Sunday

Episode 17 : Babak 1;Musim Sejuk dan Pesta Bunga Yanbu


Belum cuti sekolah lagi tapi baru nak periksa. kebanyakan anak2 arab ada yang cuti peperiksaan tapi sekarang adalah peralihan cuaca dari sejuk kepada suam-suam lepas tu panas berdenting....Tapi Festival bunga-bungaan (Mac 2012) ni katanya sudah dihentikan sejak 2-3 tahun lepas mungkin masalah cuaca atau masalah sosial...yelah dimana ada bunga di situ ada kumbang....macam-macam boleh jadi.

Penyambut Tetamu cum. maskot untuk merai kanak-kanak sekolah; tak tau
 ler pak arab mane yg dok dalam tuh

Pesta Bunga di Yanbu Al-sinaiyah  pada Mac 2012. Pertama kali semenjak duduk di Saudi tengok bunga sangat segar bugar , saujana memandang. Hampir setiap sudut dan dataran ada bunga .

Semua kretiviti landskap taman dipersembahkan..tapi sekejap lagi musim panas.....

 tak chek nama ape..tak ada labeling...tapi biasa org kampung gelar kekwa ke?

Belakang sana ada satu pentas bunga-tak pasti kekal atau tidak...takut dihinjak2 dek anak2 arab
Bila tapak pesta dah dibuka kepada awam(keluarga) baru jumpa makcik arab ye. Waktu lawatan dikhaskan kepada family jam 4 ptg-11 mlm. Tadi pagi utk anak bujang sahaja...tapi
kita follower...ada mahram tak pe..

Antara gaya kontemporari cheh! nak raya katakan. tapi nampak macam kekampungan sebab ada pelita mungkin sebab persiapan nak raya. Walau bagaimanapun tak boleh lawan Malaysiana punya landskap...natural...


Logo Royal Comm. Yanbu KSA.