Hari ini mula nak mengembara ke dunia kecil. Puas jugak nak menempuh tempat ni. nak cari tempat pun guna peta daripada TripAdvisor. Untuk yang ada anak kecil jangan lupa pergilah ke museum yang kecil ni. memang kecil pun tapi sebab nak mendapatkan tempat ni terpaksa naik feri, naik kretapi naik teksi aaaa baru sampai. Kawasan ni agak jauh dan terletak di belah Asia. Jadi dapatlah naik feri. Hari ini dari stesen bot/feri Eminonu yang dah skodeng masa teropong semalam.
|
Stesen keretapi Hydrapasa |
|
dari atas feri |
|
model kretapi lama |
|
keratapi moden |
|
dalam keretapi moden |
Nak ke
toys museum (uyuncak muzesi) ni naik keretapi pulak turun di stesen yang sangat kecil dan lama yang mula daripada stesen besar Hydrapasa. Perjalanan sampai 4 stesen kemudian turun di Goztepe setelah 20 minit . Nak bertanya tapi tak reti bahasa..maknanya tak tahu berbahasa Turki so tunjuk mainan, walhal gadis muda tak nak langsung cakap omputih. Adalah beberapa model permainan kanak-kanak dalam muzium kecil 4 tingkat ni. Semua kecil-kecil dan letak dalam kotak cermin.Ada 2000 model mainan kecil. Seorang penulis dan sasterawan terkenal Turki Sunay Akin mengasaskan berupa muzium di German pada 1990. Kebanyakan model di sini adalah berasal dari German.
|
Beberapa buah model dari German |
Kaki dah lenguh, balik menapak lah sebab sebenarnya ada jalan pintas nak keluar daripada kawasan muzium ni yang terletak di kawasan perumahan .. dah isi perut di MD naik kretapi semula untuk ke stesen keretapi untuk ke Hydrapasa semula. Ramai pulak dalam keretapai dan juga di stesen feri maklumlah hari Ahad. Semua keluar ke
moden town. Di sebelah Asia ni agak lenggang semua macam tempat penempatan penduduk yang berbagai kaum kerana keretapi ni lah juga untuk keluar ke Syria Iran, Iraq dan bahagian benua Asia yg lain.
|
Geztepe |
|
salah satu syarikat feri beroperasi Asia -Eropah istanbul |
|
hiasan dalam banggunan stesen baru |
|
stesen Hydrapasa lama dan baru(belakang) |
Dah turun di stesen feri kami menapak lagi cari nak ke Miniarturk pulak. Lah semuanya dunia untuk siKecil hari ni..jadi budak kecil lah.
|
105 model di miniarturk dan kawasan golden Horn reality jika dapat dibezakan... |
Miniarturk atau
mini Turkey Park dibuka pada 2003, terletak di kawasan Golden Horn dan meliputi kawasan seluas 100 sq meter dengan model arkitektur sebanyak lebih kurang 105 model kini mencecah hampir 400 dengan rekacipta model dengan skala 1:25.Kebanyakan model adalah monumen bersejarah Turki termasuk di dalamnya Galata Tower, Blue Mosque atau masjid Biru, Virgin Mary Church, Istanbul City Wall, Istana Topkapi, Masjid Suleymaniyah, Stadium Olimpik Turki, Jambatan Bosphorus . Jika tidak berkesempatan ke Pakalele mungkin atau Capadocia, lihat saja model di sini.
|
Model church(hagia Sophia) yg diubah jadi masjid. Belakang sana pemandangan adalah dunia sebenar kawasan perumahan |
|
Kawasan Sultanahmet tempat gambaran letak kedudukan kebanyakan monumen bersejarah Istanbul Masjid Biru , Hagia Sophia, Hipopodium ( tiang tinggi-zaman firaun) |
|
kampung terawal di Turki |
|
Ada kolam kecil, landasan keretapi, jalan raya dan model monument penting Turki |
|
keretapi lama |