Friday

Episode 3: Bab 4:Tetamu



Cuaca sekarang sangat sangat panas terasa bagai kene tampar..Tulah dia musim panas. Betul-betul musim bukan macam kat Asia Tenggara yang mempunyai monsun tropika ada kala hujan ada kala panas. Kalau dah nama pun musim..memang sentiasa panas sampai 3-4 bulan. Cuti sekolah di Arab ni (orang Timur Tengah lagii la panas sebab tengah padang pasir) tak pernah rasa seperti di Malaysia atau negara Khatulistiwa..duk la kat tepi air terjun buatan ni untuk rasa sejuk sikit...Air terjun ni adalah seperti dinding yang panjang selepas keluar daripada Masjid Nabawi keluar daripada Kota Madinah untuk jalan-jalan menuju Tabuk, atau Jeddah, atau ke Mekah. Tapi dalam panas terik tu boleh jugak lah ziarah ke Bukit Uhud dan melihat deretan bazar di tengah panas walaupun baru jam 8 pagi.


















Pada musim cuti sekolah di Malaysia memang ramailah jemaah akan datang buat Umrah dan ziarah termasuklah keluarga kami Abang Long dan Kak Saerah dari Seremban serta anak-anak. Kecik je mata si Kembar tak boleh bukak sebab kene panahan matahari ketika tawaf Wida.













Thursday

Episode 3: Babak 3-Kek Keju untuk Ayah








Entri kali ni sebelum bercuti panjang agak -agak 2 bulan kelak adalah untuk meraikan Hari Bapa. Selamat Hari bapa dari anak-anak Afif Azhan, Auzaie Rusyaidi , Nur Liyana dan Nur Irdina. Kek Keju mak buat untuk ayah. Ayah rasmikan memakannye lepas tu.... habis Afif makan...

Pekan Buku


Untuk rakan seperjuangan di Malaysia, ku paparkan sebahagian daripada judul buku kalau nak terjemah ke dalam Bahasa Malaysia....haa,h . Di antara tugas lama ialah menyemakkan(bukan edit) meja dengan katalog buku dari publisher syarikat penerbit buku. Tapi kat Saudi kebanyakan pekedai cakap Arab tak reti lah pulak apa bendanya. Tapi di Dawah Corner yang diperkenalkan oleh Pn Anis, baru nampak tajuk buku bukan sahaja arabic tetapi dapatlah baca hasil penulisan Prof dan pengarang tersohor Arab dalam Bahasa Inggeris . Boleh lahh.. penjual pun boleh cakap omputih sikit, Melayu sikit. Agaknya orang Malaysia ramai beli di sini, jadi tokey kedai boleh belajar jugak cakap Melayu. Catalog buku ada tajuk buku, nama pengarang dan harga. Ringkas jer. Kalau kat opis dulu diletakkan gambor kulit buku, ISBN (no. rujukan penerbitan), dan harga buku (wajiblah). Kebanyakan Publisher buku ada Catalog bagi setiap penerbitan yang dikeluarkan oleh syarikat mereka sebagai panduan pembeli, pengedar, pencetak buku dan yang sewaktu dengannya....




Sunday

Jadual exam


Minggu ke-4 bulan Mei sudah mula minggu peperiksaan bagi anak-anak yang belajar di Al-Isra International School di KSA. Untuk anak-anak non-arabic pula di Al-Isra Yanbu (sekolah Pakistan) seperti jadual, dan yang baru nak mendaftar sekolah baru satu replacement test untuk kemasukan sesi 2009-2010 akan diadakan tidak terkecuali juga Yanbu International School (American) . Tetapi bagi Al-Tawhid (Filipina) sudah pun bercuti pada pertengahan Mei lalu. Jadi bulan duduk rumah mungkin akan berlanjutanlah nampaknya untuk kami. Kebanyakan sekolah akan memulakan sesi 2009-2010 sekitar Ogos dan akhir September kelak. Kalau sekolah di Malaysia pun bercuti jugak Jun ni tapi lebih kurang 2 minggu.

Kebanyakan International School memulakan sesi persekolahan mengikut 4 musim macam omputih lah!( as-Syita- winter; as-Soeif-summer; ar-Rabiie-spring; al-Kharif-autumn). Tetapi kebanyakan sekolah arab akan mula cuti sekitar Jun atau Ogos (summer). Musim panas agaknya bagus jugak cuti ..lepas tu sambut Ramadan dan Syawal.


Mak pun kene test jugak nih.tapi logik ker figure nih? Tak tercapai akal mu...

Episode 3: Babak 2-Tiada Kata

Tiada kata secantik bahasa, untuk kupuji kekanda, Tiada gambar secantik lukisan untuk ku tunjukkan perasaan..... (lagu la nih..nyayilah sendiri ye)


zaie...selepas 2 minggu diperam...



Dahan neem dengan pucuk dan tunas baru...menjadi bedak dan

parfum selama 2 bulan......


'serangan' c.pox paling kronik sedang menular ...

















Hujan di Yanbu- dapat angin sambil lalu aje. Dapatlah membawa segala kesedihan.....

Tuesday

Panas, Hujan, Angin, Ribut


Macam lagu je...


