Thursday

Pekan Buku


Untuk rakan seperjuangan di Malaysia, ku paparkan sebahagian daripada judul buku kalau nak terjemah ke dalam Bahasa Malaysia....haa,h . Di antara tugas lama ialah menyemakkan(bukan edit) meja dengan katalog buku dari publisher syarikat penerbit buku. Tapi kat Saudi kebanyakan pekedai cakap Arab tak reti lah pulak apa bendanya. Tapi di Dawah Corner yang diperkenalkan oleh Pn Anis, baru nampak tajuk buku bukan sahaja arabic tetapi dapatlah baca hasil penulisan Prof dan pengarang tersohor Arab dalam Bahasa Inggeris . Boleh lahh.. penjual pun boleh cakap omputih sikit, Melayu sikit. Agaknya orang Malaysia ramai beli di sini, jadi tokey kedai boleh belajar jugak cakap Melayu. Catalog buku ada tajuk buku, nama pengarang dan harga. Ringkas jer. Kalau kat opis dulu diletakkan gambor kulit buku, ISBN (no. rujukan penerbitan), dan harga buku (wajiblah). Kebanyakan Publisher buku ada Catalog bagi setiap penerbitan yang dikeluarkan oleh syarikat mereka sebagai panduan pembeli, pengedar, pencetak buku dan yang sewaktu dengannya....




No comments: