Thursday

Ilmu Alam


Macam kat over sea tapi nih memang over the sea (Yanbu AlBahr Medina la)..Pandangan macam nih sebenor ribut pasir..+ angin sejuk+pasir.



Macam di negara Mediterranean ada 4 musim la. Panas, bunga, sejuk, luruh.. Tapi Timur tengah nih pun sebenarnye patut masuk dalam ilmu geografi sebab dah ada panas, bunga sejuk dan luruh (walaupun luruh tak macam kat Barat). Sepanjang pertengahan Disember 2008 hingga pertengahan Februari mungkin membawa ke Mac lah sebab kalau ikut ilmu geografi dunia, kitaran musim tu kira-kira 4 bulan..tapi ikut geografi setempat (Arab Saudi ) tak pasti lagi.. sebab baru dapat buku (buku anak)....Tapi yang peliknye kalau sekolah Filipina belajar pasal negeri filipina..kalau sekolah Pakistan belajar pasal Pakistan..tak tahu langsung pasal Arab Saudi..kene pi sekolah Arablah.. dan dapat pasal History dan Geography Arabic... Alamak geram jer jari nih.. kasi aku tulis jer boleh? Orang Malaysia dah pergi bulan dah(kalau cakap orang kampung la...mcm tuh) tapi buku nih daripada Oxford semestinye bukan nak cerita pasal komuniti setempat Arab Saudi, tapi belajar pasal negeri omputih atau ikutlah negeri mana Cikgu-cikgu yang mengajar sekolah rendah. Kalau kolej tak pasti mungkin lagi tinggi la sikit ilmunye.. lagipun baru revise Gred 4 punye History dan Geography umpama membaca encyclopedia....(kenangan lamer)..

Saturday

Babak Dua-Kembo

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430





Selamat Tahun Baru Hijrah 1430. Sempena Tahun baru kami berpeluang melawat ke Masjid Nabawi di Madinah dan berjumpa dengan saudara-mara yang sedang melengkapkan pelaksanaan fardhu Haji di Madinah. Semua dapat jumpa alhamdulilah. Mula-mula rasa macam tak dapat pergi menziarah ke Madinah memandangkan jemaah Haji semakin ramai yang beransur pulang ke Tanah air, tak pasti dapat jumpa atau tidak dengan mereka. Jumpa dengan saudara-mara kat negeri orang nih best tapi orang sedang beribadat tak kan nak borak kosong jer. Tapi Terima kasih abang Chik dan Pak Su kerana sudi menyampaikan kiriman untuk emak di kampung.







Babak Satu ...

Sejuk segar kata seorang rakan...bila kami membincangkan tentang cuaca di kebanyakan negara Arab sekarang. Masalahnya semasa di Malaysia tak pernah rasa. Waima angin dengan hujan lebat namun taklah sejuk nye begitu. Yelah, kite ni tak pernah pegi luar negeri atau negeri omputih katelah senang, manakan pernah merasa suasana sebegitu. Tapi.. apelah yang dibuat orang Arab nih piknik kat tepi bukit padang pasir ni. Tu biasalah musim sejuk kalau kat tepi bukit ni romantik lah ala-ala kat Kashmir gitu.. Teringin nak jumpa saudara kat Madinah. Walau pun dekat tapi belum tentu dapat pergi.. betul jugak, bukan boleh angkat kunci kereta tekan pedal terus drive. Di Arab Saudi tak macam kampung halaman sanun, orang pompuan tak boleh nak drive, waima nak 'window -shopping' mesti ada bodyguard ikut (suami la..). Tetapi yang best nye sekarang kat Madinah musim angin sejuk.. So sesuai la memakai purdah untuk menepis habuk dan debu..Chewah!!


Alhamdulillah berjumpe jugak dengan waris dari kampung (Abang Chik dan family). Nak berlama-lama tak boleh rasanya. Orang nak buat ibadat bukan nak berborak kosong. Hanya bertanya khabar. Begitu juga untuk Pak Su dan Mak Su dari Seremban. Dan kesempatan ini juga kami sekeluarga menggunakannya untuk bersantap ala-ala Arab gitu. Setelah meninggalkan saudara-mara yang entah bila pula lagi akan berjumpa (insya allah), kami pun beredar dari Tanah Haram menuju ke Tabuk kira-kira( ala tak ade peta atau GPRS) >15 km kot dapatlah melalui Bukit Magnet.(abang Chik tengok gambar dari kampung)

Sunday

Episode satu



Untuk sekelian kalinya, Selamat pulang ke Tanah air untuk jemaah Haji yang selesai mengerjakan Rukun Islam yang ke-5. Alhamdulillah, pah Ngah, mak Ngah, abang cik dan semua rakan-rakan. Kini, kami sekeluarga memulakan kembara di Tanah kelahiran para Ambia, menyusuri jejak-jejak Rasul, cuba membuat catatan-catatan yang belum pernah aku tulis...berlainan dari menulis fakta sains dan kimia, pengiraan matematik dan statistik, suntingan dan terjemahan.. Kali ini aku kira sudah berlainan benar persekitarannya.. Benar kata Beha... keluarkan apa yang tersorok dalam minda. Meninggalkan kampung halaman memang selalu , tapi kali ini sangat jauh melebihi 7000 km dan beratus batu nautika..Tinggallah semua kenangan....




Wednesday

NOVEMBER




...Disiram sang bayu di Bulan November... (batch ni...tahun 70-an punye lagu Khatijah Ibrahim) lagun cintan-cintun. Saper yang ingat sambung la..

Chorus:.. November, November usah kau berulang lagi, cintamu oh cinta mu bagai embun tiada kesan... (marah Khaty lupe lirik da)

A lot lot things coming up in this November. actually..wedding invitation, Hajj farewell gatherings, holiday school summer camp, parents day, kindergarten graduation day....sometimes anythings can came up... suddenly. Now I should be preraring for the route to KSA. All by myself..letih kaki...terpaksa lupakan seketika untuk `yamseng' dengan kengkawan..(cakap orang dulu-dulu la )



Alahai anak saper la nih (Graduation CT Mas 2008)

Haji dan Kenduri Kawin

Alhamdulillah, semalam dah berlepas sekumpulan penerbangan jemaah Haji termasuk Pak Ngah (Ishak Alang -adik mak). Juga kepada rakan-rakan yang telahpun berada di Tanah Suci dengan penerbangan awal atau kemudian nanti.. Selamat Mengerjakan Haji 1429H semoga mendapat Haji Mabrur. Bulan ni musim cuti sekolah..2 hari lagi. Anak aku asik kira berape hari nak kene pegi sekolah. Musim orang pergi haji lepas tu kenduri kawin da... Untuk kawan-kawan yang nak naik pelamin. ...SELAMAT PENGANTIN BARU!



"Selamat pengantin Lame...Setelah 13 tahun.......

Saturday

Senang


This handout from the Phnom Penh Post shwos a house sawed cut in half by a Cambodian couple as they were hoping to avoid the country's convoluted divorce process inPrey Veng province near Phnom Penh.
(AFP/PHNOM PENH POST-HO)

Wednesday

Kampung Halaman Nan Permai



Jom Balik Raye!!

Sebelum pi rumah YB Abu Seman