Tajuk tu macam satu lagu yang pernah dinyanyikan oleh arwah Sudirman satu baris chorus jer..

"panas, hujan,angin, ribut,..

tak mungkin memisahkan kasihmu sayang..

ingatlah sumpah setiaku...


(lebih kurang macam tu lah bunyi ..dah tak ingat..kalau ada yang seangkatan dengan umur lagu tu..mungkin....)



Tapi di Yanbu... memang jarang benar dapat hujan. Mendung tu pun kekadang masa musim sejuk dulu lebih kurang akhir Disember 2008 dulu..Sekarang dah masuk musim panas bermula kira-kira April dan mungkin sehingga Ogos...tak siapa boleh ramal. Tapi sepanjang pemerhatian semenjak berada di Yanbu KSA..sekarang panasnye menyengat, menggigit kulit lah..tapi tiba-tiba hujannn...agaknya berjoget orang Arab dapat hujan setahun 2 atau 3 x aje (mungkin).
Kalau angin tu dah biasalah dengar,bunyi macam cerita hantu...tapi ni ribut pasir memang payah nak bernafas. Rasa macam sesak dengan habuk simen masuk hidung. Yang tak sanggup ...nak mencuci balkoni dan laman rumah. Pokok bunga pun lemas jugak.


Dan....

Tidak lupa untuk rakan yang sudi menjadi teman pada waktu senggang...terima kasih Yann....



Wednesday

Kesedihan itu Bukan Keharusan

Kesedihan itu hanya akan memadamkan motivasi, membunuh roh semangat dan membekukan jiwa. Dan kesedihan itu ibarat penyakit demam yang membuat tubuh menjadi lemas dan seharusnya tidak berdaya. Ini adalah kerana kesedihan hanya menghentikan dan bukan menggerakkan. Rahsia untuk menghindari kesedihan semua adalah dengan menanamkan prinsip bahawa kesedihan adalah sesuatu yang boleh ditangani, bukan sesuatu yang tidak boleh dikawal sehingga kita harus menyerah kepadanya. Kesedihan juga tidak mendatangkan manfaat bagi hati, bahkan ia merupakan sesuatu yang disenangi syaitan. Maka dari itu, syaitan sesalu berusaha agar seseorang hamba itu bersedih untuk menghentikan setiap aktiviti dan niat baiknya.


Kesedihan pula bukanlah sesuatu yang dicari-cari dan bukan pula sesuatu yang diharapkan, oleh itu Rasulullah SAW sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari kesedihan dengan doa seperti berikut:

"Ya allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan."

Kesedihan boleh mengotori kehidupan dan ia juga merupakan suntikan beracun yang berbisa bagi jiwa yang boleh mengakibatkan kelesuan, keluhan dan kebingungan. Kesedihan juga boleh membawa kepada kemurungan yang menggelapkan hati dan akan membuat seluruh keindahan menjadi layu. Dengan kesedihan, keadaan yang baik berubah menjadi buruk dan kehidupan yang menggembirakan menjadi mati kerana kesedihan akan menimbulkan pesimisme, penyesalan dan kebinasaan diri yang tiada tara.


Namun, pada tahap tertentu, kesedihan memang tidak dapat dihindari dan ianya pasti akan dilalui oleh seseorang. Oleh kerana itu , disebutkan bahawa para ahli syurga ketika memasuki syurga akan berkata:

"...segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami....." (Fathir:34)

Ini menunjukkan mereka pernah mengalami kesedihan ketika hidup di dunia dahulu. Apabila kesedihan menimpa tidak ada kemampuan bagi jiwa untuk menghindarinya, maka kesedihan itu akan mendatangkan pahala. Ini kerana disebabkan kesedihan yang sedemikian dikatakan sebahagian dari musibah atau cubaan.Jadi kita lawan dengan doa-doa dan cara-cara lain untuk mengusir kesedihan tersebut.


Namun demikian,orang mukmin akan berasa sedih atas dosa yang pernah dilakukannya, sementara itu orang-orang fasiq pula akan sentiasa lalai, meremehkan dan merasa senang dan bangga dengan dosa-dosa mereka. Dan sekiranya orang mukmin berasa sedih , maka itu kerana mereka telah melewatkan kesempatan untuk berbuat kebaikan, menyia-yiakan waktu untuk mencapai darjat yang tinggi di sisi Allah. Tetapi orang fasiq jika bersedih adalah kerana kehilangan sesuatu yang bersifat duniawi. Kesedihan terhadap duniawi itu tidak terpuji




"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan, kelemahan dan kemalasan dan sifat penakut dan dari bebanan hutang dan tekanan orang-orang yang jahat".
Dr. 'Aidh Abdullah- AlTazan

Monday

Ep3: Babak 1: Auzaie Menunggu










Zaie penuh tabah tunggu depan masjid terapong semasa ke Jeddah pada bulan Mac lepas.
Nak balik sebab gigi dah goyang sangat. tak de mood tapi makan coklat dan gula ok jer. Ha tu dia.. dah cabut. Gigi kecik sangat, lebih besar daripada ragum doktor.Cabut sendiri jerlah pakai petua orang tua,guna benang. Tapi kemudian......


Cacar air/measles/c.pox pulak menyerang ,seronok dok umah melayan PS game, TV dan komputer.