Wednesday

episode 20; Babak 4: Pencarian

Tugu di Taksim Squre
Posted by Picasa Sebelum entri ini ditulis terperuk lama rasanya kerana hard disc meragam, jadi meng`kisah'kan gadget ni masa pun berlalu begitu saja. Tiba-tiba awal Jun ni berlaku sekali lagi rusuhan kali ini besar-besaran. Baru sahaja memuji keadaan negara yang bersih dan indah itu dan kini ianya juga bergolak seperti negara Asia Barat yang lain. Taksim Square sering dijadikan laman atau dataran untuk berkumpul beberapa kumpulan masyarakat yang ingin menyuarakan hasrat hati.

Hari ini hari terakhir di bandar Istanbul. Hujan turun daripada malam tadi menyebabkan kaki dan hujung jari keras macam ikan dalam fridge. ha..amik kau 8 celcius. Kami hanya bergerak ke stesen tram paling dekat dan pergi ke Grand Bazaar. Oleh sebab hari Isnin  ada kebanyakan Muzium dan lawatan Istana selalunya tutup. Boleh tengok jadual iternari beberapa blog dan perlu rajin cari maklumat tentang tempat-tempat yang ingin dilawati .Oleh sebab pada hari Ahad adalah cuti umum jadi pelancong selalunya ramai jadi .. tapi sebab hari ini cuaca kurang baik jadi gambar pun sejuk dan lembab macam tukang gambar nya juga.




Babak 3:Dunia Kecil



Hari ini mula nak mengembara ke dunia kecil. Puas jugak nak menempuh tempat ni. nak cari tempat pun guna peta daripada TripAdvisor. Untuk yang ada anak kecil jangan lupa pergilah ke museum yang kecil ni. memang kecil pun tapi sebab nak mendapatkan tempat ni terpaksa naik feri, naik kretapi naik teksi aaaa baru sampai. Kawasan ni agak jauh dan terletak di belah Asia. Jadi dapatlah naik feri. Hari ini dari stesen bot/feri Eminonu yang dah skodeng masa teropong semalam.



Stesen keretapi Hydrapasa


dari atas feri 



model kretapi lama


keratapi moden 
dalam  keretapi moden

Nak ke toys museum (uyuncak muzesi) ni naik keretapi pulak turun di stesen yang sangat kecil dan lama yang mula daripada stesen besar Hydrapasa. Perjalanan sampai 4 stesen kemudian turun di Goztepe setelah 20 minit . Nak bertanya tapi tak reti bahasa..maknanya tak tahu berbahasa Turki so tunjuk mainan, walhal gadis muda tak nak langsung cakap omputih. Adalah beberapa model permainan kanak-kanak dalam muzium kecil 4 tingkat ni. Semua kecil-kecil dan letak dalam kotak cermin.Ada 2000 model mainan kecil. Seorang penulis dan sasterawan terkenal Turki Sunay Akin mengasaskan berupa muzium di German pada 1990. Kebanyakan model di sini adalah berasal dari German.



 Beberapa buah model dari German









Kaki dah lenguh, balik  menapak lah sebab sebenarnya ada jalan pintas nak keluar daripada kawasan muzium ni yang terletak di kawasan perumahan .. dah isi perut di MD naik kretapi semula untuk ke stesen keretapi untuk ke Hydrapasa semula. Ramai pulak dalam keretapai dan juga di stesen feri maklumlah hari Ahad. Semua keluar ke moden town. Di sebelah Asia ni agak lenggang semua macam tempat penempatan penduduk yang berbagai kaum kerana keretapi ni lah juga untuk keluar ke Syria Iran, Iraq dan bahagian benua Asia yg lain.

Geztepe


salah satu syarikat feri beroperasi Asia -Eropah istanbul




 hiasan dalam banggunan stesen baru

stesen Hydrapasa lama dan baru(belakang)

Dah turun di stesen feri kami menapak lagi cari nak ke Miniarturk pulak. Lah semuanya dunia untuk siKecil hari ni..jadi budak kecil lah.




105 model di miniarturk dan kawasan golden Horn reality jika dapat dibezakan...

