Saturday

Selamat Hari Hari...(Kekasih)

Happy Valentine...

Ah saja jer..nak ingatkan semua kekasih tak kira dulu, sekarang atau yang akan menjadi kekasih..ehem.ehem..Sebenarnya kira-kira 14 tahun dulu konon-konon nak jadi cerita berkenalan dengan seorang jejaka handsome yang dah lama kenal..kira "old flame" tapi tak kesampaian sebab cerita tak bersambung tergantung begitu sahaja. Masalah komunikasi lah. 10 tahun dulu tak macam sekarang, walaupun dah ada hape(kate bibik) tapi tak reti nak guna.Ha,dalam bas boleh bunyi buat tak reti je(tu kawan kite harap tak marahye Wan), kalau kat office tu bunyi h/p cepat-cepat jawab nanti bos kate mcm lawan tokey sebab kite belum jadi senior lagi tapi dah ada hp. Dia tak tau orang kerja siang malam sampai nak rabun baca manuscript(bukan lah journalist tapi kengkawan jer dgn journalist). Biasalah kalau kerja dengan publication ni boleh dpt banyak site income(kalau terdaya). Tu yang kalau berkerja boleh balik besok pagi. Eh kerja aper tuh. Yelah selagi filem tak pruf(skg dah cut and paste) tak boleh balik. Nanti nak print entah keluar aper-aper objek. Cerita macam kerja teman ni kat tempat surat khabar yek..sealiran lah tuh.

Hai bersambung kepada jejaka handsome tu..sebenarnya bersambung sebab sama belajar, tapi tak rancak bertegur sapa.Kebetulan Hari Raya pada tahun tersebut macam jatuh awal tahun nak dekat dengan Birthday aku dan juga sealiran dengan Valentine..apa lagi si jejaka ni boleh propose nak kawin . Mak oi menggigil rasa nak jerit dekat H way PJ kebetulan duduk dekat dengan PJ Hilton H/ way (Selangor). Apa lah ek. Sekolah sama, pergi outing kekadang sama, field work untuk assigment pun sama kekadang tournament/sport intervarsities (aku setakat tu jer tapi mamat tu ahlil sukan)....tapi tak pernah nak 'usher'. EE slow la..Tapi bila dah propose..Jadi lah mata airku ...(istilah 60-an).

Dah bertunang lagi 'long long love affair' pulok sebab KL-JB tu nak pergi 4-5jam. Namun demi mata air tak der lautan yang tak boleh direnang, tak der H way yang tak boleh diterokai, jalan terus..sehingga lah kami bersatu., dan kini dah berenam semua. Tu yang teringat bila Valentine jer masa tu semua cerita terangkum semua. Bukan sengaja nak meraikan. Agar hari hari akan jadi Hari Kekasih..

2 comments:

Anonymous said...

Amboi, jiwang nampak dengan pawi... hehehehe... baru la nampak ko kat sini...Camana hidup di sana? Bahagia...Si kembo dah pakai tudung ek? Alhamdullilah...Kembo aku pun dah pakai tudung...Ko nak blog aku ek? Dah lama tak update la... Nanti aku bagi ko picasa album la.. boleh ko nengok gambo2 kat situ...

Noey...

leman said...

Patutla masa keje dulu pawi asyik angau jeee....kejap2 mc, kejap2 EL, kejap2 cuti....