Bulan itu.. bulan cinta. Dinamai kerana banyak orang sibuk mengagungkannya sebagai mengingatkan orang yang menjadi cinta hati mereka. Namun dipetik kepada beberapa buah ucapan dan kata-kata beberapa penceramah motivasi..hari-hari kita bercinta .Tak payah nak ingat atau nak mengadakan "Hari Kekasih" yang rata-rata semua pemikiran B....! Cinta kepada Allah dan Rasul ..maka setiap perbuatan berlangsungnya kerana niat hati masing-masing...kerana Allah! maka kita akan dicintai Allah setiap detik dan masa...

Bulan Cinta ini juga telah menjadi semakin sibuk menghadap setiap jiwa-jiwa halus. Bukan orang Halus..(seperti kata penceramah Motivasi Kem Anah Soleh pada minggu lepas di Mekah..) Namun jiwa-jiwa halus pada si empunyanya hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana setiap keresahan, kedukaan dan akan merasai kesunyian...terutama kepada rakan-rakan yang telah berangkat meninggalkan Bandar atau pekan eh ! Yanbu al Sinaiyyah, menunju ke destinasi atau tempat persinggahan masing-masing yang kita boleh anggap sementara mungkin..(Tuhan lebih Tahu). Tempat baru boleh buat kawan baru , namun hakikatnya tiada siapa yang tahu, apa ada di sebalik senyum dan tangis kita. Kepada semua rakan-rakan walau dimana engkau berada samada yang terbaca atau terlintas ke blog ini, harap semuanya sentiasa terima setiap keadaan seadanya. Walau yang berada nun jauh dari keluarga, sanak-saudara dan rakan taulan semuga kesabaran kita yang diuji sentiasa adalah dalam perlindungan Allah hendaknya.
Main-pondok-pondok belajar memasak ..telah bertukar menjadi Jamuan perpisahan dengan sahabat yang akan berhijrah ke USA pulak -Sally...