Miniarturk atau mini Turkey Park dibuka pada 2003, terletak di kawasan Golden Horn dan meliputi kawasan seluas 100 sq meter dengan model arkitektur sebanyak lebih kurang 105 model kini mencecah hampir 400 dengan rekacipta model dengan skala 1:25.Kebanyakan model adalah monumen bersejarah Turki termasuk di dalamnya Galata Tower, Blue Mosque atau masjid Biru, Virgin Mary Church, Istanbul City Wall, Istana Topkapi, Masjid Suleymaniyah, Stadium Olimpik Turki, Jambatan Bosphorus . Jika tidak berkesempatan ke Pakalele mungkin atau Capadocia, lihat saja model di sini.
Model church(hagia Sophia) yg diubah jadi masjid. Belakang sana pemandangan adalah
dunia sebenar kawasan perumahan

Kawasan Sultanahmet tempat gambaran letak kedudukan kebanyakan monumen bersejarah Istanbul Masjid Biru , Hagia Sophia, Hipopodium ( tiang tinggi-zaman  firaun)

kampung terawal di Turki


Ada kolam kecil, landasan keretapi, jalan raya dan model monument penting Turki


keretapi lama


Episode 20: Babak 2- Istanbul aku datang

Topkapi, Middle Gate-dua  manara menjadi simbol Istana Kerajaan Uthman ; dibina  semasa Pemerintahan Sultan Mehmad II dan di atas pintu tertulis kaligraph " Lailaha illallah, Muhammada Rasullullah"

Hari 2

Sebelum sarapan pagi tengok matahari terbit di stesen Sirkerci yang bersebelahan dengan Emononu. Feri untuk perjalanan membawa pengangkutan lain untuk ke sebelah Asia. Untuk feri penumpang stesennya adalah berlainan dengan feri pengangkutan /pemandu. Macam di Pulau Pinang lah. Kereta dan penumpangnya masuk sekali tapi di Istanbul disediakan stesen/port yang berlainan.



Feri Pengankutan


Stesen feri Emononu





Pepagi dah menapak ke Museum Arkeologi. Cuaca bagus pada pagi Sabtu itu. Semua tempat -tempat nak dilawati dibuka jam 9 pagi atau 10 pagi. Selesa juga sebab tempat menginap dekat dengan Sultanahmet ; 10 -15minit ke Spice Bazaar, 8 -10 minit ke museum Arkeologi turun bukit masuk pintu Hagia Sophia(Gereja dahulu tetapi masjid sekarang) sebelah Hagia Sophia (gereja menjadi masjid kini), Topkapi Palace keluar Topkapi masuk lapangan Masjid Biru. Memandangkan kebanyakan tempat dalam Topkapi tidak dibenarkan mengambl gambar jadi kuranglah 'footage' untuk Istana ini.






Keluar dari Museum Arkeologi




Halaman dalam Istana Topkapi  
pintu ke kamar privacy yg macam museum menyimpan peralatan dan persallinan diRaja.

Istana Topkapi mempunyai empat halaman diRaja dan di sinilah Sultan Uthman tinggal sehingga kurun 19, kemudian istana ini tidak sesuai untuk majlis protokol maka sultan berpindah ke istana Dolmabahce di Bosphorus. Kini Istana ini dijadikan museum yang menempatkan bahan arkib kepunyaan Nabi Muhammad S.A.W.

main gate untuk ke Istana Topkapi


Lepas Solat di masjid Biru terus naik Bas Hop in- hop off. Biasalah jalan sesak hari cuti . hari pun dah redup naik bas kene ayun lagi nak lelap sebab duduk open-air. nampak bas lalu semua kawasan dan tempat yang bersejarah dan terkenal tapi kami tak turun sebab nak jimat masa. nanti bila turun tak tau pukul berapa bas datang lagi walaupun katenya 30 min sekali. 


















Perjalanan mula daripada Sultanahmet melalui laluan yang sama dengan tram sehingga Kabatas kemudian bas dah masuk ke kawasan yang agak sempit laluannya. nampak daripada atas bukit nampak istana Dolmabache dan Universiti , menara dan kubah masjid, dan semestinya taman bunga, laut dan jambatan .

