan, sekadar sahaja mengikut situasi semasa. Apa yang pasti aktiviti kini akan beralih kepada mengisi laman-laman rohaniah. Tetapi biasalah apabila dah sebati dengan pekerjaan atau amalan selama bekerja sebelum ini, fikiran tak boleh dipenjarakan, macam-macam idea nak tulis..macam-macam nak terjemah...macam-macam nak tafsir (bukan tafsir mimpi ).

 Alhamdulillah, Allah kurniakan mata yang masih boleh membaca, jari yang masih boleh menaip, dan minda yang masih boleh menghafal (tak mudah). Dipetik dari majalah Solusi #28"Menjelang Usia Senja; berusahalah mengamalkan wirid-wirid harian tertentu, mencari hobi sesuai, membanyakkan membaca al-quran untuk mengelakkan nyanyuk, menghadiri majlis ilmu dan rajin beriadah.

Wednesday

Episode 12: babak 2-Al-Faatihah




"Ya allah kami ini daripada Allah dan kepada Allah kami akan kembali. Ya allah berikah pahala kepada musibah yang menimpa kami dan mengantikan yang lebih baik daripada musibah ini"



Sedang sibuk jejari menaip di post kawan-kawan di FB tiba-tiba muncul satu status daripada rakan di USM, kemudian dari perak dan kemudian bersambung dari Sabah..seorang rakan telah pulang ke rahmatullah.. innalillah hi wainna lillahirrojiun.. Terkedu . Sudah beberapa kali empunya diri muncul dalam senarai 'friend request' namun asik bertangguh. Rupa-rupanya dia mahu meninggalkan kami. Untuk sekelian kalinya status begini muncul pada wall FB.. bulan lepas rakan di sekolah menengah bekas pelajar semasa di Kuantan, kini bekas pelajar semasa di Sabah. Kita mungkin tidak hairan memang setiap hari ada orang akan meninggal dunia tapi kalau orang yang kita kenal, saudara mara, sahabat handai dan paling terasa jika orang yang kita kasihi...kita seharusnya bersedia dan berita-berita ini harus menjadi ikhtibar dan pengajaran kepada orang yang hidup.

Rezeki, jodoh dan ajal maut ketentuan Allah..jadi semuanya harus kita redha. Tiada yang menghalang ketentuan Tuhan, walaupun kita fikir kita muda lagi ada yang lebih tua daripada kita belum dipanggil Tuhan. Hakikatnya bila-bila masa Tuhan boleh menjemput kita.



p/sTakziah kepada keluarga rakan-rakan allahyarham En. Safran Baki (1968-2011) di Keningau Sabah; allahyarham Badrul Izam (1967-2011) di Kuala Lumpur.

Monday

Episode 12: babak 1-Tahun Baru

Semoga mentari ku sama dengan mentari mu...



bercuti di Madinah-almunawwarah


Kalender Hijrah dan kalender lumba kuda (fames kat mesia nih) dah bertukar. Kalau hijrah dah sebulan dah tapi omputih baru 4 hari. Kalau kat TV sibuk konsert tahun baru, bunga api dan ..macam-macam. Itu di tanah air sanun. Tapi di Arab Saudi...'Lakk...haramm'. Tapi ketika awal Tahun Hijrah juga tiada apa-apa sambutan seperti di Malaysia. Tapi tidak salah kalau kita berdoa untuk kesejahteraan di sepanjang tahun akan datang. Namun begitu, 1-10 awal Muharam ada beberapa ibadah sunat yang muslimin dan muslimat digalakkan membuatnya mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Tapi sementara itu, anak-anak di Malaysia sudah mula naik sekolah(kate orang kampung den!). Tapi bagi sekolah international seperti yang tenaga pengajarnya omputih mengambil kesempatan sambil cuti sekolah (termasuk sambutan Christmas, Tahun Baru sekali)..maka bercutilah semua anak-anak didiknya. Bukan nak menyambutnya pun tapi sebab sekolah dah cuti... Selamat melangkah ke alam pembelajaran untuk anak-anak mula darjah satu. Tapi ibu-bapa sama je kecut perut jugak nak melepaskan anak-anak dari rumah untuk ke sekolah waima dah darjah 3 atau 4...inikan pulak baru darjah satu.
Dalam kesibukan anak-anak nak melangkah alam persekolahan yang baru ibubapa seperti tak senang duduk dan runsing untuk menunggu keputusan bagi beberapa peperiksaan besar ataupun peperiksaan penilaian bagi menentukan kedudukan anak-anak di sekolah-sekolah yang tersohor lagi mantap keputusan keseluruhan sekolah masing-masing. Mana-mana yang sudah mendapat keputusan baik dalam peperiksaan dan telah mendapat tempat di sekolah berasrama penuh tahniah kepada ibubapa dan anaknya sekali. Semoga berjaya di dunia dan diakhirat; aminnnn....

