Tuesday

Babak 2: Panorama Dubai

Setelah mahir dengan membaca beberapa info dalam internet dan brosur serta penerangan drp krew hotel tempat menginap, maka hari seterusnya kami mengadakan sesi lawatan dengan Big Bus Company. Bayaran semua kami anak beranak setelah diberi diskaun yang "ditetapkan" adalah  AED 700-750 sehari. Kira-kira lebih daripada 11 lokasi. Tapi sempat ke sehari?..dan disitulah untungnya pihak Big Bus Com. kerana kalau duduk aje dalam bas memang dapat tengok jalan je tapi jika turun dari bas tak boleh cukup 20 min. nak shooting lagi.... Hari ini di habiskan dengan naik  bas dan naik bot. Walaupun hampir magrib juga kami menamatkan sesi lawatan separuh hari sebenarnya..beberapa kompleks atau Mall kami tinggalkan kerana itu boleh pergi jika ada duit lebih aje...

bas 2 tingkat. kami duduk di tingkat ada bumbung

Wonder bus lain harga kalau nak ikut pakej ni

seberang creek sana adalah pekan Dubai lama, yg 100% Pakistan dan India
 dan setara dengannya
Sementara menunggu untuk bot ' Tour' singgah ke Creek Park
sekejap tapi lama....
Gold Souk tapi lenguh kaki nak jalan..hanya cuci mata;jumpa India dan Pakistani

Kebanyakan rekabentuk ini terdapat pada banggunan lama atau
dikekalkan untuk tradisi


Berada di Souk Medinat Jumeirah..seperti di zaman Arab jahiliah,  apa taknya banyak perkakasan perhiasan, perkakasan mandian /kecantikan dan segala perhiasan zaman arab purba..alat solek zaman Firaun semua ada..emas jongkong je tak ada.






Menara masjid banyak kelihatan di sana-sini . Masih kekal dengan ciri-ciri banggunan disekitarnya iaitu menetapkan warna tanah dan penggunaan tiles dan pemilihan corak yang sangan senada dengan beberapa struktur tradisional di kawasan ini.
Kawasan Global village- kampung budaya




Episode 16: babak 1-Panorama Dubai


Pengisian Cuti musim sejuk dan tahun baru 2012 adalah melihat tempat-tempat yang menarik di sebelah teluk Arab iaitu Dubai. Memang kalau di lihat dalam peta sememang nya kelihatan seperti padang pasir meliputi seluruh bahagian UAE ni tapi bila kapalterbang dah hampir 700- 500 meter dari paras laut seluruh kawasan tepi teluk sudah kelihatan banyak penempatan dan bangunan tinggi. Setibanya di bandar yang penuh dengan bangunan dan pemandangan yang menakjubkan dimana penyatuan antara  lama dan baru serta pertembungan  Timur dengan Barat amat ketara di pandangan mata. Kurang dari satu abad pemerintahan dibawah pemerintahan keluarga Al-Maktoum ini telah menukar dari sebuah kampung perikanan yang kecil kepada sebuah bandaraya yang moden dan penuh keceriaan yang sangat menakjubkan.


pelbagai promosi dari November 2011-Mac 2012

bergambar di hadapan pintu masuk Souk Medinat, Jumeirah. Kelihatan di belakang
adalah Burj al Arab dan beberapa senibina yang biasa kelihatan pada banggunan  lama.


Sebuah hotel yang terletak di tepi Pantai -Jumeirah Beach Resort . Ia telah menjadi salah satu mercu tanda dan sering dipotretkan pada  baju-T, fridge magnet, mug, dan sebagainya.

Souk Medinat, Jumeirah. Pandangan ke atas bumbung kelihatan ukiran kayu seperti
yang ada rumah orang Melayu lama.

Souk  @Abra

tengok bur Dubai



Pertunjukan cahaya, musik dan pancuran air di Dubai Mall.'Setting' di atas 30 acre Burj Khalifa Lake pancuran setinggi 150m bersamaan 50 tingkat banggunan berhampiran. Ia mempunyai 5 lingkungan pelbagai saiz dan telah direkacipta oleh California -based WET


Pada hari pertama hanya sempat ke Dubai Mall  untuk melihat dengan lebih dekat Burj Khalifa yg menjadi kebanggaan. Kami sampai ke sini dengan menaiki Metro macam LRT ler kat Malaysia. Sebelum tu bertanya dulu dengan kerani tiket dan chek stesen mana nak turun uttuk ke Dubai Mall. Pusat membeli belah yg menjadi icon kepada peminat yang suka shopping.Di dalamnya ada Aquarium and Underwater Zoo  Selain daripada itu kawasan luar akan bersambung sehingga sampai Souk al Bahar; bazaar orang arab. Selepas magrib kami keluar dan tengok pertunjukan air, bunyi dan cahaya di lake dekat dengan Bur Dubai or Burj Khalifa. Sempena tahun baru yang lalu mereka mengadakan pertunjukan bunga api yang dipancarkan  pada banggunan 124 tingkat ini dan banggunan tertinggi di dunia.