City wall keseluruhan pinggir bandar masih dibiarkan kukuh di sana




Makan ikan di Yedikule, apabila jalan dah sesak perut pun lapar. Kami turun dari bas sight seeing  ditepi laut. Tak tau pun kedai apa semua tulis "balik" . Restoran ikan semua sebab tempat bot nelayan. Pilih ikan dan makanlah ikut citarasa tukang masak turki sambil tengok feri dan bot lalu. 



Balik ke hotel naik teksi sebab nak ke stesen tram jauh dan dah magrib, nak cepat tapi masih sesak tak ada laluan lain, drebar teksi tak mau hantar sampai ke hotel. Membetislah nampaknya lagi. dah lah enam orang satu teksi dengan saiz badan sederhana pun namun sebab teksi kecil comel maka terasa peha dan betis kejang sebab macam  duduk dalam teksi macam ikan sadin. Drebar malas nak ke Gulhane Park ikut jalan kaki lagi dekat katenye tapi  daripada pagi menapak macam nak tergolek kat simen jalan tuh. Naik tram memang jimat tapi kadang-kadang kalau jauh dari stesen tram nak mengharung orang yang macam semut pun rasa lelah jugak.

Nak pegi Grand Bazaar sebab nak kejar esok Ahad Bazaar ditutup... tapi pegi bazar kecik  aje di kawasan sultanahmet terus tengok panorama Masjid Biru dan air pancut yang tukar warna lampu di hadapan Hagia Sophia.




Episode 20: Babak 1-Terbanglah tikar terbang


Istanbul, Eropah dan Asia


Belum tercatat lagi didunia ini bandar seperti Istanbul yang menyimpan  khazanah beberapa empayar iaitu Rom(330-395), Byzantine iaitu zaman kristian ortodok(395-1204 dan 1262-1453) , Latin iaitu berkaitan selepas empayer Roman katolik (1204- 1261) dan Uthman atau Ottoman (1453-1922). Kita akan merasa kagum apabila dua benua ini iaitu Eropah dan Asia yang berjiran, dengan pelbagai bangsa, kaum, anutan agama  mengamalkan kehidupan yang harmoni apabila mereka bercakap dengan bahasa yang halus dan sopan santun. Kedua benua ini terpisah dengan lautan. Di benua Eropah banyak istana dan masjid akan kelihatan di mana-mana manakala di benua Asia akan kelihatan banyak tapak peninggalan gereja lama. Istanbul, pernah juga diberi nama negeri Constantinople, Rome Baru, Byzantine dan banyak nama... setiap kali ia ditakluk ia akan bertukar nama.




Hari 1


Tidak sah kalau tidak 'explore' Sultanahmet. Mengikut iterneri yang telah dibaca daripada blogger dan tripadvisor; semua tempat bersejarah adalah di sini. Mula menapak  dari hotel melalui Gulhane Park. Kebetulan April adalah Festival Tulip, di mana-mana bunga jadi dapat posing  macam 'Miss World'. Kemudian nampak bumbung Hagia Sophia, terus nampak menerat Masjid Biru(Masjid Sultanahmet), papan tanda Topkapi, Yerebatan Bacilica Cistern (Istana tenggelam), Hippodrome di sebelah belakang masjid Biru. Kaunter tiket untuk masuk ke beberapa tempat kebanyakan ditutup pukul 4 ptg. Di sebabkan sudah lepas Jumaat jadi agak lewat memulakan perjalanan jadi masuk dulu ke Basilica Cistern. eem...  tempat gelap ni ada apa tah. Tapi beratur punyelah ramai nak masuk istana yang tenggelam di bawah tanah ni.


Basilica Cistern






Naik tram guna token . Agak kekok lah guna mesin jetonmatic. Bayar 3 (lira)TLR dapat 1 toket boleh pegi memane naik tram . Naik taksi 15 lira tu pun kalau tak kene tipu. Tapi kalau berderet-deret jalan macam kami anak beranak untung juga naik teksi tapi lutut tak boleh luruslah sebab semua sempit. Pegi Taksim Squrelah sebab semua museum dah nak tutup tapi tempat shopping tak tutup kot. Hop in, Hop off tengok jalan guna peta . Kebanyakan orang Turkey tak mau cakap Inggeris, apa lagi tunjuk bahasa isyarat.