Tuesday

Babak 2:Salam Baitullah


Hari ini sudah 10 Zulhijjah 1431H, hampir 3 juta jemaah haji seluruh dunia termasuk kira-kira 26 ribu jemaah rakyat Malaysia telah melalui pengalaman menyempurnakan rukun haji iaitu wukuf di Arafah dan bermalam di muzdalifah seterusnya pagi ini bersama-sama mengerjakan sembahyang sunat idul adha di Masjidil Haram. Di KSA, ada beberapa siaran langsung daripada sistem penyiaran antaranya Huda-TV, al Jazeera , BBC arabic membuat liputan siaran langsung sembahyang sunat idul adha. Di Malaysia ketika ini masih lagi 9 Zulhijjah yang mana ada sebahagian rakyat yang mungkin sedang berpuasa sunat hari Arafah. Syukur juga RTM Malaysia menyiarkan siaran terus menerus dari Arafah -suatu pencapaian yang baik dalam dunia penyiaran sekarang.

Kebetulan ada wakil wartawan spt (Tn Hj Awang Omar Pengiran Apong) membuat liputan setiap perjalanan Jemaah Haji Malaysia khususnya Jemaah Tabung Haji.Begitu juga jika beberapa media luar negara membuat liputan secara terus menerus situasi di Arafah, Mina dan Majidil Haram

Terbayang betapa sayu hati semua jemaah ketika itu, tetapi terasa waktu itu bagai kilat, cepat berlalu sehingga lidah ini rasa seperti semua hendak diungkapkan agar semua doa didengar oleh Allah swt. ketika itu...

Walaupun tidak mengerjakan haji beberapa perkara sunat bolehlah dilakukan sesuai dengan kemampuan masing-masing. Mendengar sesi soal-jawab dan huraian daripada Ustaz Mohamad Ravi (Salam Baitullah) bersama tetamu temputan di RTM tentang beberapa permasalah Haji dan korban serta perkongsian pengalaman dan juga diselitkan rakaman dan ucap salam dari Jemaah Haji Malaysia di Mekah ketika itu terasa dunia siber tiada yang musykil. Kalau dulu harapkan telegram dan berita sahaja. Kini dah boleh nampak saudara kita melambai-lambai di kaca TV
..masya allah

Wednesday

Episode 10; babak 1 :Kenangan Musim Haji

" Jadilah perjanjian terakhir kamu di kaabah"












Kad pengenalan jemaah haji KSA mesti dipakai. nak ingat khemah arab di Mina kadang-kadang payah jugak...







Kenangan beg yang dikelek semasa di khemah Mina dan Arafah










kelengkapan semasa di khemah dan pergi melontar







Penerbangan haji telah bermula sejak 9 September 2010 dari Malaysia. Jemaah Haji dari seluru pelusuk dunia sedang dalam persiapan untuk mengerjakan rukun Islam ke-5. Di saat dan ketika ini ada juga hati yang masih berdebar-debar menunggu keputusan daripada Tabung Haji sama ada dapat menyahut lambaian kaabah. Bagi kawan-kawan yang berada di bumi ambia ini, kemungkinan sedang membuat persiapan dokumen dan laporan kesihatan. Kebanyakan hati bakal Jemaah ini juga terus akan diuji dengan karenah birokrasi dari bangsa Arab di sini. Setiap orang mempunyai dugaan yang berlainan sama ada terhadap hartabenda, anak-pinak, waris dan saudara yang akan ditinggalkan.Namun debaran ini mungkin tidak sehebat jemaah dari kampung halaman kita masing-masing nun di Malaysia kerana jarak dan zon waktu yang memisahkan adalah sangat jauh dan jika ditakdirkan sesuatu terjadi, hanya kepada Allah sahaja lah segalanya diserahkan.



