Bulan itu.. bulan cinta. Dinamai kerana banyak orang sibuk mengagungkannya sebagai mengingatkan orang yang menjadi cinta hati mereka. Namun dipetik kepada beberapa buah ucapan dan kata-kata beberapa penceramah motivasi..hari-hari kita bercinta .Tak payah nak ingat atau nak mengadakan "Hari Kekasih" yang rata-rata semua pemikiran B....! Cinta kepada Allah dan Rasul ..maka setiap perbuatan berlangsungnya kerana niat hati masing-masing...kerana Allah! maka kita akan dicintai Allah setiap detik dan masa...
Bulan Cinta ini juga telah menjadi semakin sibuk menghadap setiap jiwa-jiwa halus. Bukan orang Halus..(seperti kata penceramah Motivasi Kem Anah Soleh pada minggu lepas di Mekah..) Namun jiwa-jiwa halus pada si empunyanya hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana setiap keresahan, kedukaan dan akan merasai kesunyian...terutama kepada rakan-rakan yang telah berangkat meninggalkan Bandar atau pekan eh ! Yanbu al Sinaiyyah, menunju ke destinasi atau tempat persinggahan masing-masing yang kita boleh anggap sementara mungkin..(Tuhan lebih Tahu). Tempat baru boleh buat kawan baru , namun hakikatnya tiada siapa yang tahu, apa ada di sebalik senyum dan tangis kita. Kepada semua rakan-rakan walau dimana engkau berada samada yang terbaca atau terlintas ke blog ini, harap semuanya sentiasa terima setiap keadaan seadanya. Walau yang berada nun jauh dari keluarga, sanak-saudara dan rakan taulan semuga kesabaran kita yang diuji sentiasa adalah dalam perlindungan Allah hendaknya.
Main-pondok-pondok belajar memasak ..telah bertukar menjadi Jamuan perpisahan dengan sahabat yang akan berhijrah ke USA pulak -Sally... Bila dah lama tak merapu macam-macam nak dikira, macam-macam nak ditaip dan macam-macam nak dibebel (dgn. izin..tak de pun dalam kamus lah) Cuaca semakin panas, hati kekadang jadi panas jugak sebab duduk kat negara panas. Walaupun Malaysia pada masa sekarang ni agak gersang dan rata-rata mengalami cuaca kering tapi takkan nak dok dlam rumah jer tak? Di Arab Saudi kalau cuaca panas memang jarang nak keluar rumah, tapi kalau di Malaysia tak keluar rumah orang melayu panggil "mati Kutu". Walaupun 40 celcius terus kontang, namun di Arab saudi masih boleh bertahan. Itu hakikat yang patut diterimapakai bahawa kebanyakan masyarakat di KSA ni baik wireman, plumber, carpenter (dgn izin lah ) kerja dari waktu asar sampai malam. Siang tak berapa nak jumpa kalau dicari melainkan tenaga buruh yang ada mandor dan jurutera dok perati depa kerja. Contohnya nak betulkan paip dirumah nih dah hampir sebulan ."bukan iklan bilik air tapi nak membetulkan paip bocor ambik masa sebulan.." site under construction...' (sekadar hiasan lah gitu)