Friday

Babak 4: Syurga membeli-belah

Untuk entri kali ini mungkin habislah agaknya apa yang nak diceritakan untuk percutian kali ini. Surga membeli belah Parndorf. Ini merupakan kawasan membelibelah macam jualan kilanglah. Orang kalau sebut jualan kilang mungkin harganya adalah lebih murah..tapi kalau dah matawang Euro...(mmmmm) tunggu ada "BIG SALE" jugak. Kita BIG SALE lagi..tapi manusia tetap ramai. Kawasan ini merupakan jalan menuju ke Bratislava atau boleh sampai juga ke Prague ..jauh dari bandar...nun perjalanan ke ladang-ladang anggur.

Layan mate yeee!!!!



kedai tepi-tepi outlet ...


Keseluruhan kawasan sangat lah besar...tahan kaki jeah kalau nak masuk semua...dan tahan hati




Jenama yang boleh diterokai... mumkinnn!!!


Kedai makan ini di Budapest, Hungary. ...bolehlah dimakann



Ni pasar ...macam pasar mingguan, atau psar Tani..barang agak murah..semua ada Kat arab pun tadak jual barang begini... FLOHMART tak jauh dari bandar Vienna


Episode 6: Babak 3: Taman Tema dan rekreasi

Entri seterusnya akan merayau-rayau ke taman yang terdapat di Istana Schumbrun la banyak pulak tempatnya..tak per kalau tak sempat datang esok pulaklah.. kalau dah main taman....anak anak selalunya tak ingat dunia...





Papan tanda lokasi taman-taman, taman maze dan taman Labyrinth. Isssh macam masuk zaman cerita donggeng orang putih pulak..

Taman maze..dah sesat ni tak tau nak kluar macm mane?


Dari taman ni boleh ke taman-taman lain lagi..

ya!.Taman bunga istana yang dikawal...takut kene ambik bunga...







Tuesday

Episode 6: babak 2: Muzium dan memorial


National Museum


Zirafah ni masuk cam ner mak..."kene tanggal kulit dan isi dulu..awet letak bahan kimia kemudian masuk bahan dalam badan mcm puppet then masuk muzium semula.". lebih kurang lah gitu, nanti kene jadi zoologist baru reti..

Beberapa jenis batu permata dan barang kemas kegunaan raja-raja Austria.


spesies burung


Tiket masuk ke beberapa buah muzium yang terletak di Schonbrum, Stephansplatz atau Belvede..yang menempatkan muzium ketenteraan, muzium Sisi (nama panggilan permaisuri), moden Art, teknologi , muzium diRaja dll. tiket dalam matawang Euro la...

Beberapa barang arkib yang telah digunakan untuk buat makanan pencuci mulut di zaman Monarki Habsburg, Austria. Ada beberapa barangan lain sepert barangan tembaga, porcelin dan kristal dpamerkan juga.


di hadapan tiang Parliment Austria. Musim cut1 sekolah juga ketika ini bagi anak-anak rakyat Austria. Macam nak pose untuk kulit album pulak..


Di belakang adalah menara telikomunikasi dan di hadapan adalah banggunan muzium ketenteraan.





berdiri di depan bunga jam..agak nye lah,di Stadpark. Kat sini rama orang yang bercinta tgh duduk duduk. Ada juga yang mntak sedekah kat taman ni tapi secara profesional iaiatu dengan bermain violin ala-ala mozart.


MuseumQuartier Wein ni ada museum arkitek, Kunsthalle Wein , Leopold museum Museum of Moden Art dan Zoom Children's Museum. Satu kawasan ada 4 jenis muzium gitu.. sengal kaki ooo nak jalan..Museum of Natural History pula menempatkan beribu-ribu spesies haiwan yang telah diawetkan. Muzium Sisi pula adalah muzium yang meletakkan segala kelengkapan dan barang kegunaan permasuri (Elisabeth nama betul) di beberapa istana yang dipunyainya termasuk Hofburg, Schonbrunn di Austria.

Wednesday

Episode 6: Babak 1:Cuti dan Ziarah

Dalam entri kali ini mungkin baik jika memberi laluan kepada tuan rumah yang melayan kami dengan baik sekali ...Pakcik dan makcik dan seluruh seisi keluarga: En.Mohd Kamil Ghani dan Pn. Rohana serta anak mereka Adlee dan Adlina. Keluarga ini menetap di sebuah penempatan yang tidak jauh dari bandar iaitu Wurzingergasse, Vienna. Anak-anak beliau semua sebaya dengan anak-anak saya

Kalau di sini public transport memang bagus..bayar tiket 4.6 euro untuk shopping tiket dah boleh merayap sekitar bandar , naik semua train dan tram yang ada...bayar sekali tu jer. 5.7 euro untuk tiket 24 jam sape yang larat lah nak angkat kaki lagi berjalan.... Kalau bas "tour" nak tengok-tengok jer..bayar lain lah.




Pemandangan malam sebahagian kawasan Vienna daripd Floridotower



Floridotower menempatkan Pejabat Kedutaan Malaysia Vienna


Pejabat Konsulat Viena Mana lagi kalau tak menempel di pejabat pakcik di (Floridotower) yang sudi menjemput, melayan dan membawa kami jalan-jalan dari Viena ke Budapes, Hungary, Bratislava dan Prague. sempat juga tengok salji yang dah hampir cair semua..jadi air sejukkkkk.





Waktu Viena VS Kuala Lumpur





Merayap di pejabat Kedutaan Malaysian Vienna di Floridotower





Merdeka! Merdeka! Merdeka!







Viena adalah sebuah tempat dikelaskan sebagai salah sebuah syurga membeli belah yang dikira hampir mempunyai 20,000 kedai dengan 110 daerah untuk membeli belah daripada kedai kecil di tepi jalan sehingga ke butik-butik besar dan glamor. Sepanjang kawasan banyak menjual barangan kemas dan batu permata atau pakaian yang sangat glamor dan mahal, barang antik., Tetapi kebanyak kedai hanya beroperasi antara 9 pagi hingga 6: 30 petang sahaja.


Depan gedung barang kemas- di sekitar Mariahilfer Strasse (Mariaholfer Street gituw) paling panjang kawasan untuk shopping...
Burgteater mcm Istana Budaya lah kira-kira gituw ... Taman tema tu pulak adalah di Prague. membeli belah di banggunan sebelahnya.




Tukang kebun dah cantas semua dahan bunga ros, untuk menunggu tunas yang baru pula. Di jangka bulan Mei - Julai cantik lah taman nih penuh bunga ros.

Stesen Bas dan Tram