Kesedihan itu hanya akan memadamkan motivasi, membunuh roh semangat dan membekukan jiwa. Dan kesedihan itu ibarat penyakit demam yang membuat tubuh menjadi lemas dan seharusnya tidak berdaya. Ini adalah kerana kesedihan hanya menghentikan dan bukan menggerakkan. Rahsia untuk menghindari kesedihan semua adalah dengan menanamkan prinsip bahawa kesedihan adalah sesuatu yang boleh ditangani, bukan sesuatu yang tidak boleh dikawal sehingga kita harus menyerah kepadanya. Kesedihan juga tidak mendatangkan manfaat bagi hati, bahkan ia merupakan sesuatu yang disenangi syaitan. Maka dari itu, syaitan sesalu berusaha agar seseorang hamba itu bersedih untuk menghentikan setiap aktiviti dan niat baiknya.
Kesedihan pula bukanlah sesuatu yang dicari-cari dan bukan pula sesuatu yang diharapkan, oleh itu Rasulullah SAW sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari kesedihan dengan doa seperti berikut:
"Ya allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan."
Kesedihan boleh mengotori kehidupan dan ia juga merupakan suntikan beracun yang berbisa bagi jiwa yang boleh mengakibatkan kelesuan, keluhan dan kebingungan. Kesedihan juga boleh membawa kepada kemurungan yang menggelapkan hati dan akan membuat seluruh keindahan menjadi layu. Dengan kesedihan, keadaan yang baik berubah menjadi buruk dan kehidupan yang menggembirakan menjadi mati kerana kesedihan akan menimbulkan pesimisme, penyesalan dan kebinasaan diri yang tiada tara.
Namun, pada tahap tertentu, kesedihan memang tidak dapat dihindari dan ianya pasti akan dilalui oleh seseorang. Oleh kerana itu , disebutkan bahawa para ahli syurga ketika memasuki syurga akan berkata:
"...segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami....." (Fathir:34)
Ini menunjukkan mereka pernah mengalami kesedihan ketika hidup di dunia dahulu. Apabila kesedihan menimpa tidak ada kemampuan bagi jiwa untuk menghindarinya, maka kesedihan itu akan mendatangkan pahala. Ini kerana disebabkan kesedihan yang sedemikian dikatakan sebahagian dari musibah atau cubaan.Jadi kita lawan dengan doa-doa dan cara-cara lain untuk mengusir kesedihan tersebut.
Namun demikian,orang mukmin akan berasa sedih atas dosa yang pernah dilakukannya, sementara itu orang-orang fasiq pula akan sentiasa lalai, meremehkan dan merasa senang dan bangga dengan dosa-dosa mereka. Dan sekiranya orang mukmin berasa sedih , maka itu kerana mereka telah melewatkan kesempatan untuk berbuat kebaikan, menyia-yiakan waktu untuk mencapai darjat yang tinggi di sisi Allah. Tetapi orang fasiq jika bersedih adalah kerana kehilangan sesuatu yang bersifat duniawi. Kesedihan terhadap duniawi itu tidak terpuji
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan, kelemahan dan kemalasan dan sifat penakut dan dari bebanan hutang dan tekanan orang-orang yang jahat".
Dr. 'Aidh Abdullah- AlTazan
No comments:
Post a Comment