Ya! pengalaman setiap tahun menghantar saudara -mara ke Kompleks Tabung Haji atau ke Lapangan Terbang adalah saat yang sangat perit bagi sebahagian kita. Sesungguhnya bukan sesuatu itu dipinta berlaku, tetapi semuanya ketentuan Tuhan. Ajal, jodoh dan rezeki adalah di tanganNya. Saya tidak dapat menyambut pulang nenek yang selama ini membela dan menjaga saya ketika zaman sekolah. Ketika menyiapkan perkakas untuk dibawa ke Tanah Suci, kami semua bergurau senda dan buat kelakar kerana biasalah barang makanan memang penuh dalam beg jemaah haji kita. 'Berat macam Batu'! Pasal makanan, perut orang melayu memang tidak boleh pisahkan dari sambal dan serunding. Maklumlah Jemaah Malaysia akan berada di Tanah suci sekurang-kurangnya 40-45 hari. Nasib baik tak bawa tong gas, dapur masak, lesong batu...namun tidak sampai pun hari wukuf berita sedih diterima, bahawa jemaah Malaysia ada yang meninggal di Madinah ketika itu rombongan nenek baru hendak berangkat ke Mekah. Almarhum disemadikan di Madinah..alfatehah. Yang sedih, ketika di lapangan terbang hanya beg saja yang muncul...tiada siapa yang sanggup pergi mengambilnya, tidak sanggup.



Kepada seluruh umah Islam, sanak saudara, handai taulan, sahabat handai yang menjadi tetamu Allah, Semoga mendapat Haji Mabrur.





Monday

Episode9 Babak 1;Tradisi rumah terbuka










rumah terbuka...biasa lah...pak menakan






bekerja semasa musim perayaan...





Salam idul Fitri
Tinggal beberapa hari saja lagi Syawal akan berakhir..alamak..cam ne nak habis posa 6 nih asik pancit je...mane taknye. makan...makan... Tahun ini dapat beraya di kampung halaman. Pheh! Selamat Hari Raya...

Tapi bila lagi nak jumpa yek..Jumpa setahun sekali memang banyak perkara nak cerita sampai berbuih rasa mulut nih. Walau macam mana sekali pun.. yang jauh kita dekatkan..yang dekat kita mesrakan. Rumah terbuka memang tak pernah pun buat kalau dok di kampung. Hari-hari rumah memang terbuka..tak kira saudara mara jauh ke dekat ke suka hatilah nak datang rumah. Tapi memandangkan tahun ini memang mengejar masa...kami tak dok kat rumah sebaliknya pergi beraya ke sana sini kalau tidak tak jumpa saudara mara. Mesti pergi...raya..Cuti yang 'seciput' , berlumba-lumba kami terjah rumah saudara-mara...namun...tak tercapai akal ku...jua..maklumlah..


Kepada sahabat handai, saudara mara adik beradik, dan jiran tetangga yang jauh dan dekat..Ampun maaf dipinta.. selagi hayat dikandung badan budi yang baik tuan semua akan saya kenang jua..!

Friday

Episode 9:Ramadhan Mubarak



Sambutan Ramadhan pada Hijrah 1431 ini telah dapat sama-sama dilaksanakan di Mekah sambil mengerjakan Umrah. Alhamdulillah. Walaupun cuaca sampai tahap 48-50 Celsius kadangkala amat mencabar..terutama kepada anak-anak.
Pengangkutan Oleh SAPTCO sedia berkhidmat dlm kesesakan lalulintas..musim Ramadhan
Amat mengelirukan..setibanya kami di Masjid Tanaim semua parkir kereta tidak dapat digunakan secara percuma seperti sediakala. Jemaah sangat ramai sehingga bas-bas dan 'pic-up' bertali arus sepanjang perjalanan daripada Tanah Halal menuju ke Masjidil Haram. Rupa-rupanya sekatan jalan raya oleh pihak berwajib..telah menhalakan kenderaan kami ke sebuah parkir yang agak luas dan percuma..namun anak2 terpaksa berjalan kaki untuk keluar mendapatkan pengangkutan awam. Dapat lah 'ponca' kalau orang kampung kata kereta prebet sapu lah...dengan bayarannn SR40..memanglah, nak kata apa? dengan barang-barang lagi untuk keluar drp tanah Halal sebelum mendapatkan penginapan. Nak cakap arab lebih-lebih tak reti..nasib baik tahu nama jalan...nak sebut nama hotel pun kekadang dah terlupa..kadang-kadang orang arab ni bukan tahupun nama hotel...lepas tu tunjuk arah jelah guna perkataan Yamen/Yasir (ke kiri/kanan)...trajis jugak kali nih.










Gambar ketika hampir masuk Iftar
Sempadan untuk menyediakan juadah berbuka puasa, makanan sangatlah mewah;
kami di alu-alukan. Syukran!

Di belakang Safa, Jemaah daripada berbagai bangsa dah cop tempat awal-awal. Jam baru 6:25










Perit pancaran matahari, jemaah pada awal 10 Ramadhan seperti keadaan semasa musim Haji.