Tugu di Taksim Squre |

Hari ini hari terakhir di bandar Istanbul. Hujan turun daripada malam tadi menyebabkan kaki dan hujung jari keras macam ikan dalam fridge. ha..amik kau 8 celcius. Kami hanya bergerak ke stesen tram paling dekat dan pergi ke Grand Bazaar. Oleh sebab hari Isnin ada kebanyakan Muzium dan lawatan Istana selalunya tutup. Boleh tengok jadual iternari beberapa blog dan perlu rajin cari maklumat tentang tempat-tempat yang ingin dilawati .Oleh sebab pada hari Ahad adalah cuti umum jadi pelancong selalunya ramai jadi .. tapi sebab hari ini cuaca kurang baik jadi gambar pun sejuk dan lembab macam tukang gambar nya juga.