Alhamdulillah, ramai Jemaah Malaysia yang datang dan sudah pulang daripada mengerjakan Umrah dan ziarah ke Mekah dan Madinah. Nampaknya entri kali ini tengok kepada tajuk..dah tentu dapat ole-ole dari orang kampung. Tahun ini syukur saudara-mara dari kampung berkesempatan mendapatkan visa mengerjakan umrah dan ziarah. alhamdulillah. Selain itu kengkawan dari Malaysia juga tidak ketinggalan, kadang-kadang saban minggu kalau tiada halangan; berkesempatan menjenguk saudara dan rakan samada di Mekah atau Madinah.
Bukan nak menyusahkan saudara-mara malah tak terbukapun mulut untuk menyusahkan mereka untuk membawa sebarang buah tangan, tapi dah dapat rezeki nih..alhamdulillah. Terima kasih saudaraku Othman dan Rohani yang telah menerbangkan ikan bilis ini daripada Melaka. Sememangnya kalau menjenguk rakan dan saudara sewaktu mengikut pakej Umrah tak dapat kemana-mana pun. Hanya sekadar beberapa jam..maklumlah waktu mereka beribadat tidak mahu diganggu....Salam untuk semua keluarga di kampung Jasin dan Masjid Tanah, Melaka.