Saturday

Episode 5: Babak 1- Cuti dan jalan-jalan

Jalan Mekah-al-Hada-Taif

di masjid Tanaim sekejap jer nak solat

Perkara yang selalu anak-anak tunggu adalah cuti tetapi bilamana tiba musim cuti bukan selalu dapat berjalan kerana susah nak cari cuti yang sama 'ngu' dengan orang lain atas tuntutan kerja (wah! skema je ayat; dah lama tak guna ayat ni sebab dah lama tak borak dengan kengkawan). Musim cuti sekolah bersambung-sambung rupanya. Selepas musim Haji yang lalu seluruh sekolah aliran omputih (ala-ala amerika lah) telah dicutikan pada Dec 2009 kerana memberi perhatian serius atas penularan (wah! ini terma pun dah lama tak tulis) virus A H1N1. Lom masuk bab pemvaksinan lagi nih..Phew! Walau bagaimana pun apa yang telah dilakukan sekolah anak-anak ni ada program vitual school iaitu belajar chatting..(mengadap laptop dengan Hw cikgu dah dwload dalam laman web sekolah). Anak-anak hanya siapkan dan hantar kat cikgu tak payah ler pi sekolah 2 minggu. Kemudian selepas dpt. grade yang tak seberapa tu (sebab baru 2 minggu masuk sekolah ni) cuti musim sejuk lagi 3 minggu hingga Januari 2010. Wah! raya betul..tapi dah hujung-hujung baru dapat melebarkan sayap untuk pergi jenjalan. Dapatlan pi Umrah dan kemudian dapat pulak ker satu tempat peraginan ala-ala Cameron Highland atau yang sewaktu dengannya iaitu al-Hada Taif. Kalau dari Mekah agak-agak 20 min (60-70 km) jer nak naik ke kawasan pergunungan ini..., itupun kalau tak sesatlah. Nak ke pekan Taif boleh kate 20- 30 min. lagi.
dari cable car

Jika orang lain bercuti patut merehatkan minda tapi ni terpaksa mencecahkan kaki sahaja kerana anak-anak dah nak sekolah. Kate orang tuaku "seperti orang mintak api". Kesempatan ini juga dapat bersama-sama kawan baru yang datang menemankan suami di Yanbu untuk seketika. Bila datang hari Khamis-Jumaat..banyak lah tempat yang tak operasi sebab public holiday laa. Sekarang ni pulak anak-anak sekolah arab dan sekolah versi lain (Filipina, Pakistan,..) dan kolej universiti tengah sibuk peperiksaan. Lepas ni cuti lagi. Nampak tak selaras tapi ikut cikgu Besar masing-masing lah gamaknya.

Membentuk modal Insan Berkualiti

Sempena Tahun Baru 2010, ibu bapa sudah berkira-kira tentang bajet terutama untuk sekolah anak dan hal ehwal rumahtangga. Sehari dua lagi sekolah akan memulakan sesi persekolahan yang baru bagi 2010. (Setengah sekolah atau International Sch dah masuk sesi persekolahan penggal kedua). Namun sempena Tahun Baru ini , ibu-bapa telah berkira-kira untuk menyediakan prasarana atau keperluan untuk persekolahan anak-anak. Akan tetapi bukan itu sahaja, yang patut disediakan oleh ibubapa. Mental dan fizikal anak-anak juga patut disiapkan. Menurut Mimbar Jumaat; Modal insan ini perlu digilap, dibangunkan dan diuji bagi menentukan kemampuan sebelum dimanfaatkan. Kualiti hidup bukan diukur dari ijazah tetapi diukur dgn kekuatan akhlak dan peribadi yang menampilkan nilai kemanusiaan yang tinggi. Jadi pihak keluarga dan ibubapa perlu seiring sejalan untuk menentukan kecemerlangan anak-anak. Menurut Tokoh Maal Hijrah 1431, Imam Dr. Yusuf Al Qaradawi , kesan kelemahan kualiti keibubapaan hari ini, adalah terpisahnya atau tercabutnya akhlak anak-anak yang mendedahkan kepada gejala sosial. Jadi untuk membentuk modal insan yang berkualiti, mimbar jumaat mencadangkan 6 prestasi untuk ibubapa yang cemerlang berjaya membentuk Modal insan yang berkualiti dan Soleh.

Mantapkan 6 prestasi Perancangan dan penilaian ibubapa (PPI):

1. Pastikan anak-anak sembahyang fardhu 5 waktu secara sendiri atau berjemaah
2. Pastikan anak-anak belajar al quran dan memahami al quran setiap hari
3. Makan makanan halal dan berzat dan memenuhi keperluan vitamin
4. Semak buku dan buku kerja setiap matapelajaran 1 x seminggu
5. Mantapkan sasaran sekurang-kurangnya 80 % setiap mata pelajaran
6. Jumpa cikgu 1 sem 1 x/ setiap penggal untuk mengetahui prestasi anak


" Dan dia lah yang menjadikan kamu Khalifah dibumi. Yang meninggikan setengah kamu dari setengah kamu yang lain beberapa darjat, kerana ingin mengujimu pada apa yang dikurniakan nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azabnya siksanya, sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha mengasihani." (petikan Mimbar Jumaat Tahun Baru 2010)

Selamat Tahun Baru 2010