Stesen Keretapi Sirkeci- lalu aje nampak dari dalam tram

mesin Jetonmatik masuk 3 lira keluar 1 token merah



Masa di dalam tram daripada Sultanahmet melalui Stesen keretapi  Sirkeci dan jeti Emenonu untuk naik Feri dan bot. Wah ! sangat produktif dan efektif pengangkutan air dan darat. Ada hampir lebih kurang 5-7 dengan perjalanan yang merata-rata samada Bosphorus, Asia, Eropah, goden Horn dan stesen feri berdekatan pun. Istanbul terbahagi tiga Utara-Selatan oleh Selat Bhosphorus untuk memisahkan Eropah dan Asia;  Golden Horn memisahkan Barat Istanbul manakala Laut Marmara di bahagian Selatan. Jadi sekarang naik tram dari old City to Modern City kami turun di stesyen Kabatas dan tukar tram yang lalu dalam terowong pulak fucular tram dekat aje 5 minit.


dah crop kalau tak nampak kepala aja. Istikal Street, shopping  di Taksim


Taksim adalah bandar Istanbul moden. Cuaca kebiasaan bulan April ni siang hari 15 Celcius kalau tak hujan dan malam 8 Celcius. Mana-mana ada bunga sebab Spring Festival- tulip lahhh.Bila sampai Taksim ..mak ai ramainye orang macam semut....mane datanglah orang ni. deretan kedai phew!  Istikal Street ;semua jenama ada, nak masuk dengan tidak je. Kita makan dulu...biasalah kebab je yg boleh telan. KFC, buggerKing, kebap dan kebap.Tetapi kebetulan ada perarakan dan perhimpunan secara aman di Taksim squre ni atau disebut Independent Square. Balik hotel baru tengok kat TV tapi tak faham sebab tak ada subtittle . Namun tak ada baling botol ke, bakar bendera ke pijak bendera ke, gas beracun ke, Polis ada di merata-rata mengawal keadaan
Taksim Tunnel Tram: Tram nostalgia kurun 19


Banggunan era Uthman mempunyai deretan kedai sepanjang 3 km yang menempatkan butik pakaian, kedai muzik, kedai buku, galeri seni, panggung wayang, cafe, restoran, pub dan kelab malam, kedai makanan, gula-gula, coklat serta manisan tradisi turki.



deretan kedai di Istikal Street sepanjang 3 km




Turun tram di Emononu melalui Galata Bride tengok orang memancing tapi dah gelap tadak ikan, pemancing dah balik.So cuba menembak Masjid Sulaimaney dari Galata Bridge. Atas bukit sana. Sebelah bawah adalah Emononu Stesen Bas, Spice Bazaar, dan stesen feri dan bot ada restoran ikan serta banggunan era Byzantine dan Uthman dan Universiti Istanbul. 


Thursday

Episode 19, babak 2: Mati itu pasti- Alfatehah

Keadaan perkuburan di Baqi-Madinah, disinilah nenek ku Che Ah binti Md. Som  dikebumikan
 kira-kira 28 tahun  yang lalu 



"Semoga kesejahteraan untukmu,  wahai penduduk kampung dari orang mukmin dan muslim. Sesungguhnya kami insyaAllah akan menyusul mu, kami mohon kepada Allah untuk kami dan kamu agar diberi keselamatan (dari apa yng tidak diinginkan)".
HR Muslim

Terbukanya tahun baru 2013 berturut-turut mendengar berita sedih daripada keluarga dan kawan-kawan di Malaysia dan juga di KSA  menjadi pembuka catatan baru. Awal kelender hijrah sudah berbisik berita sedih kehilangan orang tersayang oleh rakan sekelas dan boleh dikira sekampung juga yang berada di Selangor, kemudian kehilangan bapa saudara yang paling rapat  di Kuala Lumpur dan menyusul pula kehilangan orang tersayang oleh kenalan dari  Johor,Malaysia di bumi ambia ini. Inna lilla wainna ilaihirojiun.....telah tertulis qadar mereka.