Seminggu lagi sekolah anak-anak akan berakhir manakala semenjak 2 minggu yang lalu sibuk di mana pusat pengajian maupun di sekolah , masjid adakan majlis penutup. Senang kate orang arab 'parrty'. Waima di masjid pun, untuk anak-anak kecil nak kasi hadiah oleh mudaris memasing (abla). Untuk murid-murid tua seperti aku ni lain jenis partynye..
Ladies Islamic Centre @ Yanbu untuk Kelas Akhir Bahasa Arab dan Hadith 40, 1432H by Us. Kamarul. Tempatnye memang untuk perhimpunan manita sahaja.tetapi sehari saja sempat buat kelas disini..'rijal mamnuuok'
Pengumpulan hadiah penghargaan dan sijil setiap semester daripada madrasah fi masjid shankhithi Al-oyun; Yanbu. Ini pun baru hafaz juz Amma. Sijil tak pelah tak upload sebab sems lepas dah upload. kira ni ada peningkatan sikit lah...
Sejak 1430H sampailah 1432H sejak berkenalan dengan mokcik2 arab baru 3 ustazah/abla/mudaris/hafizah yg ngajor ngaji . tu pun tak hafaz jugak mcm kengkawan yg lebih muda dan lebih senang ingat. Kite yg dah umur senja nih merangkak mau 'blank' kalau masuk dewan peperiksaan. Hafaz wajib dan tafsir harus tahu..jadi apa kira...walaupun berpeluh setiap pagi dan bergelut dengan urusan rumah/tangga..alhamdulillah..(Kalau orang baca dah boleh ikut dan buleh la membetulkan juz Amma. Surah lain yg penting-penting abla baca tafsir aje, belum tahap aku nak hafaz semua. Cuti musim panas semua tutup sekolah arab sampai raya Haji biasanya. Kalau masuk sekolah sini memang 'karat'..asik cuti je. Anak2 exam... ibu pun tak pi masjid so masa pi kelas untuk semester sebenarnya 6 bulan aje..
Dalam masjid shankithi Al-Oyun di sudut anak-anak. Curi2 bergambar dengan ustazah berasal daripada Mesir( ketiga dari kiri).masya allah seorang hafizah kini..setelah 3 thn mengaji di masjid ini.
Sebelum semester berakhir Sekolah International @ Yanbu mengadakan International Day. Barisan bapa-bapa dari Malaysia.
Babak 3:
Sekejap masa berlalu dah sebulan cuti di Malaysia. Bukanlah cuti-cuti pun hanya pulang kampung aje. Tak 'komplete' rasanya kalau tak ziarah Pasar malam, Jakel (nak cari kain) super market, tengok wayang..tapi sempat gunakan masa yg amat terdesak sekali. Yelah, sambil lalu kata orang. Jaga orang sakit bukan nak enjoy (kata suamiku) . Namun ku pegang kata-katanya itu dan bersabar dengan kerenah bibik,anak anak dan pesakit jua. Tak dinamakan kehidupan jika tiada halangan dan dugaan. Bibik tak mu kerja lagi so sekarang tunggu pengganti dah hampir setengah bulan.
Jemputan saudara-mara dan kawan-kawan terpaksa diabaikan buat masa ini. Memang balink Malaysia setahun sekali kurang lebih nak jugak jumpa saudaramara atau menikmati musim buah-buahan..tapi mingkin ini tahun-tahun hujung jua kehidupan kita untuk bersama orang yang kita paut muliakan...nah..baiklah buat kebajikan. Tinggalkan dululah 'syorga dunia ' kejap.