Tuesday

Ep 2: Babak 2- Dulu dan Kini

Semenjak datang ke Arab Saudi.. kehidupan semua dah berubah. Duduk , berdiri, makan, pakai , jadual harian, persekitaran serta ritma kawalan badan (istilah sains hayat) yang termasuk macam-macam perkara tentang badan kita semua beralih arah. Bukan cinta beralih arah tetapi badan akan menerima respons yang berlainan terhadap persekitaran samasa mendapat ransangan atau berubah secara semulajadi tanpa diransang (Natural)...Kalau dulu ambik gambar begini.......gambar tak der warna tetapi boleh pakai apa-apa yang teragak...

Tapi kini di' SINI 'begini pulak gayanye ..gambar macam saiz pasport tetapi masuk dalam Iqama untuk menjadi kad pengenalan. Tidak payah glamor tetapi semua serba hitam untuk wanita dengan abaya. Untuk sebab itu jugaklah terkenang semasa orang dulu buat pasport nak pergi luar negeri atau ke Singapore..bila kongsi pasport dengan mak atau ayah ha duduk lah bersama-sama mak atau ayah kita.
Ketika di Arab Saudi perbualan dengan rakan-rakan sudah berkitar kepada masakan, makan, rumah, anak-anak sekolah, kelas bahasa atau usrah serta ziarah atau umrah. Sudah kurang nak bercerita sale kat JJ, sale kat Lot 10, Starhill, Bukit Bintang ...,G..., TS..., dan macam-macam huruf lagi....Di sini hanye sebut Hyper Panda dan Star Market . Kalau jauh sikit pi Jeddah lah tetapi tak boleh nak W.... S.... hanya 'cash and carry' sebab tak ada masa nak mencuci mata.
Jadi...episode kali ini adalah meraikan hari Ibu..Memanglah lambat lagi rasenye kalau ikut kalender orang putih(Gregorian) macam bulan May. Ter tengok TV rancangan masakan favorite "Fatafeat" kat KSA nih (carilah channel berape??) asik nyanyi lagu untuk Ummi.. Ummi.. so..masakan yang chef sediakan adalah untuk ibu masing-masing, atau dedicated to mummy, mama, or emak( saya panggil). Sediakan makanan, uli roti bukan roti canai (orang arab roti tempayan), masak sup (orang putih)...dan lain-lain footage (bhs media kot) yang mengambarkan tugas-tugas ibu untuk membesarkan anak-anak dengan MAKANAN. Kasih sayang ibu juga ditunjukkan dengan mengenang resepi seorang chef yang jadi turun temurun keluarga dan menjemput ibu masak dalam rancangan yang dikendalikan.


Kalau ikut hati memanglah nak panggil mak masak untuk kite.Tapi tu semua kekadang bagi sesetengah orang adalah mustahil..untuk ibu yang berada dekat dengan kita insyaallah memang diusahakan untuk kita pulak memasak untuk ibu.

ilaiki ya Ummi .....,

1 comment:

REENAZ said...

Gambo baby tu kak Lynn ker???hehehe....