Saturday

Episode 15: Perempuan itu...

Tangga ke Wad Hematologi HSA JB disusur daripada Asrama Jururawat


Kenangan terindah buat semua keluarga ku terutama suami dan anak-anak yang telah berkorban masa, tenaga maupun seluruh jiwa kerana membantuku untuk rawatan susulan/perubatan mak di Wad Hematologi Johor Bahru..Mak telah pergi membawa segala keperitan...tanpa sebarang pesan.. Alfatehah.. Tangga-tangga yang dilalui oleh semua ahli keluargaku setiap kali membuat pemeriksaan darah daripada makmal ke bilik doktor memang sangat meninggalkan kesan; bukan sahaja aku yang tak sakit ni tetapi juga pesakit-pesakit lain yang juga merungut kerana terpaksa menghantar sendiri sampel darah ke makmal kemudian menunggu kadangkala hampir satu jam..untuk dapatkan keputusan untuk semakan doktor pakar. Leukimia yang dihidapi mak adalah pada tahap kritikal, tapi aku sangat yakin dengan kuasa tuhan walaupun doktor pernah memberi ramalan. Namun usaha tidak pernah lekang daripada kamus ku, tapi dek kerana ke alpaan ku, mak terpaksa menangguhkan beberapa siri rawatan susulan kemoterapi,Ya Allah,  ampunilah ibuku, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkan dia.





2 comments:

KAHERAH said...

Al fatihah buat arwah bonda akak..moga ditempatkan dikalangan yang beriman...

Wafa Amirah said...

Alfatihah, semoga rohnya ditempatkan bersama golongan muqorrobin.