Bagaimana dengan keputusan permohonan anak-anak untuk mendapatkan tempat masuk ke institusi pengajian yang seterusnya? Harapan ibu bapa seperti kita amat tinggi kepada anak-anak agar dapat meneruskan pengajian seterusnya. Di dada-dada akhbar banyak iklan-iklan yang masih manawarkan tempat siap dengan pinjaman atau biasiswa sekali. Nmun hati-hati kepada pelajar yang tidak mahu memohon pinjaman pelajaran jangan ambil lewa. Mesti tahu peraturan dan jangan serahkan bulat-bulat kepada HEP(Hal Ehwal Pelajar) untuk status permohonan pinjaman pelajaran anda. Jangan jadi seperti seorang lepasan IPT yang masih diburu hutang walaupun dia tidak pernah menandatangani sebarang kontrak.
Saya teringat masa mula masuk U dulu dapat sehingga dua tawaran pinjaman . Tapi pinjaman la. Ada lagi yang bertuah dapat dermasiswa lagi. Tak payah bayar apa-apa. Mungkin sekarang pun ada. Tapi bidang yang kami ambil ni tak berapa "kencang" orang kate. Namun, tetap bersyukur...Alhamdulillah dah habis bayar dah walau gaji ketika baru dapat kerja tak cecahpun RM1000.
Anak-amak sekarang perlu kuat usaha untuk dapat tempat dapat biasiswa dan segala-galanya. Berbanding 15 tahun dulu, releks je...banyak tabungan pendidikan. Yelah , ramai dah pandai-pandai belaka. Ibu ayah pun terpaksa kerja lebih masa nak sekolahkan anak-anak dengan yuran yang dua kali ganda dari dulu.Apa-apa pun selamat berjuang adik-adik semua.
No comments:
Post a Comment