Thursday

Episode 12: babak3-Merancang Hari Tua


Ketika membelek sebuah majalah, terpempan mata kepada sebuah artikel berbunyi 'Merancang Hari Tua'.. berkaitan pulak dengan itu berita dari mesej yg biasa nampak dlm Simpanan hari Tua beberapa hari lepas yang disiarkan dalam media..dan berturut-turut pula insentif kepada pendidik , beberapa kemudahan yg diperoleh oleh pesara dari Perkhidmatan Awam (belum lah lagi bersara). Mewah lah jugak mereka , tapi untuk mereka lah, bukan nak mengungkit atau menyesal tak dapat menikmatinya;tapi dah bukan rezeki kita nak buat apa..ye tak?
Berbalik kepada merancang hari tua tadi, bila umur dah ke peringkat senja ni biasanya banyak perancangan nak dibuat walaupun kadang-kadang bukan dalam 'memo list'. Bukan macam azam tahun baru yang saban tahun akan berubah atau 'upgred' ketika tahun baru tiba; tetapi merancang Hari Tua ni mungkin suatu pengisian masa tua kelak. Sejak meninggalkan kerusi empuk boleh pusing ni, jarang jugaklah nak berangan untuk berlebih-lebih dari segi kebendaan, sekadar sahaja mengikut situasi semasa. Apa yang pasti aktiviti kini akan beralih kepada mengisi laman-laman rohaniah. Tetapi biasalah apabila dah sebati dengan pekerjaan atau amalan selama bekerja sebelum ini, fikiran tak boleh dipenjarakan, macam-macam idea nak tulis..macam-macam nak terjemah...macam-macam nak tafsir (bukan tafsir mimpi ).

 Alhamdulillah, Allah kurniakan mata yang masih boleh membaca, jari yang masih boleh menaip, dan minda yang masih boleh menghafal (tak mudah). Dipetik dari majalah Solusi #28"Menjelang Usia Senja; berusahalah mengamalkan wirid-wirid harian tertentu, mencari hobi sesuai, membanyakkan membaca al-quran untuk mengelakkan nyanyuk, menghadiri majlis ilmu dan rajin beriadah.