Sunday

Episode 8: Babak 2: Cuti Musim Panas

Julai 2010 :
Cuaca menjadi semakin panas ..kadang-kadang mencecah 50 Celcius..apa lagi..di sinilah saja tempat yang sesuai....berendam,berendam

Dapat mencuci mate di mall pun ok gak..memandangkan kehangatan World cup semakin memuncak ketika saat-saat penentuan juara..ketika ini apa saja cadangan untuk berjalan atau membeli-belah atau berkelah tiada sambutan lah. Masa untuk menonton TV...

Projek tertunggak boleh dikatakan masa inilah untuk menyiapkan sedikit persiapan untuk syawal..sekarang dah syaaban..Nanti Ramadhan tak banyak masa mungkin lagipun elok lah rasanya masa dihabiskan dengan aktiviti mendekatkan diri memperbanyakkan 'makanan jiwa'..Namun sempat jugalah menyiapkan beberapa projek yang tertangguh juga selama ini, yelah daripada terperam aje dirumah..



Pilih kain untuk baju raya dan cari teknik-teknik manik dan labuci yang sesuai untuk mengindahkan baju raya..



Jun 2010
Ladmark untuk menuju misi ke laut kawasan Dolfin, Yanbu al Bahr (laut -arabic; bahar (plural)


misi mencari ketam

Semoga musim cuti sekolah bagi anak-anak di KSA kali ini tidak banyak melangok (kate orang kampung den!) sebab pada tahun lepas ketika cuti sekolah bagi anak-anak yang sekolah International Sc. di KSA hampir 3 bulan gitu. Ikut orang arab ,musim ..panas...jadi untung jugak tak sekolah musim ni. Suhu sekitar 46-48 Celsius dan pernah mencecah 50-51 celsius begitu agak tidak selesa kalau keluar rumah pada waktu siang. Selalunya warga arab ni dah terkenal memang gemar keluar malam, nak cari orang repair rumah ke, repair paip ker memang lepas magrib paling afdal..( masa tu sesuai nak buat kerja-kerja pembaikpulih).

Kepada rakan-rakan yang telah mula bercuti ke Malaysia dan kemane-mane lah yang teragak, Selamat cuti-cuti Malaysia, atau Selamat Bercuti ..sudah lah. Sehingga nak menunggu masuk sekolah bagi beberapa jenis International Sc. versi Amerika atau Filipina yang sesi masuk sekolah kira-kira Ogos nanti banyak masa anak-anak nak mengadap Game..(segala versi game) yang tersimpan akan jadi rebutan sekarang. Fening lah kepala ana ini macam. Ibu-ibu sudah seperti radio yang terpasang 24jam waktu siaran, mengalahkan siaran World Cup.

Walau apapun aktiviti terperap musim panas bagi ibu-ibu semestinya masak. Sekali masak bukan calang-calang. Semua jenis resepi dah beratur ikut giliran. Tak pasti lepas musim cuti sekolah ni tiba pulak bulan Ramadhan, mungkin dah kering idea kelak nanti..kene makan kebab ajelah agaknya. Musim panas nak pergi berjalan-jalan mungkin tak selesa kecuali mengerjakan Umrah atau menziarah Masjid Nabawi, bunktinya beberap perancangan untuk merayap-rayap ke beberapa bahagian sekitar Saudi (tak jauh lah pun) sudah dibatalkan memandangkan faktor cuaca. Dulu kalau nak mengikut rombongan, selalunya tak kene masa cuti kerja orang bekerja shif (suami), tunggu anak cuti sekolah baru boleh pi jalan-jalan tapi bila tiba musim cuti sekolah musim panas..tak berjalan jugak...

1 comment:

Ejalz said...

Kak lyn tak blk malaya ke cuti summer ni?