Bagaimana dengan keputusan permohonan anak-anak untuk mendapatkan tempat masuk ke institusi pengajian yang seterusnya? Harapan ibu bapa seperti kita amat tinggi kepada anak-anak agar dapat meneruskan pengajian seterusnya. Di dada-dada akhbar banyak iklan-iklan yang masih manawarkan tempat siap dengan pinjaman atau biasiswa sekali. Nmun hati-hati kepada pelajar yang tidak mahu memohon pinjaman pelajaran jangan ambil lewa. Mesti tahu peraturan dan jangan serahkan bulat-bulat kepada HEP(Hal Ehwal Pelajar) untuk status permohonan pinjaman pelajaran anda. Jangan jadi seperti seorang lepasan IPT yang masih diburu hutang walaupun dia tidak pernah menandatangani sebarang kontrak.
Saya teringat masa mula masuk U dulu dapat sehingga dua tawaran pinjaman . Tapi pinjaman la. Ada lagi yang bertuah dapat dermasiswa lagi. Tak payah bayar apa-apa. Mungkin sekarang pun ada. Tapi bidang yang kami ambil ni tak berapa "kencang" orang kate. Namun, tetap bersyukur...Alhamdulillah dah habis bayar dah walau gaji ketika baru dapat kerja tak cecahpun RM1000.
Anak-amak sekarang perlu kuat usaha untuk dapat tempat dapat biasiswa dan segala-galanya. Berbanding 15 tahun dulu, releks je...banyak tabungan pendidikan. Yelah , ramai dah pandai-pandai belaka. Ibu ayah pun terpaksa kerja lebih masa nak sekolahkan anak-anak dengan yuran yang dua kali ganda dari dulu.Apa-apa pun selamat berjuang adik-adik semua.
Monday
Wednesday
Musim masuk Universiti
Musim keputusan peperiksaan- hampir semua pelajar yang mengambil peperiksaan yang setaraf dengan nya sudah dapat kita lihat. Pencapaian memuaskan. Paling pandai, paling cerdik, paling terror.. anak orang kebanyakan sahaja yang tinggal bukan di bandar-bandar besar, bukan orang elite. Sama-sama kita pandang dan dengan... pandai budak tu!!Macam mana anak -anak aku nanti. Ibu bapa yang gerun masa anak-anam dapat result. Yang dah memang cerdik tu tak heran pun dapat result, tapi yang kuat usaha tu kadang-kadang agak cemas. Aku teringat masa aku mula-mula sekolah dan sampai dah tua gini pun tak pernah confident masa result keluar. Yang pasti bila umur dah meningkat kadang-kadang kite lebih berasa redha dengan apa sahaja usaha ang telah dilakukan. Yang berbeza dengan anak-anak sekarang, orang "tua-tua" belajar banyak assigment je. So result peperiksaan tu kekadang 30 peratus je. So jangan susah hati masa kelas boleh rembat habis segala kuiz, asssigment atau presentation yang ada.
Kalau nak dilihat bulan Mac-April dalam surat khabar melambak iklan kolej, universiti dan institusi pengajian buat iklan untuk pengambilan pelajar baru. Tak terkira banyak sungguh. Siapkan duit le.Selamat berjaya kepada anak-anak saudaraku yang sedang menghadiri temuduga dan kekawan yang dah ada anak paling besarpun ambil SPM , selamat memilih kursus untuk anak-anak.
Kalau nak dilihat bulan Mac-April dalam surat khabar melambak iklan kolej, universiti dan institusi pengajian buat iklan untuk pengambilan pelajar baru. Tak terkira banyak sungguh. Siapkan duit le.Selamat berjaya kepada anak-anak saudaraku yang sedang menghadiri temuduga dan kekawan yang dah ada anak paling besarpun ambil SPM , selamat memilih kursus untuk anak-anak.
Subscribe to:
Posts (Atom)